Posts

..: meraikan.... :..

Image
  Harijadi.  Adik aku, Mohd Damanhuri / Uri / si panjang. 8/5/2013 Kek dan sate dari Akim si bongsu dengan kawan dia, kecik. Muffin dari tunang Uri. Burger bakar Uri beli masa kuar ngedate dgn tunang dia.   Aku beli ayam yang dah siap roasted tu.    Untuk Uri, Semoga dipanjangkan usia dalam kebaikan dan keberkatan, dipermudahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dapat berjalan semula sihat sepenuhnya seperti sediakala, dipermudahkan segala urusan, semoga di dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.. Aamiin...  Kawan aku, Ilyashak Nurulfaki bin Omar. 25/5/2013 Aku kenal dia ni dah lama. Dari zaman skola lagi. Tapi kami tak sebaya la. Dia ni abang busat walaupun size dia paling kecik dalam geng kitorang. Dan dia ni antara yang rapat dengan aku kat kampung.  Semoga dipertemukan jodoh yang baik, cepat cepat kawen, berbahagia di dunia & akhirat.. Aamiin... =) ...

..: sakit gigi :..

Image
Antara 3 sakit yang paling sakit. Huhu... Memang sakit laaaa... Aku tak ingat berapa minggu aku bertungkus lumus menahan sakit. Bila dia berdenyut tu yang tak tahennnn tuh. Meniarap, mengereng, telentang, telungkup sume aksi buat lah. Tapi hape pon tak bley...! (-__-") Sakit kat gigi belah kiri, bawah. Tapi dia punye kesaaannnnn... Aku rasa sume org pun tau kot! Kepala tak payah cakap la dia punye bengal sama. Badan pun lepak je... Rasa nak demam, meremang, huiiii macam macam lah. Terus aku gogel petua nak hilangkan sakit gigi. Memang tak sabar nak balik keje nih. Nak buat sume petua tuh.  Yang aku buat antaranya... Kumur air garam. Bancuh tak kisah la air suam ke air biasa ke. Pastu kumur. Macam kita kumur listerine. Tapi benda ni tak bole bagi hilang sakit serta merta pun.. Huhu... Lepas tu aku cuba lain plak.  Bawang putih. Tumbuk kasi lumat. Ada yang kata campur cuka. Tapi aku tak. Aku campur garam. Pastu tenyeh kat tempat yang sakit t...

..: Perkembangan semasa :..

Image
Selain dari badan aku yang semakin berkembang dengan pesatnye, mari kita tengok jugak perkembangan yang lain yek. Hehe... Kawan aku, Anis Adila telah selamat melahirkan anak kedua dia. Nur Fakhirah. Berat 3.8 kilos okehhh... See the pipi lah. Heheh!  Itu abangnye, Mohd Fakhri. Abang nye ni sama tarikh lahir dengan aku. 10 September. Dah dapat sepasang dah anak dia lelaki pompuan. Alhamdulillah... =) Aku pegi melawat anak Anis tu dengan Idot. Tu pun dah seminggu lebih gak lepas dia bersalin. Sebab dia kena tahan wad. Anak nye kuning...  Raisha yang semakin bam bam dan keletah. Memang tak reti duduk diam laaa... Ade je benda dia nak kacau kita. Lepas tu mulut memang petah. Bercakap macam orang dah dewasa sangat dah. Geram aku rasa nak picit picit je budak nih! Hahaaa.. Anak Najiha. Besar dah anak dara sorang ni. Aku jarang sangat jumpa dia. Tu yang bila sesekali jumpa tau tau je dah besar. Huhuu... Adik a...

..: DIY dan Kedai 1 Malaysia :..

Image
Aku ada selai blouse ni. Selalu pakai dengan cardigan je. Sebab lengan dia pendek. Tapi bila pakai cardigan tu rasa tak selesa kat ketiak. Jadi marilah kita potongkan lengan pendek dia tu jadi takde lengan teros. Hahah! ..: Ini lah rupa blouse itu setelah dikudungkan kedua dua lengan nye. Hehehe... :.. Okeh cerita lain pulak. Kamu orang biasa tak pegi Kedai 1Malaysia tu? Aku nak kata biasa atau selalu pegi tu tak jugak. Tapi ade la beli barang barang kat kedai tu. Aku rasa barang barang dia ok. Macam aiskrim, rasa dia same je pun macam aiskrim brand lain tu. Tapi dia takde la kalerful bagai. Dia satu perisa je. Kalau stroberi, stroberi saje. Kalau jagung, jagung saje. Gitu... Gula, sardin, kordial, frozen food yang macam ayam goreng, kuih cucur badak, samosa, popia sayur, sume sume tu ok.  Tapi.... yang aku tak berapa berkenan cuma satu ni je laaa... Yeee.... Beras dia. Itu yang hitam kecik kecik banyak tu adalah kutu hokehhhh... Sungguh tidak meny...

..: teringin :..

Image
Makan lah ape lagi kan kalau aku ni. Hahaaaa Kari telur pecah. Ntah kenapa keinginan nak makan kari ni dia kadang datang secara tetiba. Hahaa.. So mari lah kita buat. Siap repeat lagi. Tapi kali kedua buat tak letak santan.  Ini namanye bubur somsom. Aku taktau kenapa nama nye begitu ye... Dia guna tepung beras [kot] . Letak inci kaler hijau dgn daun pandan sikit. Pastu makan dengan air gula. Ini mem buat. Aku request saje. Heheheh... Sape tau bubur ni? Makan sejuk sejuk sodaapppp!  Jemput jemput ikan bilis + cili padi + bawang + kentang. Ini pun kadang kadang boleh bagi rasa teringin tu. Lagi lagi kalau aku pose. Tetiba rasa nak berbuka makan jemput jemput ni. Panas panas. Perghh!  Okeh yang ini bukan teringin. Ini kakak besar masak. Ikan siakap tiga rasa. Tapi ni dah jadi mangsa ratahan. Heheheee... Ade banyak episod lagi, In Shaa Allah. Tungguuuuuuuu.... ;D Daa... =)

..: lagi sekali... :..

Image
Cerita dari dalam kepala. Dah macam bermonolog plak aku rasa. Hahaaa... Aku ni hari hari log in blogger. Tengok dashboard sendiri. Baca hapdet kat blog orang. Seronok je rasa. Tengok gambar lagi beronok ronok. Tapi selalu baca je la, tak komen pong. Hehee... Tengok follower diorang ramai berderet deret pun aku rasa seronok gak. Huhu... Aku redha bila blog aku pun ala ala je. Macam hidup segan mati takmau gitewwwww.... ;D Malas komen kat orang kan. Jadi orang pun tak berapa nak komen kat aku lah. Ahli jemaah pun tak sampai 50 orang. Tapi baguslah. Lagi sikit orang baca, lagi senang aku nak merepek meraban meluah perasaan ke ape ke kat sini. Hahaa ;p Aku macam nak tukar layout. Sebab macam dah boring je. Aku sendiri pun rasa bosan, orang lain tengok apetah lagi. Tapi nak godeh godeh takut nanti jadi makin tak cantek plak. Dah menggelupur plak taktau nak tukar balik camne. Nak tukar gambar kat sidebar tu pun maleh nak godeh lelebeh. Sume maleh. Ape pon tak ble! Hahah! Se...

..: cerita dalam kepala :..

Bermula daripada kisah pilihanraya. Aku rasa semua pun ade perasaan ni kot. Kalau bukan yang jenis fanatik atau taksub sangat dengan parti pilihan memasing la. Bila on je fesbuk tu, naaaaahhhhh... Berderet post pasal politik. Meluat plak rasa. Ingatkan sebelum pilihanraya je macam tu. Berkempen la konon kan. Ni dah abes pilihanraya pun masih adeeeee lagi. Tak sudah sudah lg??? Hmmmmppphhhhh...! (-_-") Takpe laaaa... Raya kan sebulan... Bagi la can ye dak? Hahah! Bulan 5 ni penuh dengan tarikh tarikh penting dalam keluarga aku. 8hb, harijadi si panjang tu. 13hb, harijadi kakak sulung. 30hb nanti harijadi anak sedara aku, sekali dengan anniversary kak N & abg Nizam. Masa kak N bersanding dulu, masa tu jugak la akak aku yang sulung tu sakit nak bersalinkan anak dia yang kedua ni. Huhu... Selain tarikh tarikh ni, bulan 5 ni pun ada sambutan Hari Ibu [ahad minggu kedua iaitu 12hb] dan Hari Guru 16hb nanti. Sambutan kami? Takde ape pun. Cuma harijadi Uri tu je sambut be...