..: kemas dapur :..


Bila mood rajin tu datang, macam macam nak dibuatnya. Kali ni rasa nak ubah susun atur barang kat dapur plak. Bukan lah ubah apa sangat. Cuma susun susun sikit je. Kalau ikut hati banyak nak diubah tapi tempat terhad. Pusing pusing camtu je lah pun. 

Aku ada amik gambar sebelum ubah kedudukan ni semua. Tapi entah mana pulak peginye. Mungkin sebab dah tukar tukar henpon lupa nak transfer. Huhu...

Ni gambar selepas susun semula. 

Sini memang tempat untuk segala peralatan elektrik sebab kat tepi dinding tu ada empat soket. Satu memang aku dah pajak untuk peti sejuk. Yang tiga lagi tu tukar tukar. Kadang untuk periuk nasi, cerek elektrik, oven, bread toaster atau blender. So tempat ni memang tak dapat nak ubah apa sangat lah. 

Bawah kabinet sana tu aku letak pinggan atau piring kecik untuk letak sos tu. Dengan mangkuk kecik kecik. Sebab jarang guna, so letak bawah tu kira ok lah. Bukan selalu nak capai. 

Rak biru tu sebelum ni kat tepi sinki. Aku pindah situ kira sebelah dengan pinggan la. Rak tu untuk mangkuk, dulang dengan periuk. Sebelum ni aku susun pinggan kecik kat rak tu. Tapi sebab plastik, pinggan plak kaca. Bila dah banyak banyak tu, raknya macam tak dapat menampung. Dia jadi macam melendut je. Tu yang aku ubah tu.


Sebelum ni aku susun kat luar je segala botol botol ni. Tapi sekarang dah longgok kan semua dalam bakul. Sos tiram, sos cili, kicap, lada sulah, ajinomoto, lada hitam, madu, jus delima, semua yang berbotol aku letak sini. Senang setempat je. 


Ini sebenarnya tempat letak bekas kaca yang orang isi garam, gula, rempah segala tu. Tapi bekas kaca aku tu satu dah pecah penutupnya. Lagipun aku memang tak guna sangat benda tu. Sebab tak nampak isi dalam. So aku letak la paket paket ni kat sini. Nampak depan mata. Takdelah tiap kali nak goreng ikan dok pikir ade ke tidok serbuk kunyit kat rumah. Pastu beli je la konon standby. Jap lagi balik rumah tengok ada dua paket. Dah bebanyak tu nak buat ape plak kan. 

Pastu macam rencah cukup rasa, nasi goreng kampung semua tu. Aku beli je tapi pakai nye tidok. Sebab tak nampak depan mata. Haha alasan sangat! ;p  Letak macam ni senang. Semua aku nampak. Kalau tak guna jugak taktau lah kan. Huhu...

Yang nampak sipi sipi tu bekas untuk kentang dengan segala bawang. Aku longgok dalam tu. Ada dua bakul kat situ.

Ok tu je lah susunan dapur aku. Dalam kabinet semua tu tak payah lah nak kongsi kan. Penuh bekas yang lutsinar tu je. Kabinet bawah ada jug kaca, cerek air, periuk besar besar, pinggan  mangkuk, kotak tisu, kain lap dapur, hah semua kita sorok dalam kabinet. Hehe... Yang periuk besar, pinggan mangkuk semua tu time reramai datang baru kita kasi keluar dari kabinet. Kalau tidak duduklah engko dediam di dalam sana. 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..