..: Membuak buak :..


Lama rasa tak hapdet. Tetiba tajuk membuak buak. Haha...

Aku rasa yang paling membuak sekarang ni adalah lemaks. Makanan tak payah cakap laa.. Memang rezeki Allah bagi, Alhamdulillah sangat..

Jom tengok.




Ini makan nasi ayam penyet kat Melaka. Dengan jus alpukat. Ok la, dia punye terung sambal tu sedap. Kedai kat mane aku taktau. Yang aku tau kat Melaka. Wakakakaa ;p


Melty hershey. Yang buat ni kawan kak N kat Kluang. Hari tu Kak N datang KL ade hal sikit, aku kirim sekali dia bawak kan. Sampai je terus abes setengah bekas. Aku beli 4 bekas. Makan sejuk sejuk memang melting je lemaks masuk dalam badan. Huhu.. 


Aku masak ayam telur masin. Diolah daripada resipi ketam telur masin. Paling simple resipi aku olah daripada blog Khatyjem. Hehe... 


Laksa Terengganu. Ni masa aku kursus kat Kemaman. Taktau nak kata sedap ke tak. First time makan and pada aku macam pelik sikit. Sebab belacan, garam, yang merah tu cili boh kot. Tu semua kena gaul sendiri masa nak makan tu. Kuah kena panas panas baru sedap. Kalau tidak nanti belacan garam semua tu tak larut plak. Dah macam baru nak masak aku rasa. Sebab kena masukkan semua sendiri. 


Ni aku taktau apa nama dia. Masa ni makan kat Korean BBQ Grill Restaurant kat Setia Walk Puchong. Nak pergi tengok wayang yang seat Beanie tu. Paling dekat kat Setia Walk ni je. Sebelum tengok wayang tu nak pergi makan tapi takde tempat yang macam ok. Kat restoren ni je lah pun yang macam yakin sikit. Tu main terjah je. 


Makan lauk kenduri kawen sedara sebelah mak Nora. 


Megi pun nak tepek jugak kat sini. Hahahaa... Bukan ape, sebab kan ada iklan yang kata Megi Letup ni pedas gila kan. So aku pun nak try la jugak. Dedua dah rasa. Yang goreng dengan yang kuah. Pada aku yang goreng lebih pedas daripada yang berkuah tu. 


Chicken grill kat Melantak Steak Hub, Melaka. Sedap gila. Ayam tu lembut and juicy. Wohooo!


Aiskrim makan kat rumah saje. Letak buah dengan kacang sebanyak mana hati ku mahu. Haha..


Nasi kukus ayam goreng berempah. Beli kat cafe opis.


Sarapan pagi beli kat cafe opis jugak. Cili padi harussss bersusun. Kalau takde cili padi macam tak cukup syarat je. Huhu...


Air big cup tapi dah macam baldi dah. 3 hari baru habis minum. Haha! Perisa moccha. Aku beli kat cafe opis je. RM5 sebekas. Sedap.


Yang bawah ni kira fresh la sebab baru je masak semalam. Hehehe... Macam pencapaian jugak untuk aku sebab weekend makan kat rumah je. Dan berjaya goreng ikan mengikut piawaian Hadi. Hahahaaa (>_<) Ala dia tu ape pun ok je. Huh. 


Ikan goreng. Sekali goreng dua ekor je sebab aku tak nak makan ikan. Ni untuk lunch. Malam goreng lagi dua ekor. Nak makan baru goreng sedap sikit kan rasa dia. Masih rangup rangup lagi. Ni pun aku campur serbuk kunyit dengan serbuk kari. Garam. Letak serbuk kari tu nak bagi rasa pedas pedas sikit la konon. 


Terung sambal ni aku teringin nak makan yang dimasak sendiri. Tapi aku rasa macam tak jadi sangat sebab aku membayangkan sambalnye macam gelap lagi sikit. Lepas ni nak try buat lagi lah.  


Ayam masak halia. Macam tercair sikit. Aku nakkan kuah sikit, jap lagi jadi cair plak. Dah tambah tepung jagung pun macam tak berapa pekat sangat. Bila nak makan malam baru jadi macam pekat sikit kuah tu. Tapi takpelah sedap jugak. Haha..


Taugeh masak kicap campur tofu. Aku lupa nak beli tauhu yang keras tu. Pastu tofu ni pun biasa beli brand lain. Jap lagi nampak yang ni besar sikit pastu murah. Aku pun amik le dua tiub tu. Selalu sebelum masak tu goreng dulu tofu ni. Tapi yang ni dia macam hancur plak. Susah nak terbalikkan masa goreng tu. Lepas ni taknak beli dah la. Beli yang selalu tu je. Yang tu tak lembik sangat. Takde la pecah pecah masa masak. 


Okeh itu saje setakat ni untuk perihal makanan aku. Lepas ni nak buat episod pasal pergi bercuti masa cuti raya cina hari tu. Semoga berjaya lah hendaknya. Huhu...


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..