Posts

Showing posts from March, 2016

..: tanpa gambar :..

Ada beberapa episod tertunggak sebab kabel henfon tak bole connect betul betul dengan pc. Nape ntah. Nanti lah bila dah bole baru aku transfer gambar semua. Ni kita borak je la tanpa gambar. Episod kosong. Huhu... Hujung minggu yang lepas ni, aku balik Muar. Kampung sebelah emak Hadi. Ada kenduri kawen sepupu Hadi lagi. Kali ni sepupu lelaki pulak. Tapi aku bukan pergi rewang kat rumah pengantin. Rewang kat rumah yang semua family kaum keluarga sanak saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Memang meriah. Penuh rumah. Bayangkan lah rumah kampung paten dedulu tu kan luas. Tapi ni boleh penuh. Dapur penuh depan penuh. Dari Singapura pun datang.  Dah panas berdenting ting ting kan. Dah mandi pun rasa taknak keluar bilik air sebab duduk dalam tu sejuk je. Lagi plak rumah kampung. Memang air kolah rasa nyaman je.  Aku buat buat sibuk tolong makcik makcik masak untuk lauk makan beradab. Lauk ikan tiga rasa, sotong sumbat, sambal telur puyuh, ayam percik, buah belimbing. Campu

..: romantik.... keee??? :..

Tajuk sesuatu sangat. Haha... Aku taktau lah benda ni romantik atau biasa biasa je. Pada aku macam kelakar pun ade jugak. Terpulang lah pada korang mau jadi apa. Mahu jadi hantu mahu jadi buaya nak rasa kelakar ke romantik ke biasa je ke...  Nak beli aiskrim nestle yang dalam bekas bulat ade tiga perisa tu. Milo, KitKat dan Crunch. Taktau nak beli perisa yang mane satu. Suami kata belilah yang KitKat tu. Siap beli sudu sekali sebab nak makan dalam kereta. Masuk kereta suami terus mintak nak makan aiskrim. Suami kata ...  " saya saje amik perisa KitKat ni sebab awak kan suka KitKat..." Nak chia chia chiaaa ke camne ni? (>_<) Sebenarnya ada lagi peristiwa tapi tetiba aku lupa. Bole tak? Haha tua betol! (-___-') Kalau ingat kang aku cerita lain lah. Ok bai. Daa... =)