Saturday, January 10, 2015

..: sahabat :..


Aku ni bukan nye ramai kawan pompuan. Daripada sekolah lagi. Mungkin sebab riak muka aku yang sombong, ditambah dengan perangai yang agak kasar. So pompuan sume sentap lalu tak mahu kawan dengan aku. Hahah!

Kebanyakkan kawan aku adalah lelaki. Mungkin jugak sebab tu kot aku jadi lebih kasar. Tak kisahlah, tapi aku bukanlah takde langsung kawan pompuan. Ade je... Cuma tak ramai. Yang rapat la maksudnye. Yang biasa biasa macam kawan satu sekolah menengah, satu universiti, satu opis semua tu ade lah..

Antara yang masih keep in touch dengan aku daripada sekolah menengah sampai sekarang ade 3 orang je. Tapi yang sorang ni pun aku kenal lepas dah abes sekolah. Kenal atas kawan. Dan jadi rapat sampai sekarang. Ade la jugak lost track tapi bila dah jumpa balik tu terus jadi geng semula.



Gambar gambar semua masa majlis akikah anak salah sorang kawan aku ni. Anak ketiga dia. Setelah dua orang pompuan, akhirnya dapat jugak hero. Okeh gambar atas ni nama dia Nadiah. Kitorang kadang panggil dia Nad kadang Naddie. Dia kira yang sulong sebab birthday dia bulan Januari. Tapi dia paling blur dalam geng. Dia kalau taip memang guna perkataan penuh je. Tak reti guna short form. Nama dalam henpon pun dia save nama penuh. Hahah! Suara macam halilintar sikit. Pastu dia ni jenis salah cakap pun tapi konfiden gila. Anak baru sorang tapi anak dia dah besar sebab dia kawen cepat. 



Ok, yang Nad pegang tu anak ketiga kawan aku yang baju merah tu ha. Jangan pening sebab nanti aku pun pening sama. Hehe.. Meh kita berkenalan sorang sorang yeh.

Yang kiri sekali baju biru tu Maizatulakmar. Dia ni la yang aku kenal lepas dah abes sekolah. Nadia kot yang kenalkan. Tak ingat dah. Huhu... Dia sedang peknen anak ketiga. Anak dia yang gambar kedua tu, pakai sluar coklat. Dedua orang tu anak dia. Dedua hero. Dia ni yang paling kurus dan paling cepat tapi blur jugak kekadang. Tapi kalau buat keje dia memang laju orang nye. Seorang pembuat kek dan egg tart dia sangat sedap ohhh! Bukan sebab dia kawan aku tapi sebab memang sedap! Emm nyumm! Eh.

Yang baju merah paling kanan tu Najihah. Ni majlis akikah anak dia ni lah. Hajah dah tu. Dia keje dengan Tabung Haji. Memang rezeki dia la dapat tunaikan haji sekali dengan bekerja. Yang aku pangku dalam gambar kedua tu anak dia yang sulong. Anak kedua gangster sikit, taknak bergambar. Masa ni dia dalam pantang lagi, tu yang berstokin bagai. Dia ni lembut cakapnye tapi garang jugak. Dan laju buat keje jugak. Paling comel dan manja. Sebab dia anak bongsu dan dia paling bongsu jugak dalam geng kitorang ni. 

Aku tak sangka akan terus bersahabat dengan diorang ni. Ye la kan, kita ni perangai memacam pesen. Bukan semua orang boleh terima. Macam kitorang pun ada masa bertekak jugak. Memasing pun mulut laser. Hahah! Tapi at the end lupakan je benda tu. Takde la sampai nak gadoh lelama. And biasanye not on a serius matter pun... Biasala berbeza pendapat sikit sikit tu kan.

Kitorang jugak jadi testimoni to one another. Haha! Kalau ada barang baru ke shawl ke baju ke whatsoever lah. Nanti yang sorang akan try dulu. Kalau ok memang akan diwar warkan. Kalau tidak memang dimakihamun lalu dibanned terus. Hamboih over! Idok le sampai makihamun pun. Cuma bagitau yang benda tu tak best or tak sesuai untuk kitorang.

Jadi tukang beli pun ye. Biasanya Mai la yang kena. Dia rajin beli barang online. Nanti dia akan tanya sape lagi yang nak, dia orderkan skali. Rajin jugak buat delivery. Aku ni walaupun rajin beli online tapi sebab aku tak dekat dengan diorang so payah sikit la.. Hehe alasan sangat (>_<)

Kalau ikutkan banyak lagi aku nak cerita tapi nanti boring pulak korang baca. Hahaha.. So sudah sudah lah ye. Biasalah kawan kita kan. Mesti la rasa best. Takpe, meh aku tunjuk behind da scene nak amik gambar gambar kat atas tadi tu.



Nampak kepochi dia tu kan. Haha! Nak amik gambar nak bercakap. Semua nak ;p


 Nak setting anak anak lagi...


Ni macam semua dah ok tetiba si Jiha tu macam syok sendiri plak. Adehhh.. 

Bukan mudah ye.. Ni baru anak ramai camni je. Belum anak aku lagi ni. Belum lagi dengan suami semua. Hadoi! (-_-")

Tapi itulah yang best untuk dikenang pun kan. Kekecohan tu. Semoga kami akan terus bersahabat sampai bila bila. Dan semoga kami boleh membawa satu sama lain bersama sama menuju ke jalan yang diredhaiNYA. Aamiin... 


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)