Ini cerita bulan September. Dah dua bulan lepas dah. Haha... Aku dengan Hadi, kitorang share bulan kelahiran yang sama. Bulan September. Aku 10hb, Hadi 15hb. Tahun ni kitorang takde makan kek. Tapi bagi seprais lain pulak. Birthday aku hari Ahad. Aku balik Pasir Gudang Jumaat tu macam biasa. Tapi dapat arahan suruh cuti sampai Isnin. So aku pun cuti je la. Pastu biasanya kalau nak pegi jalan mane mane, hari Rabu atau Khamis Hadi dah suruh cari hotel dan tempah skali. Ni nak pegi hari Sabtu, Jumaat malam baru bagitau suruh cari hotel mane yang ok, yang best. Ehhhh terkejut sangat nihhhh.. Hahahahaa... Maka ke Felda Residence Tanjung Leman la kita... (^_^) Sabtu tu keluar rumah petang jugak. Pegi tengok wayang dulu, lepas wayang terus gerak ke Mersing. Masa tu dalam pukul 8 malam tapi jalan dah gelap. Gambar pintu masuk aku tak amik sebab sampai dah malam. Jalan ke Mersing tu kan gelap. Memang tak terpikir nak amik gambar pun. Pikir nak selamat sampai je. Huhu...