Posts

Showing posts from June, 2015

..: SEtelah sebulan :..

Image
Hi. Salam Ramadhan.  Aku takde ape nak share pasal juadah sahur or buka. Cuma hari ni, 30hb Jun. Genap sebulan selepas majlis nikah aku dan Hadi pada 30hb Mei yang lepas. Alhamdulillah...  Hari ni nak review pasal inai, mekap, baju, pelamin dan segala bagai. Mana gambar yang ada dalam henpon ni hah. Mari kita kasi share. Dah lepas sebulan pun kennnn... Hahahaa INAI Aku just gugel je 'lukis inai datang rumah di Kluang'. Hasil carian yang keluar bukan la semua kat Kluang pun. Tapi aku dapat la jugak cari. Akak ni dari Batu Pahat tak silap aku. Masa tarikh aku kawen tu memang ramai jugak yang amik tarikh tu. So kena booking awal sebab takut nanti penuh. Dia datang lukis pun petang sehari sebelum nikah which is just nice la kan. Bayar deposit RM10 sahaja. Selebihnya setelkan lepas akak tu siap lukis inai.  Aku tak ingat nama akak ni (haha!) Kak ani ke kak anim ke camtu la kot. Ke nama lain eh. Hahahaa... Tak kisahla, yang penting aku rasa cantek inai dia luki

..: majlis nikah :..

Image
Hai. Sudah sudah lah episod agak poyosh dan serius tu kan. Haha... Marilah kita kembali seperti sediakala. Jom cerita pasal majlis kahwin aku plak. Macam yang aku bagitahu dalam episod sebelum ni, majlis aku ditetapkan pada 30hb Mei 2015, hari Sabtu. Nikah pagi tu dalam pukul 10 lebih. Lepas tu makan, kemudian ke pelamin untuk bergambar. Itu saje. Simple. Memang takde sanding sanding and outdoor bagai. Aku memang nak paling minimum. Santai santai dan tak penat sangat. Ini dalam 2 hari ke sehari sebelum majlis. Packing gudis untuk tetamu. Dalam ni ade tuperware. Dalam tuperware tu ada telur sebiji dengan muffin tengah dia ada inti jem nenas. Bebudak punye gudis ada jajan dengan air kotak milo. Family adik ipar aku si Imm tu sponsor gudis untuk pihak lelaki. Terharu sangat. Semoga bertambah murah rezeki diorang. Aamiin... Petang sehari sebelum nikah aku lukis inai. Akak yang lukis inai ni datang rumah. Tapi sebab abah ada sewa homestay depan rumah kitoran

..: anugerah perkhidmatan cemerlang :..

Image
Hai. Ini namanya rezeki orang nak kahwin. Eceh! Aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Memula dapat emel, kata ada perjumpaan dengan Dato' Pengarah Bahagian. Aku dah cuak dah. Apsal pulak kan. Tetiba je.. Pastu tak lama orang dok sengeh sengeh ucap tahniah. Kepelikkan apakah... Sampai laaa aku tahu rupanye aku salah seorang penerima APC. Alhamdulillah rezeki.. Memang ngam ngam masa majlis ni diadakan, aku nak cuti kahwin dah masa tu. So, lepas selesai je majlis terus kemas kemas balik kampung.  Nombor tempat duduk dan nombor meja makan. Sehari sebelum majlis ada raptai. Makan semua disediakan. Hoih best giler! Haha.. Bersama mereka yang turut menerima APC dan sama Bahagian dengan aku. Tahniah!  Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyanyi lejen, Aris Ariwatan. Suara dia memang mantap! Lagu dia pun best. Selain dia, ada jugak artis artis JPA yang menyumbangkan suara.  Tahniah pada semua penerima. Tahniah jugak untuk dir

..: kongsi pengalaman hidup :..

Hai. Lamanye tak bercerita kat sini. Malas pun ye. Takde masa pun ye. Sekarang ni nak puasa dah. So, memang akan ada kat opis je lah. In Shaa Allah akan adalah cerita baru nanti. Haraapppp laaa begitu kan. Huhuhu... Mana nak mula? Banyak sangat nak cerita ni. Hmmmm.... Baik, marilah kita mula dengan pengalaman aku menghadapi ujian yang diberi Allah SWT. Aku berkongsi bukan nak tunjuk bagus atau riak, sekadar nak beritahu yang dalam setiap ujian itu, akan ada keindahan pada akhirnya. Eceh! Gitu ayat.. Hahahaa (>_<) Siapa siapa yang pernah baca, kawan kawan aku kat fesbuk, atau membuat andaian sendiri. Tak kisahlah ape pun. Ye.. Aku telah diberi Allah jodoh yang baru. Sebab apa aku kata diberi? Sebab aku sebenarnya memang dah serik. Aku fobia untuk menerima sesiapa lagi setelah apa yang aku dah lalui. Aku serahkan segala urusan aku hanya pada Allah. Hati, perasaan, rasa cinta, segala. Dan bila terbukak hati aku untuk menerima cinta baru, aku pun takde jawapan m