..: makanan berderet deret :..
Aku buat ni schedule ye. Kul 8 malam. Sebab masa ni dah konyang kan. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak baca siang siang tak sanggup wehh.. Goyang kang. Hahaa.. Tapi kalau korang baca masa kat opis ke di siang hari ke, aku tak bertanggungjawab yeh.. Sebab episod ni memang pasal makanaaaannnnnn je. Heheee.. Ini masa aku lunch dengan Idot. Hari Jumaat di Alamanda. Bese la waffle ni kan memang kegemaran bersama. Huhu... Ini kroket. Guna kentang. Rebus sampai lembut kemudian kasi lenyek. Gaul dengan tepung, black pepper, garam sikit, telur sebiji. Kalau macam lembik sangat tambah tepung sikit. Nak goreng tu gaul dengan telur, tepung, breadcrumbs. Masa nak buat bulat bulat tu memang mencabar jugak. Sebab aku punye ni lembik. Tapi bila dah goreng tu, pehhh! Sodap pulokk. Hahahaa... Ini dua menu makan di rumah. Yang atas tu tempe + kentang + tauhu goreng. Campur skali dengan carrot. Macam sayur campur kot. Tapi sayurnye cuma carrot je. B...