Saturday, August 22, 2015

..: sum up part 2 : Cousin Wedding


Wedding sepupu aku, anak sedara mak. Anak Mak Anjang aku. Nikah pada 7 Ogos. Majlis pihak perempuan 8 Ogos. Aku datang majlis je. Jumaat tu sampai dari KL dah malam. Singgah la jugak kejap. Tunjuk muka kata orang. Pengantin pun dah salin baju dah. Huhuhu...

Sabtu tu sebelum pergi rumah Mak Anjang, pergi jemputan kahwin kat Batu Pahat dulu. Rumah sedara abah. Makanan banyak giles. Ada mee goreng mamak, cendol, kambing golek, ayam bakar, jagung bakar, nasi minyak dengan lauk lauk semua sedap, ubi rebus cicah sambal tumis, laksa penang, buah jambu, huiii banyak a.. Air sirap bandung dengan limau. 

Gambar makanan takde. Gambar kitorang je yang ade. Sila lah tengok. Huhu...







Lepas tu baru pergi rumah Mak Anjang sebab kat sini nak lepak ambik gambar lama sikit. Kat rumah Mak Anjang ni temanye kuning gold. Tapi aku dengan Kak N buat baju kuning cokolat. Hehe..


 






Itu lah pengantin nye. Yang perempuan tu sepupu aku. Yang lelaki tu abang kepada opismate aku. Haha.. Paham ke? ;p


Gambar ni saje nak tunjuk aku dengan Kak N pakai kaler lense yang sama. Hahahaaa...


MAJLIS PIHAK LELAKI

Majlis diorang ni selang seminggu. Lelaki nye tu orang KL, so Jumaat 14hb family aku semua datang berkampung kat rumah. Sabtu tu nanti terus pergi kat dewan majlis je. Jumpa sedara yang lain kat sana terus. Tema kelabu pulak masa ni. 

 

 




Gambar kat luar dewan sementara tunggu pengantin sampai. Tudung hitam ni mak mertua Uri. Dia pun datang ikut rombongan kitorang. =)
 

Tetiba pengantin dah kat dalam dewan. Dah makan beradab pon. Haha! Masa berarak tu tak sempat nak snap dah gambarnye. Sebab kitorang ikut berarak sama. Hehe...

 
Family Mak Anjang


 Family Mak Uda [mak aku]. Hehehe...


Okeh selesai sudah majlis kedua dua belah pihak. Untuk Zura dan Firdaus, Selamat Pengantin Baru! Semoga diberkati, dirahmati dan diredhai Allah. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga. Aamiin... 


Sebelum balik tu....




Diorang ni semua pakai Timberland. Konon geng pakai Timberland la ni. Tu yang nak posing sesama. Aku pun pakai jugak. Nak jugek bagitau kan. Hahah! Cuma tak nampak Timberland sangat sebab kasut wedges. Huhu... 


Kat bawah ni gambar sopan...





All ladies in the family. Eh ramai jugak ek. Kihkihkih..


Kat bawah ni gambar aku taktau nak cakap ape laaaa... 







(-_____-")
Ko tengok ko tengok. Siapa yang paling over melompatnye pun aduiii...! Kemaennnn lagi yang tengah tengah tu kannnn... Ni bapak anak menantu semua same je. Hahahaa! Tak cukup korum ni sebab Akim takde. Dia tak dapat join. Kalau tidak memang cukup dah ni all men in the family. Huhuhu...


Gambar bawah ni pulak. Hmmmm.... 



Loving couple all the way. Aamiin... (^_^)



Daa... =)

Wednesday, August 19, 2015

:.. sum up part 1 : raya 2015 :..


Hi. 

Dah habis raya baru nak cerita pasal raya. Nampak tak betapa aku kemalasan tahap gaban. Huhu... Lantokkkk janji ade..

Memula cerita raya. Tahun ni giliran rumah family aku sebab adik beradik Hadi pun semua raya umah mertua. So bapak dia bagi can kat kitorang. Tahun depan baru kumpul reramai. 



 





Gambar pun kita sum up je lah. Haha! Tema tahun ni jubah jubahan ye.. Sungguh Islamik gitewwww... Ni abah la yang suruh ni. 


Jamuan raya opis.





Makanan banyak lagi tu sebenarnya. Sampai tak muat meja. Kena tambah meja lain. Gambar pun banyak tapi aku malas nak godeh. Perangaiiiii sangat! 
Yang berderet gambar sebaris tu, cuma ada dua orang je perempuan, itu lah unit aku yang selalu keluar pejabat menguruskan kursus/latihan untuk pegawai lain. Gambar 4 orang tu, dua dari kiri tu penyelia aku. Owh memang tema hari tu hijau. Hehe..


Beraya dan lunch di rumah Nadia.


Tak cukup korum ni sebab Jiha takde. Susah nak dapat kumpul semua sekali. Ini pun kira keajaiban jugak sebab plan sekejapan je jadi. Selalu tu plan berbulannnn tapi hampeh!


Nanti kita sambung part 2 pulak. 

Daa... =)

..: mahal :..


Hi. Sebelum bos lambakkan aku dengan keje untuk bulan 9 nanti, aku nak bebel jap kat sini. 

Gambar raya ada. Gambar tak raya pun ada. Tapi bila malas aku pun ada, elok je lah gegambar tu semua dok dalam henpon saje. Haha...

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal gambar. Aku nak cerita pasal definasi mahal untuk sesetengah orang. Ni semua sebab aku baru lepas berborak dengan seseorang. Dan dia menggunakan perkataan mahal ni, sedangkan pada aku bukan mahal. Tapi sangat mahal! Haha...

Ini mahal yang melibatkan duit untuk beli sesuatu barang. Untuk aku, mahal adalah sesuatu yang lebih daripada RM100. Sebelum ni aku boleh belanjakan duit untuk beli 2 handbeg dalam masa sebulan. Tapi beg murah je la. Dalam RM30-50 camtu. Memang mak panggil aku minah handbeg. Aku teruja tengok beg lebih daripada kasut. Tapi beg yang aku beli adalah murah. Aku tak kisah pasal brand asalkan design cantek. Kena dengan kaler dan yang penting besar. Sebab aku kalau boleh rumah pun nak sumbat masuk handbeg. Kahkahkahhh!

Tapi bila berborak dengan seseorang ni. Dia beritahu aku pasal satu outlet baru bukak. Macam JPO tu tapi yang ini bukan kat Johor. Dia beli handbeg. Murah katenye. RM200. Muraahhhhh nyeeeee *nanges* Pada dia RM200 tu murah?? Perghhhh!! Pada aku mahal dah tu. Huhu...

Nampak tak bila aku maksudkan mahal tu camne? Huntong tak Hadi dapat isteri yang beli barang murah macam aku ni? Hahahaa! Aku beli beg Vincci je. Sebab dia berpatutan. Size, design, harga, semua munasabah. Bukan aku tak pernah masuk butik Charles & Keith ke.. Elle ke.. Pernah jugak la berniat nak membeli. Tapi tak kena dengan jiwa. Cehhh jiwa sangat! Lagipun kalau yang brand luar negara ni, diorang kan kuarkan design ikut musim. Kalau kena design tu dengan musim diorang, dibawa masuk ke sini, mana yang ok tu ok lah. Mana yg tak kena tu mmg out la. Pada aku setakat ni yang ok macam Esprit dengan Mango. Itu pun kalau kena dengan musim diorang. Biasanya aku pakai beg bodo bodo je. Takda brand pun. Murah kan. Bukan murahan tau. Itu lain! ;p

Eh ok lah. Taktau nak bebel ape dah. Sebab teringat pasal benda ni masa iron baju pagi tadi. Tu yang rasa nak sambung bebel kat sini. Haha..


Daa... =)