..: SEtelah sebulan :..


Hi. Salam Ramadhan. 

Aku takde ape nak share pasal juadah sahur or buka. Cuma hari ni, 30hb Jun. Genap sebulan selepas majlis nikah aku dan Hadi pada 30hb Mei yang lepas. Alhamdulillah... 

Hari ni nak review pasal inai, mekap, baju, pelamin dan segala bagai. Mana gambar yang ada dalam henpon ni hah. Mari kita kasi share. Dah lepas sebulan pun kennnn... Hahahaa

INAI

Aku just gugel je 'lukis inai datang rumah di Kluang'. Hasil carian yang keluar bukan la semua kat Kluang pun. Tapi aku dapat la jugak cari. Akak ni dari Batu Pahat tak silap aku. Masa tarikh aku kawen tu memang ramai jugak yang amik tarikh tu. So kena booking awal sebab takut nanti penuh. Dia datang lukis pun petang sehari sebelum nikah which is just nice la kan. Bayar deposit RM10 sahaja. Selebihnya setelkan lepas akak tu siap lukis inai. 

Aku tak ingat nama akak ni (haha!) Kak ani ke kak anim ke camtu la kot. Ke nama lain eh. Hahahaa... Tak kisahla, yang penting aku rasa cantek inai dia lukis ni.




Untuk kaki tu boleh request kalau nak lukis keliling. Design pun boleh bagitahu pada akak tu nak yang sarat ke yang simple ke. Aku mintak simple je. Kat tapak tangan tu pun memang mintak lukis bunga macam tu. Kat jari pun aku tak nak sarat sangat sebab nanti tak nampak cincin. Lepas dah siap lukis tu dia akan ajar cara nak bagi inai tu tahan lama. Mana yang rasa rajin nak ikut boleh lah ikut. 

Untuk info lanjut, korang boleh amik nombor ni ----> 017-9613560

BAJU

Untuk baju nikah idea aku gabung dengan Kak N. Pegi beli kain semua pun dengan dia. Kaler pun dia pilih. Siot betol pilih kaler pink! Huh. Pakkal je la pikir nak kaler lembut, pastu buat nikah, aku ikutkan saje. Kalau tak memang idok leeee aku nak pakai pink.




Hasilnye. Aku buat jubah terus. Ada dart sikit kat depan dengan belakang. Badan dengan hujung lengan aku letak songket pink tu. Pinggang jahit lace sikit. Bahagian depan je. Baju Hadi songketnye kat leher cekak musang tu dengan kepala kocek. Sampin dia pun guna songket tu jugak. Shawl aku beli kain chiffon 2 meter. Ni jenis yang berat sikit. Pastu hantar tempah. Kat kepala tu aku mintak makcik tailor tu jahit. Bukan setakat jahit tepi tapi jahit betul. So bila pakai tu rasa elok je terletak. 


MAKE-UP

Macam yang aku dah beritahu sebelum ni, yang mekap kan aku ni kawan sendiri kan. Nak puji lelebih nanti kata mementang kawan... Huhu. Tapi aku rasa tak pun, memang mekap dia ok. Pada aku ok la. Tak tebal sangat. 


Kalau nak booking dia mekap untuk majlis tunang ke dinner ke, bole cari dia ok. Nama dia Nur Idayu. Klik ----> Facebook ayu

Kalau perasan kontek lense yang aku pakai tu kaler macam kelabu sikit. Itu pun memula aku nak beli tapi tokeh lense tu nak hadiah kan je. Alhamdulillah rezeki. Boleh jugak kalau korang nak cari cari lense untuk raya nanti ke kan. Klik ---- > Facebook lense 

Dan pelamin aku... 


Simple. Dalam bajet. Untuk amik amik gambar. Ok lah kan.

Itu saje perkongsian yang ntah ape ape dan tak seberapa. Dah lama tak mengarang, aku rasa nak buat ayat pun tak reti dah. Haha! Blog pun sendu. Tunggu masa nak berkubur je. Huhu..

Selamat berpuasa dan berterawih.


Daa... =)

Comments

  1. Alhamdulillah...... seronokkkkk sgt tgk kekta yg skrg.. happpppyyyy jekk

    lebiu kak ipor <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Berkat doa imm jugak.. =)
      Lebiu too three four five adik ipo. Hehe

      Delete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..