..: kongsi pengalaman hidup :..

Hai.

Lamanye tak bercerita kat sini. Malas pun ye. Takde masa pun ye. Sekarang ni nak puasa dah. So, memang akan ada kat opis je lah. In Shaa Allah akan adalah cerita baru nanti. Haraapppp laaa begitu kan. Huhuhu...

Mana nak mula? Banyak sangat nak cerita ni. Hmmmm....

Baik, marilah kita mula dengan pengalaman aku menghadapi ujian yang diberi Allah SWT.
Aku berkongsi bukan nak tunjuk bagus atau riak, sekadar nak beritahu yang dalam setiap ujian itu, akan ada keindahan pada akhirnya. Eceh! Gitu ayat.. Hahahaa (>_<)


Siapa siapa yang pernah baca, kawan kawan aku kat fesbuk, atau membuat andaian sendiri. Tak kisahlah ape pun. Ye.. Aku telah diberi Allah jodoh yang baru. Sebab apa aku kata diberi? Sebab aku sebenarnya memang dah serik. Aku fobia untuk menerima sesiapa lagi setelah apa yang aku dah lalui. Aku serahkan segala urusan aku hanya pada Allah. Hati, perasaan, rasa cinta, segala. Dan bila terbukak hati aku untuk menerima cinta baru, aku pun takde jawapan macamana boleh nak terima.. Macamana itu macamana ini. Aku cuma berserah. Apa apa yang terbaik yang telah Allah rancang, aku mohon semoga dipermudahkan. Alhamdulillah memang aku rasa urusan aku dipermudahkan untuk perkahwinan kali ini. Cerita dan gambar nanti episod lain yeh ;)

Bila dah plan nak berkahwin semua ni, biasalah kan. Macam macam hal nak diuruskan. Masa ni pun aku rasa Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Mula mula tarikh yang dipersetujui adalah pada 5hb Jun 2015. Kemudian bulan Mac, mak dengan abah pergi menunaikan Umrah lagi sekali. Balik dari Umrah, mak pihak lelaki telefon dan minta diawalkan seminggu kepada hujung bulan Mei. Jadinye tarikh baru adalah pada 30hb Mei. Memula plan nak buat kat JB, tapi bila tukar tarikh tempat pun terus tukar. Buat majlis kat Kluang pulak... Masa tu kusut la jugak sebab dah bagitahu kat sedara mara kawan kawan semua tarikh awal bulan 6 tu. Bila tukar ni nak kena bagitahu lain plak kan. Tapi takpe, kita tenang tenang aje... Ceh tenang la sangat! 

Alhamdulillah urusan tempahan catering, khemah, mak andam, kompang, kad jemputan, baju, semuaaaaa dipermudahkan. Stress sikit pasal kad jemputan. Masa belum siap tu je la. Bila dah siap dah ok dah semua. Baju pun memula ingat nak save bajet pakai baju mak andam je. Tapi bila try semua macam tak kena dengan saiz. Last last tempah la jugak. Tu pun dah dekat tarikh nye. Awal bulan 5. Masa tu la pegi beli kain, masa tu jugak hantar tempah. 2 minggu siap. Alhamdulillah...

Urusan Pejabat Agama pun aku buat dalam masa 2 minggu sebelum tarikh nikah. Hehehe.. Tapi abah dah tempah tok kadi dan dia dah pergi survey survey dulu dokumen apa yang nak dilampirkan semua. So, bila aku datang Pejabat Agama tu, dokumen dah lengkap dan tinggal nak submit je.

Masa nak print dokumen Borang Permohonan Nikah je ada problem sikit. Dengan dokumen dah print tapi si lelaki nye tertinggal kat pejabat pulak. Nak log in balik dah payah pulak. Last last pergi UTC kat JB tu, pegawai kat sana je print kan semua dokumen. Senang. Memang konfem dah complete. Payah jugak guna sistem online ni. Tapi nak buat camne kan. Ikut kan je lah. Huhu...


Lain benda... Macam banyak lagi. Tapi aku tak ingat dah. Haha! Ni je yang mampu nak refresh balik. Mungkin sebab smooth je (eceh!) tu yang tak berapa nak ingat sebab tak stress sangat. Haha poyo!


Apa yang aku nak simpulkan kat sini, bila kita berserah semua urusan kita hanya pada Allah. Setelah berasakan putus asa, atau lemah semangat, berserah padaNYA. Serah yang betul betul menyerah. Kita kembali pada Allah. Berdoa dengan yakin, bahawa DIA memang ada sesuatu yang terbaik untuk kita, hambaNYA. Setelah berserah dan berdoa, redha kan hati untuk ikhlas menerima apa apa juga yang telah ditentukan. Apa yang diberi, bersyukur. Tanamkan dalam hati dan pikiran, DIA tak beri apa yang kita mahukan. Tapi DIA beri apa yang kita perlukan. Sekali lagi aku harap takde yang rasa aku ni macam bagus atau menunjuk nunjuk dan sebagainya. Aku cuma berkongsi pengalaman dan mana tahu korang tengah rasa down. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat untuk korang bangkit dan berdoa. In Shaa Allah... 

Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..