Posts

Showing posts from June, 2016

..: rezeki :..

Aku sekarang suka baca blog beliau ni. Sungguh membenarkan kata-kata dia dan kadang ada jugak terkena batang hidung sendiri. Perubahan dia banyak memberi inspirasi pada aku. Aku kagum. Elok je semalam aku baca pasal post dia tentang sabar, aku pulak kebetulan terkena perkara lebih kurang sama.  Hadi dan aku, kami sekarang sedang melalui fasa ujian tahun pertama perkahwinan. Bukan pasal orang ketiga, Nauzubillahiminzalik. Tapi pasal benda lain. Dia kerja bidang oil and gas , tapi kontrak je. Sekarang ni kontrak dia dah habes bulan 3 haritu dan tiada projek baru bermakna dia tengah takde kerja. Setakat ni kami Alhamdulillah cukup makan. Aku pun takde merungut apa apa. Cuma sebagai lelaki dan suami, dia rasa tak senang untuk duduk saja di rumah tanpa berbuat apa apa. Dia rasa macam dia suami tak berguna. Ni perasaan dia saje la. Kemudian dia ambil keputusan untuk balik Pasir Gudang, dua minggu lepas. Buat projek sendiri lebih lebih lagi dah dekat nak raya ni. Dia nak gore