Posts

Showing posts from October, 2015

..: kolam air panas :..

Image
Ini kegemaran terbaru. Hadi la yang perkenalkan kolam air panas ni semua. Dia memang suka pergi kolam air panas ni. Memula dia bawak aku pergi kat kampung, kat Muar. Yang kedua pergi kat Air Panas Gadek, area Alor Gajah. Kali ketiga kitorang nak try kat Jasin ke Bemban ntah aku tak ingat. Tapi tutup plak. So pergi Gadek lagi sekali. Total tiga kali dah berendam kat kolam air panas ni. Dua minggu lepas. Hari Jumaat aku pergi Melaka lepas habis kursus kt Kluang. Hari Sabtu kitorang boleh pulak tido awal. Pastu bangun pukul 2.30 pagi dedua kelaparan. Dok ngadap makan nasi. Pastu taktau nak buat apa dah. Haha... Keluar pergi 7E beli barang pastu pusing pusing naik keta Hadi ajak pergi kolam air panas. Kita on jek lah. Balik rumah jap amik baju tuala segala, pastu keluar balik.   Bila lif ada cermin kan. Haruslah selfie satu kali. Hahahaa...  Nak pergi kolam air panas ni memang syok pepagi lah. Kul 4 ke 5 ke. Lepas subuh ke. Sebab masa tu kan sejuk lagi. Best lah bila

..: kemas dapur :..

Image
Bila mood rajin tu datang, macam macam nak dibuatnya. Kali ni rasa nak ubah susun atur barang kat dapur plak. Bukan lah ubah apa sangat. Cuma susun susun sikit je. Kalau ikut hati banyak nak diubah tapi tempat terhad. Pusing pusing camtu je lah pun.  Aku ada amik gambar sebelum ubah kedudukan ni semua. Tapi entah mana pulak peginye. Mungkin sebab dah tukar tukar henpon lupa nak transfer. Huhu... Ni gambar selepas susun semula.  Sini memang tempat untuk segala peralatan elektrik sebab kat tepi dinding tu ada empat soket. Satu memang aku dah pajak untuk peti sejuk. Yang tiga lagi tu tukar tukar. Kadang untuk periuk nasi, cerek elektrik, oven, bread toaster atau blender. So tempat ni memang tak dapat nak ubah apa sangat lah.  Bawah kabinet sana tu aku letak pinggan atau piring kecik untuk letak sos tu. Dengan mangkuk kecik kecik. Sebab jarang guna, so letak bawah tu kira ok lah. Bukan selalu nak capai.  Rak biru tu sebelum ni kat tepi sinki. Aku pindah situ kira sebel

..: cuti raya haji :..

Image
Tahun ni family Hadi semua buat korban. Nama aku pun termasuk sekali. Cukup la untuk seekor lembu tu. Disebabkan Raya Puasa hari tu dah balik Kluang dan raya dengan family aku, so Raya Haji ni kitorang balik Pasir Gudang beraya kat rumah mak Hadi pulak.  Hari Khamis tu diorang start sembelih lepas zuhur. Dalam pukul 2 petang macam tu. Ada tiga ekor lembu semuanya.  Cuti dari Khamis sampai Ahad. Tapi kitorang gerak balik Melaka hari Sabtu sebab Ahad tu Hadi nak rest. Sebelum balik Melaka, kitorang singgah rumah kawan baik aku masa sekolah rendah. Hadi pun kenal jugak sebab dah tentu kitorang ni satu kelas masa sekolah rendah tu kan..  Dengan dia ni kejap jumpa. Pastu nanti lost kontek. Nanti jumpa balik. Pastu lost lagi. Ni pun sebab dia komen kat insta aku. Terus mintak nombor telefon semua. Pesan siap siap lepas ni takmoooo dah lost kontek lagi. Huhu.. .  Nama dia Siti Hazila binti Abu Samah. Dulu dia ni banyak ajar aku doa doa harian

..: sambut birthday :..

Image
Bulan September lepas pun adalah bulan birthday Hadi. Tarikh kitorang beza 5 hari sahaja. Aku 10hb Hadi 15hb. Tak ada sambutan atau surprise sangat pun sebab aku baru balik dari outstation. Cuma belikan kek [yang dia tak tahu] pastu pergi makan kat Manhattan Fishmarket. Kotak je yang besar. Tapi kek suku je. Hehee... Aku mintak tolong Akim belikan. Memang taknak beli sebuku sebab takut nanti lambat habis. Bila simpan dalam fridge lama lama jadi tak sedap kek tu.  Dah potong kek jamah jamah sikit, lepas asar tu terus keluar makan. Bawak Akim sekali. Senang makan awal so malam dah tak payah nak keluar lagi.  Bila suruh order semua cakap taktau. Sebab menu memang banyak pastu rambang mata la jugak. Sudahnye akuuuu jugak lah yang kena order. Huh. Aku amik yang sharing platter. Dalam tu ada nasi, isi ikan, udang, bawang. Semuanya digoreng kecuali nasi tu. Tu pun sepatutnya kentang tapi sebab kentang habis, diganti dengan nasi.  Kupa