Posts

Showing posts from February, 2016

..: cuti dengan keluarga mertua :..

Image
Cuti Tahun Baru Cina hari tu 4 hari, Sabtu sampai Selasa. Kitorang bagi dua. Dua hari kat Kluang, dua hari kat Pasir Gudang. Memang takde plan ape pun selain lepak dengan family je. Jumaat malam kitorang gerak balik Kluang. Ha ri Ahad  malam balik Pasir Gudang. Malam tu baru tau yang family Hadi plan nak pergi Lotus Desaru hari Isnin esoknya tu. Itu pun macam ye tak ye je.  Pagi Isnin baru la konfem jadi then semua pun kemas kemas and aku tolong MIL masak nasi ayam. Mak mertua aku memang seorang yang rajin betul memasak. Aku rasa banyak masa dia habiskan kat dapur je. Lagi la kalau ramai ramai balik, memang dah bersusun menu dia nak masak ape.  So gedebak gedebuk dalam lepas zuhur camtu kitorang gerak. Semua sekali ada 3 biji keta.  Gambar bersepah sepah dan banyak. Sila lah mereput baca episod ini. Huhu... (>_<) Masa ni tengah tunggu diorang setelkan check in. Aku memang taktau pape, tau datang je. Haha.. Ambik dua bilik. Satu un

..: Membuak buak :..

Image
Lama rasa tak hapdet. Tetiba tajuk membuak buak. Haha... Aku rasa yang paling membuak sekarang ni adalah lemaks. Makanan tak payah cakap laa.. Memang rezeki Allah bagi, Alhamdulillah sangat.. Jom tengok. Ini makan nasi ayam penyet kat Melaka. Dengan jus alpukat. Ok la, dia punye terung sambal tu sedap. Kedai kat mane aku taktau. Yang aku tau kat Melaka. Wakakakaa ;p Melty hershey. Yang buat ni kawan kak N kat Kluang. Hari tu Kak N datang KL ade hal sikit, aku kirim sekali dia bawak kan. Sampai je terus abes setengah bekas. Aku beli 4 bekas. Makan sejuk sejuk memang melting je lemaks masuk dalam badan. Huhu..  Aku masak ayam telur masin. Diolah daripada resipi ketam telur masin. Paling simple resipi aku olah daripada blog Khatyjem. Hehe...  Laksa Terengganu. Ni masa aku kursus kat Kemaman. Taktau nak kata sedap ke tak. First time makan and pada aku macam pelik sikit. Sebab belacan, garam, yang merah tu cili boh kot. Tu semua kena gaul sendiri

..: sepatutnya.... :..

Hari ni aku nak update blog, sepatutnya. Tapi yang tak patut bila ada banyak kerja. Belum sempat siapkan satu, datang lagi lima (hamboih). Sudahnya 'new post' ni dah tertera lama kat pc tapi kosong camtu je lah. Tak sempat nak hapdet ape. Ni pun dah petang baru la boleh ngelat sikit. Huhu.. Gambar ada banyak. Sebab cuti lama hari tu bersambung sambung. Tengoklah minggu depan kalau tak sibuk, dan aku rajin, maka adalah episod baru nanti.  Selamat berhujung minggu.  Daa... =)