Posts

Showing posts from 2017

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

Image
Ini cerita bulan September. Dah dua bulan lepas dah. Haha... Aku dengan Hadi, kitorang share bulan kelahiran yang sama. Bulan September. Aku 10hb, Hadi 15hb. Tahun ni kitorang takde makan kek. Tapi bagi seprais lain pulak.  Birthday aku hari Ahad. Aku balik Pasir Gudang Jumaat tu macam biasa. Tapi dapat arahan suruh cuti sampai Isnin. So aku pun cuti je la. Pastu biasanya kalau nak pegi jalan mane mane, hari Rabu atau Khamis Hadi dah suruh cari hotel dan tempah skali. Ni nak pegi hari Sabtu, Jumaat malam baru bagitau suruh cari hotel mane yang ok, yang best. Ehhhh terkejut sangat nihhhh.. Hahahahaa... Maka ke Felda Residence Tanjung Leman la kita... (^_^) Sabtu tu keluar rumah petang jugak. Pegi tengok wayang dulu, lepas wayang terus gerak ke Mersing. Masa tu dalam pukul 8 malam tapi jalan dah gelap.  Gambar pintu masuk aku tak amik sebab sampai dah malam. Jalan ke Mersing tu kan gelap. Memang tak terpikir nak amik gambar pun. Pikir nak selamat sampai je. Huhu...

..: Makan :..

Image
Hai Assalamualaikum... Dah dekat hujung hujung tahun ni, macam semua benda dan kerja pun hampir selesai. Jadi marilah kita menghapdet blog. Huhuhu... Hari ni aku cuma nak share gambar gambar makanan yang aku pernah amik je.    Bawak bekal nasi putih dengan sup telur pecah + tomato dengan carrot sikit. Konon diet la ni. Kononnnn...  Ni menu faveret sekarang. Sebab kawan aku jual tempe bilis sira. Dalam tu ada tempe, ikan bilis, cili kering. Goreng semua jadi macam sambal kering tu. Makan tu je dengan bubur pun dah sedap dah. So hari hari aku masak bubur kosong bodoh je. Paling tidak pun letak carrot je la.. Pastu tabur tempe bilis sira tu. Huiii habes sebekas. Sodap!  Pagi pagi basuh beras dalam suku cawan. Pastu masuk dalam periuk, air setengah periuk tu. TInggalkan je pergi lah mandi sembahyang siap siap semua, lepas tu baru tengok bubur dah siap ke belum. Agak nak kering sangat tambah lagi air. Huiii mudahnye. Huhu... Roti sapu marjerin then ba

..: Barang make up :..

Image
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Hehe... Cerita raya nanti nantilah aku share. Ni nak cerita pasal benda lain dulu. Benda yang aku tak reti pun dedulu. Sekarang dah tua ni baruuuu nak berjinak jinak. Haha... Beg mekap. Dulu aku cuma ada lipbalm saje. Pastu up sikit ade bedak. Pastu ada eyeliner. Pastu ada laa beli lipstik sebatang dua. Tu pun bertahunnnn baru abes pakai.  Beg mekap. Eh nak jugak ada walaupun barang sendu je dalam tu. Hahahaa...  Aku ni serasi dengan barang Silkygirl je. Lipbalm lipstik bedak eyeliner semua aku pakai Silkygirl. Pastu ada jugak la beli lipbalm In2it. Sedap jugak pakai. Eyeshadow tu brand ape ntah tak ingat. Pastu lipmatte Huda Beauty. Ada sepit kuku jugak dengan pita ukur. Senang nak ukur kalau nak beli baju online. Hehehee... Boleh tahan jugak barang barang dalam beg ni sekarang. Makin beranak pinak pulak dia. Terbaru aku beli blusher brush. Gitewwww kemaen sangat. Padahal ntah bila yang beriye nak mekap nye pun tak

..: Dating kat Bukit Ampang Pastu Dah Sampai Perak :..

Image
Assalamualaikum... Kesian nya tengok blog sendiri tak hapdet sekian lama. Marilah kita tepek sikit cerita. Biarpun dah basi. Huhu.. Ini masa cuti Tahun Baru Cina awal tahun hari tu. Bulan Januari. Bermula dengan jalan jalan KL, lepak berchenta kat Bukit Ampang, sampai lah tetiba si Hadi ajak jalan jalan Perak pulak.  Cantek view. Masa kitorang lepak ni siap ade lagi orang main bunga api berdas das kat bawah tu. Dari atas bukit ni boleh nampak adalah dalam dua tiga tempat jugak main bunga api tu serentak. Meriah raya korang kan... Hehe... Selfie konon nak nampak view belakang tu, tapi muka je dah menutupi segala keindahan. Seram betol! Hahahaa... Masa lepak lepak tu dok pikir nak pergi mana nak habiskan cuti. Aku ingatkan Hadi takde la plan pape, rupanye dia nak pergi memana. Tak kisahlah mane pun.. Tetiba "Jom kita g Perak plak. Balik ni kita packing teros gerak" Wah gituuu.. Bercakap seperti isteri beliau ada kuasa petik jari semua ma