..: rezeki :..


Aku sekarang suka baca blog beliau ni. Sungguh membenarkan kata-kata dia dan kadang ada jugak terkena batang hidung sendiri. Perubahan dia banyak memberi inspirasi pada aku. Aku kagum.

Elok je semalam aku baca pasal post dia tentang sabar, aku pulak kebetulan terkena perkara lebih kurang sama. 

Hadi dan aku, kami sekarang sedang melalui fasa ujian tahun pertama perkahwinan. Bukan pasal orang ketiga, Nauzubillahiminzalik. Tapi pasal benda lain. Dia kerja bidang oil and gas, tapi kontrak je. Sekarang ni kontrak dia dah habes bulan 3 haritu dan tiada projek baru bermakna dia tengah takde kerja. Setakat ni kami Alhamdulillah cukup makan. Aku pun takde merungut apa apa. Cuma sebagai lelaki dan suami, dia rasa tak senang untuk duduk saja di rumah tanpa berbuat apa apa. Dia rasa macam dia suami tak berguna. Ni perasaan dia saje la.

Kemudian dia ambil keputusan untuk balik Pasir Gudang, dua minggu lepas. Buat projek sendiri lebih lebih lagi dah dekat nak raya ni. Dia nak goreng rempeyek sebab benda ni memang akan ada orang beli. 

Jika ikut perancangan, dia akan balik semula ke sini dalam minggu ni. Hari Ahad camtu la. So aku balik Johor besok naik bas dan akan balik dengan dia naik kereta.

Aku selit sikit benda lain. Kat tempat aku ni ntah kenapa laaa susah sangat nak bayar claim overtime kitorang yang selalu outstation ni. Aku memang ingat kalau dapat duit ot tu boleh la buat cover sikit sikit mane yang mampu. Tapi ntah lah. Ondaway balik keje semalam petang aku pikir takpe lah, kalau bukan rezeki aku untuk dapat claim tu, mungkin Allah nak ganti dengan rezeki lain yang lebih lagi, In Shaa Allah...

Malam tadi bergayut dengan Hadi. Dia bagitahu dia tak jadi balik dengan aku sebab dia baru je dapat tapak kat bazar Ramadhan untuk jual air mangga. Memula memang aku hangin lah satu badan. Cakap hari tu nak balik sini. Tapi ni tak jadi pulak. 

Aku rasa semua pun tahu pasal bantuan yang Kerajaan bagi untuk kakitangan awam tu. Lepas tu Akim wasap aku bagitahu yang dia bawak balik lauk lebih dia masak untuk buka kat tempat keje. Aku pulak berbuka kat rumah idot dan dia pun ada tapaukan nasi jugak. 

Allahu Akbar...

Bila dah slow sikit, Hadi bagitahu aku balik semula satu satu rezeki yang Allah bagi. 
-Idot bawak kan makanan
-Akim pun bawak balik lauk
-Aku dapat bantuan Kerajaan bagi
-Dia dapat tapak meniaga. Boleh lah buat tambah tambah duit poket dia untuk Raya nanti

Aku risaukan pasal claim aku yang satu tu, Allah bagi empat rezeki walau dalam macam macam bentuk kedatangannya. Memang aku kena jauh lagi dengan Hadi. Tapi takpelah. Nanti kalau dia kerja, sama jugak kitorang akan berjauhan. Aku tak kisah pasal dia belum keje tu. Apa yang dia buat sekarang ni, asalkan boleh buat hati dia rasa lega, aku dah cukup happy tengok dia happy. 

Kalau korang tak paham episod aku ni pun takpe. Aku tak mintak korang paham. Aku cuma nak ingatkan diri sendiri betapa kita ni hanya merancang tapi apa yang Allah tentukan, apa yang Allah rancang untuk kita itu adalah yang terbaik. Sungguh terbaik. Ujian dan dugaan juga adalah rezeki. Aku sedang cuba untuk meredhai dan bersyukur atas segala nikmat rahmat ujian dan dugaan yang Allah berikan. 

Setelah kita betul betul redha dengan apa yang berlaku, nikmat selepas itu, Allah... Sungguh indah. Sungguh nikmat. Perasaan yang tidak terkata. Semoga aku adalah hambaNYA yang redha dan bersyukur. Aamiin... 

In Shaa Allah...

Selamat berbuka puasa.


p/s: Untuk kak Diana Ishak, terima kasih untuk blogpost yang sungguh memberangsangkan dan buat saya rasa terharu serta menyedari kebesaran Allah SWT. Walaupun akak tak baca blog saya, saya doakan semoga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga. Aamiin... 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..