Posts

Showing posts from January, 2015

..: sembang kosong :..

Hi.. Saje nak sembang. Takde pape pun sebenarnya. Hehe.. Hari ni bos cuti so aku merewang je taktau nak buat ape. Haha. Padahal aku rasa keje macam banyak je ni. Ahad ni aku start outstation dah. Tapi pelik sebab apsal rasa macam rilek je. Tu yang risau takut ade pape yang aku terlepas pandang. Owh! Memang adelah! Jap lagi sambung. Okeh mari sambung. Kan betul ade benda yang terlepas pandang. Padahal dah buat check list. Haihhh tua betul. Hahah! Haaa cakap pasal tua ni kan, aku memang dapat rasa perbezaan tu sekarang. Kalau dulu masa muda remaja belia 4B , pantang ada masa terluang. Terutama hujung minggu. Memang akan cari geng untuk merewang kuar jalan jalan pegi sana pegi sini. Bukan nye buat ape pun, cuci mata je kata orang. Tapi sekarang ni duduk rumah adalah lagi best! Baring baring ke duduk duduk pun boleh lah. Tak kisahlah apa gaya pun tapi kat rumah je. Bestnyeeeee... Huhuhu... Tapi tulah, bila cuti rasa kejap je dah petang. Pastu dah malam. Nanti tak lama

..: sahabat :..

Image
Aku ni bukan nye ramai kawan pompuan. Daripada sekolah lagi. Mungkin sebab riak muka aku yang sombong, ditambah dengan perangai yang agak kasar. So pompuan sume sentap lalu tak mahu kawan dengan aku. Hahah! Kebanyakkan kawan aku adalah lelaki. Mungkin jugak sebab tu kot aku jadi lebih kasar. Tak kisahlah, tapi aku bukanlah takde langsung kawan pompuan. Ade je... Cuma tak ramai. Yang rapat la maksudnye. Yang biasa biasa macam kawan satu sekolah menengah, satu universiti, satu opis semua tu ade lah.. Antara yang masih keep in touch dengan aku daripada sekolah menengah sampai sekarang ade 3 orang je. Tapi yang sorang ni pun aku kenal lepas dah abes sekolah. Kenal atas kawan. Dan jadi rapat sampai sekarang. Ade la jugak lost track tapi bila dah jumpa balik tu terus jadi geng semula. Gambar gambar semua masa majlis akikah anak salah sorang kawan aku ni. Anak ketiga dia. Setelah dua orang pompuan, akhirnya dapat jugak hero. Okeh gambar atas ni nama dia Nadiah. Kitorang kad

..: ADIKKU KAWEN PART 3. SANDING PIHAK LELAKI :..

Image
Hi korang... Selamat Tahun Baru! Heheh.. Dah 9 hari baru nak ucap kan ;p Okeh mari sambung cerita adikku kawen dengan anak raja.  Last part. Sanding di pihak kami. Majlis adalah pada 27hb Disember tahun lepas.  Malas cakap banyak. Jom tengok gambar. Ini sehari sebelum. P engantin bersama pengapitnye. Sopan ayu sangat kan bila si bujang buat bunga telur siap duduk bersimpuh lagi. Auwwww...! ;p Esoknye tema kelabu hitam. Bila dah siap semua, sebelum tetamu serbu marilah kita posing dengan bapak pengantin dulu yeh.. Kakakku yang sulong. Kak Iza dengan Abg Din jaga pintu masuk. Hehehe...   Biar apa pun yang berlaku, hiruk pikuk kota tidak kuendahkan. Tido lagi penting hokehhh! Haha.. Pengantin dah sampai.. Pengantin and the geng tido hotel saje. Hotel kat depan rumah je okay. Ko hado? Hahaha... Bila rumah dah penuh kan. Dengan barang dengan orang segala bagai, sila lah pandai pandai bawak diri tu. Ini kalau semua dah kawen campur anak