Posts

..: tanpa gambar :..

Ada beberapa episod tertunggak sebab kabel henfon tak bole connect betul betul dengan pc. Nape ntah. Nanti lah bila dah bole baru aku transfer gambar semua. Ni kita borak je la tanpa gambar. Episod kosong. Huhu... Hujung minggu yang lepas ni, aku balik Muar. Kampung sebelah emak Hadi. Ada kenduri kawen sepupu Hadi lagi. Kali ni sepupu lelaki pulak. Tapi aku bukan pergi rewang kat rumah pengantin. Rewang kat rumah yang semua family kaum keluarga sanak saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Memang meriah. Penuh rumah. Bayangkan lah rumah kampung paten dedulu tu kan luas. Tapi ni boleh penuh. Dapur penuh depan penuh. Dari Singapura pun datang.  Dah panas berdenting ting ting kan. Dah mandi pun rasa taknak keluar bilik air sebab duduk dalam tu sejuk je. Lagi plak rumah kampung. Memang air kolah rasa nyaman je.  Aku buat buat sibuk tolong makcik makcik masak untuk lauk makan beradab. Lauk ikan tiga rasa, sotong sumbat, sambal telur puyuh, ayam percik, buah belimbi...

..: romantik.... keee??? :..

Tajuk sesuatu sangat. Haha... Aku taktau lah benda ni romantik atau biasa biasa je. Pada aku macam kelakar pun ade jugak. Terpulang lah pada korang mau jadi apa. Mahu jadi hantu mahu jadi buaya nak rasa kelakar ke romantik ke biasa je ke...  Nak beli aiskrim nestle yang dalam bekas bulat ade tiga perisa tu. Milo, KitKat dan Crunch. Taktau nak beli perisa yang mane satu. Suami kata belilah yang KitKat tu. Siap beli sudu sekali sebab nak makan dalam kereta. Masuk kereta suami terus mintak nak makan aiskrim. Suami kata ...  " saya saje amik perisa KitKat ni sebab awak kan suka KitKat..." Nak chia chia chiaaa ke camne ni? (>_<) Sebenarnya ada lagi peristiwa tapi tetiba aku lupa. Bole tak? Haha tua betol! (-___-') Kalau ingat kang aku cerita lain lah. Ok bai. Daa... =)

..: cuti dengan keluarga mertua :..

Image
Cuti Tahun Baru Cina hari tu 4 hari, Sabtu sampai Selasa. Kitorang bagi dua. Dua hari kat Kluang, dua hari kat Pasir Gudang. Memang takde plan ape pun selain lepak dengan family je. Jumaat malam kitorang gerak balik Kluang. Ha ri Ahad  malam balik Pasir Gudang. Malam tu baru tau yang family Hadi plan nak pergi Lotus Desaru hari Isnin esoknya tu. Itu pun macam ye tak ye je.  Pagi Isnin baru la konfem jadi then semua pun kemas kemas and aku tolong MIL masak nasi ayam. Mak mertua aku memang seorang yang rajin betul memasak. Aku rasa banyak masa dia habiskan kat dapur je. Lagi la kalau ramai ramai balik, memang dah bersusun menu dia nak masak ape.  So gedebak gedebuk dalam lepas zuhur camtu kitorang gerak. Semua sekali ada 3 biji keta.  Gambar bersepah sepah dan banyak. Sila lah mereput baca episod ini. Huhu... (>_<) Masa ni tengah tunggu diorang setelkan check in. Aku memang taktau pape, tau datang je. Haha.. Ambik...

..: Membuak buak :..

Image
Lama rasa tak hapdet. Tetiba tajuk membuak buak. Haha... Aku rasa yang paling membuak sekarang ni adalah lemaks. Makanan tak payah cakap laa.. Memang rezeki Allah bagi, Alhamdulillah sangat.. Jom tengok. Ini makan nasi ayam penyet kat Melaka. Dengan jus alpukat. Ok la, dia punye terung sambal tu sedap. Kedai kat mane aku taktau. Yang aku tau kat Melaka. Wakakakaa ;p Melty hershey. Yang buat ni kawan kak N kat Kluang. Hari tu Kak N datang KL ade hal sikit, aku kirim sekali dia bawak kan. Sampai je terus abes setengah bekas. Aku beli 4 bekas. Makan sejuk sejuk memang melting je lemaks masuk dalam badan. Huhu..  Aku masak ayam telur masin. Diolah daripada resipi ketam telur masin. Paling simple resipi aku olah daripada blog Khatyjem. Hehe...  Laksa Terengganu. Ni masa aku kursus kat Kemaman. Taktau nak kata sedap ke tak. First time makan and pada aku macam pelik sikit. Sebab belacan, garam, yang merah tu cili boh kot. Tu semua kena gaul...

..: sepatutnya.... :..

Hari ni aku nak update blog, sepatutnya. Tapi yang tak patut bila ada banyak kerja. Belum sempat siapkan satu, datang lagi lima (hamboih). Sudahnya 'new post' ni dah tertera lama kat pc tapi kosong camtu je lah. Tak sempat nak hapdet ape. Ni pun dah petang baru la boleh ngelat sikit. Huhu.. Gambar ada banyak. Sebab cuti lama hari tu bersambung sambung. Tengoklah minggu depan kalau tak sibuk, dan aku rajin, maka adalah episod baru nanti.  Selamat berhujung minggu.  Daa... =)

..: BORAK KOSONG - GOSSIP :..

Image
Pagi tadi aku buatkan bekpes kuetiaw goreng untuk adik adik. Nampak macam kakak mithali sangat kan. Ceh! Sambil masak tu aku tetiba terpikir pasal benda benda ni. Terus rasa nak kepochi kat sini. Hahahaa...! Memula pasal Fazura. Aku minat dia ni sejak dia berlakon Gol & Gincu. Sebab dia berlakon bersahaja sahaja sahaja. Macam tak berlakon. Memang itu karakter dia. Pastu terus minat dia berlakon cerita Histeria, pastu drama filem semua lah. Sampai gosip dia dengan TMJ tu pun, lagi lah suka sebab minat kat dia kan. Tapi aku TERjadi tak minat lepas kes kimK tu. Terus rasa macam... Hmmmmmmmm....! Takpelah. Huhu.. Pastu pasal cite baru kat Astro plak. Novel jugak rupanye. Huhhhh... Aku taktau pun pasal cerita ni. Hari tu tak sengaja ter alih siaran astro. Tengok tengok eh macam best pulak. Syatilla Melvin ni suka la tengok dia. Kurussssss je. Tinggi. Pastu berlakon pun slumber je dengan Kamal Adli ni ha. Serasi jugak tgk diorang ni.  Yang peliknye, ceri...