.: cerita tahun lepas episod 2 : Bukit Gambang :..


Assalamualaikum...

Marilah kita baca cerita yang dah basi okeh. Hehehee...

Aku rasa kitorang pergi Gambang ni dalam bulan November 2016 kot. Sabtu Ahad je. Macam biasa, laki aku jenis plan last minit. Dia memang suka pergi cuti time orang tak cuti. Atau bukan time cuti umum. Sebab dia tak suka orang ramai ramai ni. Iyo lah, kita layankan sajork...

Aku booking online kat laman web Bukit Gambang Resort City.  Boleh tengok situ ada macam macam pakej. Aku amik yang siap bilik + sarapan, tiket masuk water park dengan safari. Semua sekali. Tapi yang safari dengan water park tu dalam masa sehari je. Hari yang sama. Jadi kena sampai awal untuk manfaatkan sepenuhnya, kalau tak nanti rugi. 



Awal pagi. Ini rare okeh. Haha! Sebab kitorang kalau hari cuti memang idok le nak bangun dan keluar pepagi. Kalau tak ada hala tuju. Ni sebab ada plan maka berpagian lah kita. Masa ni lepas bekpes dengan Akim. Lepas tu terus gerak sebab kitorang plan sampai je Gambang, pergi Water Park dulu baru check in bilik.  


Bekalan dalam kereta untuk co pilot teman pilot. Konon supaya tak ngantok laaa ade ngunyah ngunyah. Gitewwww.... 




Dah sampai... Dalam kul 12 kot kitorang sampai. Dalam 2 jam lebih atau 3 jam perjalanan. Tak sempat aku nak amik gambar pintu gerbang yang tersergam indah itu. Sebab dia belok kiri terus dah sampai. Ingatkan jalan depan lagi. Tu yang tak sempat nak amik gambar. Huhu...

Aku amik bilik Arabian Bay Resort. Satu lagi Carribbean Bay Resort. Yang tu ke dalam sikit. Arabian ni memang dekat je dengan pintu gerbang tu. Pergi lobi untuk amik tiket theme park dengan check in. Tapi bilik belum siap lagi. Takpe pun sebab kitorang belum nak masuk bilik lagi. 


Dalam waterpark takde amik gambar sebab henpon segala mala simpan dalam loker. Sebab Hadi malas nanti main slide henpon dia pun slide sama. Haha...

Ok lah permainan dalam water park ni. Slide ade 3 ke 4 camtu. Ade yang slide dalam terowong gelap. Pastu ade lazy river macam biasa. Ada pool yang macam pantai buatan. Siap ade ombak dengan pasir pantai. 

Ada cafe dalam park tu. Agak lapar main air, benti jap makan. Ada jual nasi, burger, benda yang ringkas ringkas lah. Tapi kira kenyang jugak. 
Lepas makan konon nak sambung lagi tapi badan dah berat. Dah kenyang, kepala mintak bantal je. Huhu.. Kebetulan receptionist call kata bilik dah siap. Ok lah tu. 



Selesai water park. Dalam 2 jam la lebih kurang kitorang dalam ni. 






Ini biliknya.. Besar jugak. Kalau alihkan kerusi meja tu, boleh bentang toto lagi kat bawah tu. Aku rasa boleh bentang 2 toto. Kira nak masuk family pun bole lagi ni. Ade beranda jugak. Tu katil super single. Katil single yang besar. Aku pun taktau kenapa dia bagi twin bed. Patut bagi la sekurang kurangnya queen. Nasib baik katil besar kitorang kecik. Muat tido sekatil berdua. Hehe...


Dah siap mandi sembahyang semua, dalam kul 4 camtu kitorang keluar balik nak pergi Safari pulak. Safari dia memang real. Haiwan lepas bebas camtu je. Termasuk lah singa, harimau segala bagai tu. 

Kena naik tram untuk ronda ronda dalam kawasan Safari ni. Stesen tunggu tram tu sebelah je dengan water park. Boleh dengar bebudak main air jerit jerit. Hehehe...

Nanti tram tu akan bawak ronda semua kawasan haiwan ni. Ada tiga orang pekerja Bukit Gambang akan ikut sekali dan bagi penerangan pasal haiwan haiwan yang kita tengok tu. Memacam haiwan ada kat dalam ni. Yang biasa nampak, yang tak pernah nampak, macam macam ada. 
  












Ada banyak lagi haiwan tapi aku tak ambik gambar semua. Masa masuk kandang harimau dengan singa, berdebar lah jugak. Ye lah mane nak tahu kan haiwan ni emosi tak menentu. Hehehe...

Dah habis pusing, tram balik semula ke stesen memula ambik tadi. Kitorang stay je kat kawasan situ sebab malam ada pertunjukan. The Tarzan Show dengan Red Indian Show. So sementara nak habiskan masa, kitorang just jalan jalan je dalam tu. 


Caakkk!! Hahaaha... Jalan jalan masuk Rumah Melayu. Ada sebiji ni je pun. Dalam rumah ni ada sikit sikit barang tradisional dulu dulu. Ada ruang dapur sikit, ruang tamu sikit. 





Bawah rumah ada reban ayam, ada buaian kayu, ada pangkin. Kira memang nak tunjuk yang inilah rumah melayu sebenarnya. Sebelah kiri rumah ni ada tempat untuk haiwan ternakan macam kambing, arnab, dengan ape lagi ntah. Macam dalam kawasan pagar kayu. Tapi sebab masa ni dah petang dah dekat senja, haiwan semua dah kena halau masuk kandang. Kandang tu taktau kat mane sebab kitorang tak nampak dah haiwannye. Haha...

Pastu jalan lagi pergi tengok haiwan haiwan yang keluar waktu malam sahaja. Macam kucing hutan, coyote (sejenis serigala kalau tak silap aku), pastu ada lagi beberapa jenis aku tak ingat dah. Haha...

Lepas tu dah lapar balik, kita makan lagi..


Nasi, ayam goreng, daging masak kicap ke rendang daging ntah tak ingat, sambal, telur masin, sayur kobis kot. Harga tak mahal sangat. Semua masih panas berasap. Tengah lapar memang sedap la kan benda panas panas ni. 


Dalam pukul 8 malam kot show start. Memula Red Indian dulu. Tempat duduk khas tak disediakan. Ramai yang duduk bersila je depan pentas. Ada jugak duduk tepi tepi tembok dengan bangku kayu. Aku dengan Hadi berdiri je sebab show tak lama sangat. Boleh tahan lagi kaki nak berdiri tu.

Show sama macam kat A Famosa (kalau dah pernah pegi). Biasalah, pusing pusing gelung api, sembur api bagi lagi marak, telan api, passing passing rod api tu. Cuma aku rasa A Famosa macam profesional sikit dan nampak lah macam orang Red Indian tu. Kat Bukit Gambang ni macam orang melayu kita je. So feel tu kureng la sikit. Haha sukati je. Padahal jenuh diorang nak tahan minyak tanah tu daripada masuk tekak. 


Selesai show Red Indian, naik belah atas pulak untuk The Tarzan Show. Yang ni best jugak. Sebab real Tarzan tu senggayut dari pokok ke pokok. Ada air terjun, ada sungai, ada pokok besar, ada hutan.


Ni set untuk Tarzan Show tu. Cerita dia kelakar sikit sebab penjahatnya macam sengal sengal bongok bongok camtu. Haha... 


Habis show kitorang terus balik bilik je. Dari bilik nak pergi tempat ni semua ada tram. Nanti balik bilik pun naik jugak tram ni. Ada 3 ke 4 tram yang aku nampak. Atau ada banyak lagi agaknya. 

Balik bilik bersihkan diri semua, masak air panas. Buat megi pulak, dengan kopi. Tengok muvi sikit lepas tu goodnight...  


Besoknya sebelum balik aku ajak Hadi cari Kula Cakes. Sebab famous sangat mango cheese cake dia tu, nak jugak rasa. 



Sedap. Cheese cake dia tu, cheese nye padu, padat. Pavlova pun boleh la... Tak manis sangat. Tapi tekak lain lain kan. Kalau nak rasa sendiri, bebila pergi Pahang korang cari lah Kula Cakes ni. Try sendiri okay. 


Ok dah habis lagi cerita basi tahun lepas. Kalau ada nanti aku hapdet lagi. Kalau takde kita boleh cerita yang tahun ni punye lah. Huhu...


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..