Thursday, July 14, 2011

..: takziah :..

Aku baru sampai opis balik. Tadi pagi masuk opis tak lama lepas tu gerak ke Jerantut. Menziarahi keluarga sahabat yang juga OP majlis perkahwinanku yang kehilangan ayahanda tersayang malam tadi.

Aku sempat melawat arwah semasa ditahan di Hospital Melaka. Dan aku pergi lagi ziarah hari ini atas arahan bos untuk mewakilkan unit aku. Tapi aku pergi lebih sebagai kawan yang memberikan sokongan.

Sahabat aku ni macam biasa. Berborak, melawak.. Dia memang tak tunjuk kesenduan dalam hati. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui..

Untuk sahabatku, bersabarlah. Aku tahu ini dugaan paling hebat sebelum umat Islam menyambut Ramadhan yang tak sampai 3 minggu lagi. Kau kena kuat untuk keluarga kau dan untuk diri kau sendiri. Ambil masa untuk pulihkan semangat kau balik. Aku tahu bukan mudah. Tapi sebagai anak lelaki sulung, sekarang kau mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan untuk menjaga emak dan adik beradik kau yang lain. 

Aku doakan kesejahteraan untuk engkau sekeluarga. Dan semoga kekuatan itu sentiasa ada dalam diri kau, sahabatku

Tabah dan be strong.....

Daa..... (-_-)

Wednesday, July 13, 2011

..: suntik botox :..

Nak tengok hasilnye???





Meh sini meh....




*Fokus pada bahagian dagu


Sebelum.....


 ..: kelihatan bulat saje :..



Selepas.....


..: lihat..... sudah runcing kannnnn..... :..


Okeh. Sekian cerita dongeng dari saya ;p


Daa..... =)

..: raisha pegi uptown :..

Plan ni macam hati kering jek. Sebab risau gak si temok ni mengaruk ke kan. Nasib baik lah mood dia ok. Cuma dah hujung hujung tu, dia dah penat dan boring kot. Ade la bunyi cket cket jek. Tapi sebab cepat sumbat susu, so takde la berpanjangan rajuk dia ;)

Kami [aku, suami, idot dan kemal] owh, serta raisha. Heheheee... Kami ke uptown mines. Memang besar dan banyak kedai. Tak habis jalan malam tu sebab kesiankan si kecik ni. Plus, kami pon dah penat gak. Jadinye nanti bile bile sambung jalan lagi. 


 ..: dia nampak mcm budak dah besar kan =) :..


 ..: ibu dan abah raisha :..

Masa dalam perut ibu dah bawak 9 bulan. Ni bila dah kuar, turn abah plak dukung raisha. Hehehe...


 ..: bersama idot :..



 ..: kami makan charkuetiaw. ok la rasa dia. sebab makan panas panas kan :..


..: budak tak reti duduk diam :..


..: buat muka ketat :..


Ok lah. Sudah sudah la tu tengok muka ecah... Penat dah ni...


..: kita minum duluuuu!! huhuuu~ :..


Daa..... =)

Tuesday, July 12, 2011

..: nak makan mesti lah nak mudah jek :..

Mari kita kongsi lagi resipi dan cara buat yang sangat mudah. Sesuai untuk orang yang pemalash dan nak cepat macam aku. Semua nak senang jek. Hahahaaaa ;p

Yang pertama, kita kongsi dulu....

 ..: puding roti tapi rotinye dapat sikit jek :..

Memang klaka okeh. Aku teringin sangat nak makan ni. Nak habiskan roti. Tapi roti tinggal berapa keping jek. Pahtu tambah plak bekas ni macam panjang. Tu yang dapat nipis jek lapisan dia. Kalau aku buat puding roti ni, banyak roti lagi besh. Pahtu bagi dia rangup rangup cket. Syedap! ;)

Bahan:
Roti [ikut lah brp keping nak letak. yang ni aku dapat 3 keping jek. sedih kan? (-_-)]
1/2 buku / 2 sudu besar butter
3 sudu besar gula
Sedikit susu cair
2 biji telur

Cara:
-Pukul butter dengan gula sampai gula hancur.
-Pecahkan telur. Kacau sebati sampai telur kembang.
-Tuang susu cair. 
-Potong roti kepada 4 bahagian. Susun dalam baking pan.
-Tuang adunan tadi. Letak lagi roti untuk lapisan atas sekali. Taburkan crunched oreo [yang ni optional].
-Masuk dalam oven. Aku bakar dalam 10-15 minit, api atas bawah sebab nak bagi roti rangup ;)


Yang kedua.... 



..: murtabak megi :..

Bahan:
2 bungkus mee segera
Sosej
Sebiji bawang besar
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Isi ayam dipotong halus

Cara 1: Goreng
-Rebus mee segera. Tos dan sejukkan.
-Potong sosej, bawang besar dan isi ayam. Masuk dalam mangkuk. Gaul sebati.
-Pecahkan telur. Gaul lagi dan taburkan garam serta lada hitam.
-Masukkan megi. Satukan megi dengan bancuhan tadi.
-Panaskan kuali. Letak minyak sikit dan tuangkan bancuhan. Macam buat telur dadar tu. 
-Biar garing sekejap dan terbalikkan. 

Cara 2: Bakar
-Semuanya sama. Gaul sebati bahan bahan, kecuali megi terus masuk dalam baking pan dulu.
-Tuangkan bancuhan atas megi tadi. Letak cheese.
-Bakar. 

Kedua dua cara sedap dimakan bersama sama sos. 

Aku saje jek try yang cara bakar tu nak tengok camne pegi dia. Rasenye pada aku, lagi suke yang goreng tu kot. 


Selamat mencuba!


Daa..... =)

..: apam polkadot yang comel ;) :..

Ex-housemate aku ade buat bisnes kecil kecilan.
Beliau menjual apam polkadot dot yang kecik dan comel. Sekali ngap jek masuk mulut. Ade pelbagai perisa untuk inti dalamnye. Harga sungguh murah. Sekarang ni dia ade buat corak corak lain jugak selain dari polkadot. 




Aku dah beberapa kali gak order dengan dia. Memang syedap! Sesuai nak buat minum petang ke, hujung hujung minggu ke, nak jamu orang datang ke, boleh saje. 

Harga: 
25 biji = RM8
50 biji = RM15
100 biji = RM30

Nak kontek, korang boleh usha fesbuk beliau : Maryam Sakinah
Atau nak emel aku pong boleh jek : burung_sakit@yahoo.com

Daa.... =)

..: berlepakan bersama gank :..

Gank [read : geng] ini lah yang menemukan aku dan encik suami ;)
Dan sekarang, setiap kali balik kampung kami akan sebolehnya berjumpa mereka.








Lepas ni bila bila balik lagi, pasti akan cari waktu untuk ketemu kamu kamu semua! (^_^)


Daa.... =)

Friday, July 8, 2011

..: ikut suka :..

Sekarang ini rasa nak try macam macam resipi dan merosakkan nya buat ikut cara sendiri.
Memang ikut cara dan bahan yang paling simple lah. Mari kita kongsi cket.....



 ..: spiral cream pasta :..

Bahan : 
spiral pasta
sos prego [white]
cendawan butang
susu segar
slice cheese
garam
black pepper
garlic
butter

Cara :
-cairkan butter. tumis garlic. tuangkan sos prego. kemudian masuk kan air dalam tin yang dah kosong tu, tuangkan dalam sos tadi.
-masukkan cendawan. tuang sikit susu segar.
-masukkan pasta, cheese dan black pepper.
-perisakan dengan garam. kacau sampai sebati semua dan cukup masak.


Kemudian, aku nak try cara lain plak. Adaptasi dari resipi cikgu yang comel ni. Tapi dia buat baked macaroni. Aku tukar jadi baked spiral pasta. Heheheee

 
..: yang atas tu lapisan keju yang mencair. mungkin sebab bakar lebih masa, dia jadi coklat camtu :..

Bahan dan resipi same mcm yang atas tu. Cuma masa tuang dalam bekas ni, aku aliskan dengan butter dulu. Kemudian tuang pasta sikit. Lapiskan dengan kepingan keju lagi. Baru tuang habiskan pasta tu. Atas tu letak lagi keju yang dihiris halus dan tuangkan bancuhan telur. Pahtu masuk oven, bakar sampai garing.
Potong dan makan dengan sos memang mabelesssss! 

Selamat mencuba. 



Daa..... =)