Posts

Showing posts from March, 2013

..: DIY bebeh! :..

Image
Well.... Sebenarnya takdelah DIY sangat ponggggg.... Cuma lite lite saje. Huhuhu... Atas tu hadiah untuk idot. Aku bagi sekali brooch buterfly ni. Brooch ni la yang aku buat sendiri. Tapi still dalam proses try and error lagi. Aku sedang meningkatkan kemahiran [eceh!] cara cara untuk pasang pin dia.  Warna pink tu kain aku beli sendiri. Niat di hati nak buat shawl ikut potongan sendiri. Aku ikut saiz shawl yang sedia ada. Cuma lebihkan sikit untuk panjang dan lebar dia. Pastu jahit tepi saje.... Buat masa ni baru dapat selai je. Kalau rasa macam ok, mungkin lepas lepas ni aku buat sendiri je la shawl. Sonang. Pilih jenis kain sendiri, nak labuh mane, nak sedongdong dengan baju, sume bole ikut suka sendiri. Cuma nak jahit tepi tu je la kena hantar kedai. Sobab eh mokcik takdok mesin jahit tepi... Huhuhuuu.... Daa.... =)

..: Perkongsian kata kata :..

Image
Aku dapat beberapa ayat ni dari kawan kawan. So, aku kongsikan dengan kamu orang pulak yeh =) Daa... =)

..: sebelum dan selepas (3) :..

Image
Kerajinan menjahit manik kembali. Heheheee... Baju asalnye...  ..: Ianya dipanggil waka dress. Kosong saje... :.. Dalam proses.... Selepas....  ..: Tambah manik di hujung lengan saje. Dalam tu dress yang dijahit oleh kak N. Waka dress dari sini :.. Baju kedua.  Sebelum....  Selepas.... Long tail blouse. Yang depan pendek belakang labuh tu. Belum pernah pakai lagi. Beli dari sini . Baju ketiga. Sebelum...   Selepas....  ..: Shine bright like a diamond gitewwww.... ;p  Memang berkilau time kena flash henpong. Hehee... :.. ..: Peplum blouse. Satu satunye peplum yang aku ada. Pagi jahit manik. Tengahari terus pakai pegi jemputan. Hehehee :.. Yang bawah ni bukan sebelum bukan selepas. Saje nak tepek gak. Sebab aku suka palazzo ni (^_^) Printed palazzo dan peplum tu juga dari sini . Daa... =)

..: si bongsu dan si bongsu ;D :..

Image
Anak sedara yang bongsu [setakat ni] memeluk adik aku yang bongsu. Ini kalau bongsu yang beso tu pusing je nih, habes penyek bongsu yang kecik nih. Lomas! Hahahaaa ;p Daa... =)

..: Kurusussss :..

Image
Gmbr yang memula ni kursus kat tempat lain. Aku tepek sini sebab nak tunjuk gambar bilik je. Bole? Hahahaa ;p Kursus di Cameron Highland. Bila tu jangan ditanya. Nanti kantoi cite dah basi. Hahahaaa... ;p Kedua dua beg atas katil tu beli online kat sini ---> klik sini meh ;) Yang bawah bawah ni gambar masa kursus di Melaka. Ni kira tak berapa basi sangat la.. Hekhekhek ;D Kursus tiga hari. Tapi gambar cuma beberapa saja. Sebab ape ntah. Malas kot nak amik gambar sangat. Huhuhu...   ..: Gambar di pagi hari. Memang betul pagi. Tengok langit tu. Masa ni kira fresh la. Baru turun nak sarapan. Itu Ika, opismate dan roomate masa kursus. Gila tak berkembang. Duduk dgn org yang sama je... Badan je yang kembang. Hahahaa :.. Di malam hari kami keluar berjalan jalan di bandar Melaka. Merasa la naik Menara Taming Sari tu =) Kalau bole tengok la, kat swimming pool tu ade orang tengah mandi. Heheheee.... ;D Dan ini lah hero hero yang mem

..: Tak puas hati tapi kena redha je... Huhuu :..

Okeh, keje dah siap. Jadi marilah kita mengisi masa dengan menghapdet belog. Waahhhh nampak mcm banyak sangat masa terluang tu kan. Hahahaa ;p Aku dah ada cerita nak tepek sini. Tapi sebelum itu, mari kita meluahkan rasa tidak puas hati dulu.  Ade dua cerita tak puas hati aku ni. Dah lama gak pendam tapi hari ni rasa macam nak luah plak. Ni semua fesbuk punya hal laa.. Kat fesbuk tak bole nak luah sangat. Kang ada yang terasa. Luah kat sini takpe. Sebab mereka ni tak baca dan tak tau pun aku ade belog. Lagi pulak, tak ramai pong yang tau pasal belog ni. Jadi senang la cket nak ngumpat luah perasaan. Huhuuu... #1 Tak puas hati dan redha : Kat fesbuk kan kita ada la grup macam macam kan. Grup kawan kawan sekerja la, sekolah la, seuniversiti la, dan se lain lain lagi. Aku taknak spesifik kan ni dalam grup mane. Tapi dia ni tiap kali aku log in je, mesti ade punye lah status terbaru dia. Lepas dia, dia lagi. Kemudian pulak dia jugak. Tidak lama selepas itu dia lagi. Seme

..: survey... :..

Aku nak mintak tolong. Untuk kawan aku. Dia kena buat survey untuk assigment dia. Jadi, aku nak mintak tolong kamu orang yang membaca ni, untuk klik kat sini . Dan isi survey tu. Soalan dia mudah yooooo... =) Pastuuuu... klw kamu orang macam baik hati sikit ke kan.. Tolong tolong la forward pada kawan kawan lain jugak yek. Heheheee Timekasehhhhhhh (^_^) Daa... =)

..: cehhhhhh.....! :..

Aku punye angan angan tinggi ni weh. Bila time keje, aku dok pikir.  Nak hapdet belog. Tapi nanti lah balik umah baru buat. Sebab kat umah best cket. Takde la rasa ngulo [ehh??] sangat. Hahaa.. Gambar pong ade banyak. Amik gambar je lah rajin.. Nak tepek sini, mak aihhhhh.... (-__-") Bila pegi mane mane ke makan pape ke, mesti amik gambar. Sebab pikir, owh nanti nak hapdet belog nih. Tapiiii....?? Pffffttttt.... Bila sampai umah, gedebak gedebuk itu ini. Tau tau je dah baring depan tv. Pastu daaahhhhh... Kompem lah malas nak online bagai. Terbengkalai lagi pojek menghapdet... Kat opis, ada la aura tu sampai. Aura nak menghapdet tu. Tapi malas pun sampai sama.. Camnoooo.... Hahahahaaaa Memang la sungguh cehhhhhh! Hahahaaaa Daa... =)

..: perkembangan adik aku :..

Image
Ini adalah hasil follow up pemeriksaan dia yang ketiga. Masa yang kedua dulu, tangan masih berbalut. Cuma plaster kat peha je yang dah dibukak.  Sekarang, balutan di tangan juga sudah dibuka... Kalau korang nampak ade benda di antara jari kelingking dengan jari manis dia tu, itu adalah besi yeee.... Yang dimasukkan ke dalam jarinye. Huuuu ngilu! (-_-") Nampak macam ada cangkuk kat pergelangan tu?? Itu juga adalah besi. Doktor tarik cangkuk tu je untuk kuarkan besi dari pergelangan tangan dia. Phewwww ngilu lagik! (>_<) Ini pada bahagian jari jemari dia pulak. Yang kat jari kelingking tu macam dawai, dia lilit lilit tulang adik aku. Huhuu... Bahagian peha pulak. Besi sama panjang dengan peha dia. Tu yang hujung tu skru. Diorang tanam skali dalam peha. Huhu... X larat nak ngilu dah aihhh....! (>_<) Jari dia tak bole nak bengkok habis buat masa ni. Sebab tulang jarinye hancur. Cuma ada besi je. Kalau bengkok pun cuma bole