..: sum up part 2 : Cousin Wedding


Wedding sepupu aku, anak sedara mak. Anak Mak Anjang aku. Nikah pada 7 Ogos. Majlis pihak perempuan 8 Ogos. Aku datang majlis je. Jumaat tu sampai dari KL dah malam. Singgah la jugak kejap. Tunjuk muka kata orang. Pengantin pun dah salin baju dah. Huhuhu...

Sabtu tu sebelum pergi rumah Mak Anjang, pergi jemputan kahwin kat Batu Pahat dulu. Rumah sedara abah. Makanan banyak giles. Ada mee goreng mamak, cendol, kambing golek, ayam bakar, jagung bakar, nasi minyak dengan lauk lauk semua sedap, ubi rebus cicah sambal tumis, laksa penang, buah jambu, huiii banyak a.. Air sirap bandung dengan limau. 

Gambar makanan takde. Gambar kitorang je yang ade. Sila lah tengok. Huhu...







Lepas tu baru pergi rumah Mak Anjang sebab kat sini nak lepak ambik gambar lama sikit. Kat rumah Mak Anjang ni temanye kuning gold. Tapi aku dengan Kak N buat baju kuning cokolat. Hehe..


 






Itu lah pengantin nye. Yang perempuan tu sepupu aku. Yang lelaki tu abang kepada opismate aku. Haha.. Paham ke? ;p


Gambar ni saje nak tunjuk aku dengan Kak N pakai kaler lense yang sama. Hahahaaa...


MAJLIS PIHAK LELAKI

Majlis diorang ni selang seminggu. Lelaki nye tu orang KL, so Jumaat 14hb family aku semua datang berkampung kat rumah. Sabtu tu nanti terus pergi kat dewan majlis je. Jumpa sedara yang lain kat sana terus. Tema kelabu pulak masa ni. 

 

 




Gambar kat luar dewan sementara tunggu pengantin sampai. Tudung hitam ni mak mertua Uri. Dia pun datang ikut rombongan kitorang. =)
 

Tetiba pengantin dah kat dalam dewan. Dah makan beradab pon. Haha! Masa berarak tu tak sempat nak snap dah gambarnye. Sebab kitorang ikut berarak sama. Hehe...

 
Family Mak Anjang


 Family Mak Uda [mak aku]. Hehehe...


Okeh selesai sudah majlis kedua dua belah pihak. Untuk Zura dan Firdaus, Selamat Pengantin Baru! Semoga diberkati, dirahmati dan diredhai Allah. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga. Aamiin... 


Sebelum balik tu....




Diorang ni semua pakai Timberland. Konon geng pakai Timberland la ni. Tu yang nak posing sesama. Aku pun pakai jugak. Nak jugek bagitau kan. Hahah! Cuma tak nampak Timberland sangat sebab kasut wedges. Huhu... 


Kat bawah ni gambar sopan...





All ladies in the family. Eh ramai jugak ek. Kihkihkih..


Kat bawah ni gambar aku taktau nak cakap ape laaaa... 







(-_____-")
Ko tengok ko tengok. Siapa yang paling over melompatnye pun aduiii...! Kemaennnn lagi yang tengah tengah tu kannnn... Ni bapak anak menantu semua same je. Hahahaa! Tak cukup korum ni sebab Akim takde. Dia tak dapat join. Kalau tidak memang cukup dah ni all men in the family. Huhuhu...


Gambar bawah ni pulak. Hmmmm.... 



Loving couple all the way. Aamiin... (^_^)



Daa... =)

Comments

  1. hihihihihihihi kite datang siniiiiiii ;D

    imm yg vouge dan MELETOP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaayyyy!! Imm yg vogue dan meletop pop popp dtg siniiii.. Masa ni blm meletop lagi. Hehehee...

      Delete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..