..: banyak banyak banyak ! :..
Selamat sejahtera ;)
Gambar adalah banyaaaakkkkk! Heeeeee...
Disebabkan dah lepas waktu lunch, aku harap takde la yang berdondang sayang perutnye, atau terliur liur bila tengok gambar gambar ni semua. Kalau ade tu mahap la yeeee...
Kita mulakan dari rumah dulu yek.
Wedges, sambal tumbuk, ayam masak ujang + kicap = perghhhhhh!! (^_^)
Sambal tumbuk: goreng cili padi, bawang putih, bawang merah, ikan bilis. Agak garing, angkat toskan dan tumbuk.
Ayam masak ujang ni macam ayam masak halia. Cuma bagi cili padi lelebeh cket. Baru kowwww! Masuk gak sos tiram, bawang besar sume tu.
..: home made mee bandung :..
Masa ni aku pose. Tekak teringin noo nak makan jemput jemput cili padi. Jadi kita buat lah dia.. Makan cicah sambal kicap pahtu minum neskepi panas. Perghh!
..: putu mayam. okeh, bukan buat sendiri lah opkossss... beli di pasar tapi makan di rumah. hehehee :..
..: bubur nasi. letak ikan bilis, sambal kicap, bawang goreng dan lobak asin :..
..: turkish indulgence. same kes macam putu mayam tu. adik aku bawak balik dan makan di rumah :..
..: telur dadar + mayonis. memang gebush bush bush laa.. Huhuu :..
Ini yang terbaru. Coklat ice blended.
-Serbuk coklat 5 sudu. Krimer 3 atau 4 sudu kecik. Susu pekat 2 sudu. Gula cket. Ais dan air cket. Blend kan mereka. Kalau rasa manis sangat bole adjust lah ikut tahap kemanisan memasing ye =)
Selesai di rumah, mari kita makan di luar plak. Ini kami membawa iron man [adik aku yang eksiden tu] jalan jalan makan angen.
Di restoran SDS....
Itu tangan dia. Yang melilit tu macam bandage tapi dia jenis zrap zrap tu. Untuk support pergelangan tangan dia yang patah tu.
Mari kita ke restoran lain pulak. Umai D'Lake cafe di tepian tasik Putrajaya...
Nasi goreng Usa, nasi goreng kerabu dan nasi goreng seafood. Air ada 6 tapi makanan ada 3 je? Sebab yang lain lain bila makanan sampai, dah tak dan nak amik gambar. Perot mendahului. Hahahaaa..... ;p
Ke 'bandar lama' pulak kita... Old town white coffee. Lunch bersama Anis dan Idot.
Cendol dia besh tapi bekas kocik bonaaa... Sosah nak gaul bahan bahan dia tu.
Asyik restoran je? Ok la... Kita pegi makan kat gerai pulak yeh. Jommmm....
..: Tempe goreng, tauhu goreng, kopok lekor dan goreng pisang. Makan cicah sos dan sambal kicap :..
..: rojak buah *tetiba kecur* hahahaa :..
Ok dah dah. Banyak sangat makan tu. Jom makan dessert plak.
Hazel cheese secret recipe yoooo! Memey terbaek ahhh! (^_^)
Sekian sahaja gambar makanan dari saya. Dah macam jalan jalan cari lemaks makan plak. Heheheheee...
Daa.... =)
Comments
Post a Comment
gO stRaight doN't beLok-beLok ;)