..: Makan :..



Hai Assalamualaikum...

Dah dekat hujung hujung tahun ni, macam semua benda dan kerja pun hampir selesai. Jadi marilah kita menghapdet blog. Huhuhu...

Hari ni aku cuma nak share gambar gambar makanan yang aku pernah amik je.   




Bawak bekal nasi putih dengan sup telur pecah + tomato dengan carrot sikit. Konon diet la ni. Kononnnn... 


Ni menu faveret sekarang. Sebab kawan aku jual tempe bilis sira. Dalam tu ada tempe, ikan bilis, cili kering. Goreng semua jadi macam sambal kering tu. Makan tu je dengan bubur pun dah sedap dah. So hari hari aku masak bubur kosong bodoh je. Paling tidak pun letak carrot je la.. Pastu tabur tempe bilis sira tu. Huiii habes sebekas. Sodap! 

Pagi pagi basuh beras dalam suku cawan. Pastu masuk dalam periuk, air setengah periuk tu. TInggalkan je pergi lah mandi sembahyang siap siap semua, lepas tu baru tengok bubur dah siap ke belum. Agak nak kering sangat tambah lagi air. Huiii mudahnye. Huhu...



Roti sapu marjerin then bakar atas pan. Penyek penyekkan sikit. Sebelah tu buah lai. Dalam bekas sebelah tu segala mala kacang jagus, kismis, kurma, sempena mak abah aku balik dari Haji hari tu (bulan September)...


Creampuff dan mini pavlova order dengan Mai. Dia ada jual macam macam jugak. Ada egg tart, kek untuk macam macam acara, brownies, dan banyak lagi lah. Kalau nak order area Kluang sampai Simpang Renggam, kadang kadang lajak sampai JB. Boleh tengok facebook dia, Maizatulakmar Zakaria. Instagram dia pun nama Maizatulakmar jugak.  




Ini aku pergi ngopi dengan Mai tu. Makan kek bersama taukeh kek. Haha... Masa ni lepak Coffee Bean. Sedap jugak kek dia. Lagi lagi yang cheese. Memang penuh mampat cheese nye.


Kluang Railway Coffee. Masa ni aku kursus kat Kluang. Bawak geng geng urusetia makan kat stesen ketapi yang asal tu. Baru la feel railway station. Tapi masa kitorang lepak situ takde plak ketapi lalu. Hehe...




Another menu diet konon nye.  Salad je. Dalam tu ada telur rebus, black pepper, dengan baby tomato. Aku ni on off diet nye. Camne ntah nak nampak hasil. Huhu...



Ini menu malas tapi sedap. Hehehee... Biskut kering cicah kopi. Macam ni je pun boleh jadi berkeping keping biskut makan tanpa sedar. Hahahaa...


Tu je gambar yang aku jumpa setakat ni. Rasa macam banyak amik tapi mane ntah. Malas  nak cari. Nanti ada cerita lain, aku share lagi. 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: suntik botox :..