Friday, January 20, 2012

..: kanta lekap pelbagai warna :..

Aku beli kanta lekap ni secara online. Beli empat percuma satu. Jadi kita ada lima pasang di situ ye. Macam macam kaler ada. Pilih je mana yang rasa sesuai dan berkenan di hati dan minda dan poket ;)






Botol pun dah kiut miut kan. Ape tah lagi yang memakainye tu. Hakhakhaktui ;p
Ada lima pilihan warna. Aku amik Light Grey, Celeb Super Nudy Grey & Brown, Crystal i.grey & i.hazel. 
Tiga warna dah dibuka. Ada lagi dua masih dalam simpanan. Sepasang lense tu tahan untuk setahun. Kalau kamu orang pakai satu pasang satu tahun, maka lima tahun tak payah beli lense dah. Ngeeeeee....



Amaran : Gambar di bawah menggerunkan. Kerana muka model adalah bersaiz sebesar rumah. Dengan keadaan tanah yang tidak rata [read : jerawat sana sini] dan juga biji mata yang sebesar bola tenis. Harap maklum.








Jangan "tanjat maimon" pulak tauuuuuuuu.......







 ..: omakau! masamnye muka :..



..: ha. pandai pun senyum ;)  ini adalah lense Crystal i.Grey bersaiz 14.5mm :..




..: Crystal i.Hazel :..




..: Celeb Super Nudy Grey :..

Ouh, abaikan juga latar belakang itu ye... Huhuu
Itu sahaja yang sudah dipakai sekarang ni. Lagi dua pasang simpan dulu nanti nanti baru bukak. 

Mau usha usha? 
Ini fesbuk beliau -----> BIG MOUTH Lokers
Ini pun boleh --------> Fynahereblog
Ini pula blognya -----> Fyna here


Dia ada promosi untuk setiap koleksi tu. Cuba lah tengok tengok dulu yek. Harga pun murah [pada aku] =)

Selamat berkanta lekap everibodeh!  (^_^)


Daa.... =)

Thursday, January 19, 2012

..: bertemu si manis kesayangan ;) :..

Siapa lagi kannnnn..... Mestilah budak ini ;)





Kami ke Jusco ioi Mall Puchong saje. Sebab kak N tu nak sangat pegi Jusco. Nak cari baju untuk keje. Sementara dia cuba baju dalam fitting room tu, kami posing posing dulu kat luar. Huhuuu....
Fitting room dia bole tahan besar jugak lah. Kami bertiga pun muat masuk sekali. Tu gambar gambar aku sambil memegang baju baju yang kak N nak cuba. Sampai kompius. Mane satu baju dia, mane satu baju yang masih ada tag Jusco. Hahaaaa ;p


Bila dah jumpaan tu, sesi sesi macam ni mestilah ada kan ;)







Tak cukup kat ioi mall, kita sambung kat rumah pulak. Kali ni mr. photographer pun join sekali ;)



Aku suka dua gambar kat atas ni. Nampak mcm dalam frame kan. Padahal gambar depan cermin je =)





Kebetulan kaler kami bertiga lebeh kurang aje pada hari tersebut. Terus berangan jadi pengacara tv yang ade sesi photoshoot. Wahahahaaa over ko! ;p




Signing off....



..: tiga personaliti telebisen yang bertemakan biru ;p :..

Sehingga bertemu lagi di episod yang akan datang... *wah tetiba*


*berangan itu free. so takpe lah kan. heheh ;p


Daa.... =)

Wednesday, January 18, 2012

..: adik ku sudah habis belajar :..

Yeayyy!! Dah setahun dah. Sekejap je habes dah dia punye pengajian untuk sijil. Bila habis belajar ni, kena lah mengosongkan dorm tu kan. Jadi, siapa lagi yang menjadi mangsa kekejaman beliau untuk mengangkut barang barangnyeeee???



Mestilah kakak dia yang nombor 3 ni. Yang baik hati kiut miut piut ni kan kan kannnnnn... *muntah ijo*
Takperrrrrrr..... keta ai mmg dah biasa dah jadi kenderaan angkut angkut barang ni. Heheheee



Sementara menunggu si bongsu itu membawa turun barang barangnye, kaki kita posing posing jap. Emmm.... nampak gaya macam banyak jek barang tuh. Huhuuu....



Ha tu diaaaaaa..... Ini yang kat bonet. Kat seat belakang pun penuh jugak okeh. Banyak jugak barang budak nih. 


 ..: Muka kakak yang 'redho yo lahhh....' ;p :..



Mari kita pulang. Sebab malam tu mahu menjenguk baby baru kepada kawan encik suami. Mereka ni jadi photographer kami masa bertunang dulu. Suami isteri pun ade bakat mengambil gambar. 


 ..: baby kecik danial mirza yang bermata boolatttt :..




Syyyhhhhh...... Takmo bising bising....










..: baby besar, si bongsu sudah beradu. ehhh??? hahaaaa ;p :..




Daa.... =)

Tuesday, January 17, 2012

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..

Sebab dilahirkan lah dapat makan itu ini kan. Kalau tak lahir tak dapatlah nak merasa nikmat makan tu. Eh, tapi kalau hari tu bukan hari lahir pun aku makan jeeeeee..... Wahahahaaaaaa ;p

Ini nak cakap pasal besday akak aku, Kak N. Besday dia 2hb Disember tahun lepas. Heheee... Aku rasa tahun lepas ni lah sambutan dia asyik maaaaaaakan jek. Semalam makan, hari ni makan, besok pun makan, lusa tu pun makan lagi. Eh, dah minggu depan pun makan lagi??? Aiyaakkkk!! 

Memula mak aku buatkan pulut kuning dengan kari ayam. Tapi gambar dah ntah mane. Kat fesbuk sana dah upload dah. Kat sini aku tepek mane yang ade aje lah yeee.... ;)


Kita mulakan dengan abah belanja makan malam.

 ..: nasi goreng ujang. nasi ni aku rasa kat belah belah johor je ade. silap silap kat kluang je kot. memang tak semua tempat ade nasi ujang ni =) :..


 ..: sotong goreng tepung :..


..: nasi goreng special two city. [two city tu nama kedai makan ni] :..



Kemudian aku pulak belanja dia. 

 ..: stroberi ice blended dari cool blog untuk aku :..


 ..: coklat ice blended untuk kak N :..


 ..: juga bersama crispy crepe :..


 ..: aku pun nak jugak. heheheee... :..



Baru aku perasan posing dalam dua gambar ni same. Dua dua tengah makan. Huhuuu ;p



Lepas tu, minggu depan nye kot. Makan bersama suami beliau pulak, Abang nizam. 



 ..: belikan kek yang kecik jek. sebab dah order makan berat. nanti kompem kek tak habes :..


 ..: blueberi ice blended untuk diri ku. rasa macam nak gi minum lagi lah. slurp! slurp! :..


 ..: grilled black pepper chicken chop :..


 ..: ;) :..


 ..: kuetiaw tomyam untuk kak N. memang terbaek lah tomyam dia :..


..: aku-tak-ingat-nama-menu ni abang nizam punye :..



Kemudian, di malam hari. Makan kayepci puleeeeee..... 


 ..: untuk kami bertiga :..


 ..: sebab aku nak sangat makan zinger burger ni lah. maka aku meracun mereka bersama sama untuk makan kayepci. huhuu :..


..: impian abang nizam untuk menjadi masterchef ;p :..



Selepas dari itu, walau di lain hari namun masih lagi dengan fast food. Kita ke mekdonel pulak. 


 ..: makan prosperity set. hmmm nyum! nyum! :..





Besh kan episod penuh dengan gambar makanan jek. Huhuu..




So, i'm signing off......




..: tersandar kekenyangan dan hasilnya, muka ku beso umah. itu baru muka. kalau badannnn???? haihhhh......!  (-_______-") :..


Daa.... =)