..: majlis nikah :..

Hai.

Sudah sudah lah episod agak poyosh dan serius tu kan. Haha... Marilah kita kembali seperti sediakala. Jom cerita pasal majlis kahwin aku plak.

Macam yang aku bagitahu dalam episod sebelum ni, majlis aku ditetapkan pada 30hb Mei 2015, hari Sabtu. Nikah pagi tu dalam pukul 10 lebih. Lepas tu makan, kemudian ke pelamin untuk bergambar. Itu saje. Simple. Memang takde sanding sanding and outdoor bagai. Aku memang nak paling minimum. Santai santai dan tak penat sangat.




Ini dalam 2 hari ke sehari sebelum majlis. Packing gudis untuk tetamu. Dalam ni ade tuperware. Dalam tuperware tu ada telur sebiji dengan muffin tengah dia ada inti jem nenas. Bebudak punye gudis ada jajan dengan air kotak milo. Family adik ipar aku si Imm tu sponsor gudis untuk pihak lelaki. Terharu sangat. Semoga bertambah murah rezeki diorang. Aamiin...



Petang sehari sebelum nikah aku lukis inai. Akak yang lukis inai ni datang rumah. Tapi sebab abah ada sewa homestay depan rumah kitorang tu, so aku duduk kat situ je lukis inai.  Total untuk servis lukis inai ni, campur transpot semua RM90. Akak tu datang dari Batu Pahat. Dalam banyak banyak yang aku survey, ini paling murah dan aku rasa puas hati. Merah dia lawa. 

Dannnnn... Esoknye, hari Sabtu. Tibalah masa yang dinanti. Hehehee...
Kawan sendiri yang mekap rupanye. Dia freelance jadi jurumekap ni. Kebetulan jugak butik pengantin yang aku tempah ni ada link dengan dia. Kira macam kalau ada job memang akan sub pada dia jugak la kalau dia free. So senang lah kawan sendiri yang mekap. Nak gelak ke nak tido ke nak borak pun senang. 

Yang aku suka dia mekap ni, dia rilek rilek je. Tak tenyeh kuat sangat. Tak pekat sangat. Lagipun mekap untuk nikah memang light light je kan. And mekap dia tahan lama. Sampai petang pun tahan lagi. 



Baju dengan shawl semua aku tempah sekali. Boleh repeat lagi nak pakai bebila nanti. Berbaloi la rasa tempah baju tu. Hehe..


Masa ni dah lepas nikah dah. Acara membatalkan air sembahyang. Nikah pun dalam rumah je. Memang semua buat setempat. Sonang kojo. 




Tengokkk... Siap bole selfie bagai. Hehehee.... Sampai ada sedara aku amik gambar curi. Masa tu kitorang tengah berborak dengan Abg Nizam. Pastu dia tunjuk gambar tu. Dia cakap "Tengok ni. Mana ada pengantin santai macam ni. Siap boleh duduk borak borak. Bagus betul la.. Rilek je.." Haaaaa nampak takkk camne tahap aku punye nak santai santai tu.  Hahahaaa...

Tapi memang tak rasa stress sangat. Walaupun cuaca panas ya ampunnnnn! Orang pun ramai. Tapi ok la.. Siap boleh pegi amik cendol. Amik air. Berapa round jugak lah aku pegi. Panas wehhh! Dahaga. 

Jom kita tengok antara tetamu yang hadir. 

Kawan sekolah menengah. Syuhada, Kila, and Halimah. Memang kawan baik and ada grup wasap kitorang sendiri. Cuma tak cukup korum sebab yang sorang lagi dah ikut husband dia duduk kat luar negara.  



Muka ni tak payah diperkenalkan dah. Idot and the geng dari Putrajaya. Diorang sampai ni dah petang sebab pagi tu anak memasing ada sukan sekolah. Sanggup jugak datang walau dah petang. Lepas datang rumah aku ni diorang semua balik kampung. Idot balik Batu Pahat. Zurek balik umah mertua dia kat Kluang jugak. 

Ini pun BFF sangat nih. Semua diorang ni memang pendorong kuat masa zaman kejatuhan aku dulu. Zaman meratapi nasib diri. Haha.. Banyak bagi nasihat, doa, kata kata semangat. Hanya Allah yang dapat balas segala kebaikan diorang semua ni. Tetiba emo plak rasa. Huhu... Jiha pun sanggup datang even dah malam and majlis pihak lelaki pun dia datang jugak. Terharu gila! =)


Ini Siti Hazila, kawan baik masa aku sekolah rendah. Dah dapat kontek then lost kontek. And kali ni dapat kontek balik dan dapat jumpa. Rindu sangattttt!! Dia pun dah kawen. Kecil molek je. Alhamdulillah semua yang datang aku dapat jumpa (^_^)

  
Ini nyawa. Dunia akhirat. Orang orang kuat. Ada sorang lagi bakal, In Shaa Allah.. Tu nanti bila dah rasmi baru kita tepek  lagi gambar dia kat sini. Kalau blog ni masih bernyawa la. Hahahaa... Terima kasih kat family semua, mak abah, kakak kakak, adik adik, abang abang ipar, adik ipar, makcik pakcik sepupu sepapat semualah. Jiran tetangga jugak. Semua yang hadir dan yang mendoakan. Terima kasih banyak banyak. 


Memperkenalkan...

Inilah suami aku. Hairul Hadi bin Suhadah. Kawan sekelas masa sekolah rendah kat Pasir Gudang. Darjah 5 last aku jumpa dia. Kemudian aku ikut family pindah Kluang. Lost kontek dengan dia. Tak sangka jumpa balik kat UiTM Penang masa final sem tahun 2006. Bila dah habis belajar and keje, lost kontek jugak. Jumpa dan berhubung semula tahun 2012. Beberapa tahun kemudian sampai 2015, kami disatukan.. Alhamdulillah... Tak sangka, selepas 20 tahun mengenali, ini rupanye jodoh aku. Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Semoga perkahwinan ini kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga Allah. Aamiin... 

Untuk majlis pihak lelaki, nanti kita sambung yeh. Penat menaip dan transfer gambar. Huhu.. 


Daa... =)

Comments

  1. nice, sweet love story...
    im happy for you sisto <3

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..