Wednesday, August 24, 2011

..: berbuka beramei ramei :..

Ini adalah bersempena kehadiran Kak N ke kl ari tu. Nak shopping dan jumpe encik suaminye.. ;)

Masa hari sabtu, memula tu plan nak pegi jalan TAR petangnye. So, suruh la si kesayangan 
[im] tunggu kat kl saje. Di Masjid Jamik. Nanti amik dia, terus boleh ke jalan TAR bersama sama. Jap lagiiiii.... ondaway nak amik dia tu, hujan lebattttt!! Pahtu jalan jem tak hengaaatttttt! Belok jalan ni jem. Masuk susur sana jem. Pahtu polis tutup jalan. Ishhh! Macam macam sungguh. 

Terus kensel jalan TAR. Jam pun dah dekat pukul 6. Masih stuck dalam jem dan hujan lebat. Buat plan last minit nak buka di mana. Macam macam idea kuar masa tu. Jalan mudah, kita kembali ke putra dan berbuka di sana sajeeee.... huhuuu

Selain im, ade jugak abang [owh, kami mmg panggil dia abang. kawan kawan pun panggil dia abang]


 ..: nasi kerabu untuk aku, kak N dan abang :..


 ..: roti john lennon :..


 ..: nasi putih + lauk pauk [encik suami] :..


 ..: ayam percik untuk dimakan bersama nasi kerabu :..


 ..: nasi putih + lauk [abg nizam] dan kerabu perut :..


 ..: nasi goreng kampung [im] :..


 ..: kuih muih :..


 

 
 ..: tak sabar menanti waktu berbuka :..


 ..: abang ni mmg tak reti diam. nak amik gmbr pon susah :..


 ..: si kecil juga letih berpuasa. hehehee :..


Bila masuk waktu, ape lagi... serangggggg!!! Hahahaaa ;D


..: selesai serangan ;p :..


Kuih muih dan roti john ditapau bawak balik. Sambung makan kat rumah pulak. Heheee..


Daa.... =)

Friday, August 19, 2011

..: hepi besday abah! =) :..

Hari ini, 19hb Ogos 2011. Adalah ulangtahun kelahiran abahku yang ke 54 =)
Alhamdulillah masih sihat sejahtera hingga ke hari ini.

 ..: bos dan mem :..


 ..: peace yoo! ;) :..


Didoakan semoga abah panjang umur, sihat sejahtera selalu, dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, murah rezeki, dan sentiasa di dalam lindunganNYA. Amin... =)


Aku rasa bertuah sungguh dan amat bersyukur mempunyai abah yang sungguh penyayang, bertanggungjawab, dan yang paling penting beliau coooollll jek....! ;)


..: abah rawks! (^_^) :..


Keep that cool in you abah! Hepi besdayyyyy! (^_^)


Daa.... =)

Thursday, August 11, 2011

..: bebual kosong :..

Episod caca merba nasi campur. Semua benda aku borak jek kat sini. Takdo gambor yo.. Sebab aku rasa ade banyak benda nak cite cuma masa sungguh jelesh di situ. Huhuuu...

Hari ni dah 11 Ramadhan. Tapi aku takde rasa lagi nak tepek gambar menu berbuka. Ateee.... aku buka sorang sorang jek kat rumah. Encik suami adalah pulang keje lambat. Pukul 10 dan ke atas. Jadinye aku berbuka macam masa bujang dulu jugak la. Kadang kadang makan roti, kadang kadang beli, kadang tu buat air panas jek sudey. Makan kurma jek pong dah besh dah. Kunyah macam makan snek. Hohoooo~

Masa 1st dgn 2nd day puasa jek rasanya encik suami buka di rumah. Itu pun dah pukul 7 baru dia balik. Weekend lepas kami balik kampung sebab ade majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim. Tapi family aku tak complete pong. Sebab abah kena bertugas di Kuala Selangor. Ada operasi. Huhuu...

Semalam pun aku buka yang ringan ringan jek dulu. Lepas maghrib baru aku masak. Menu adalah megi goreng sebab ade dua paket megi goreng dalam kabinet. Rasa macam dah lama jek simpan. Sebelum xpired xperia, kita masak dulu.

Kelmarin aku masak nasi. Lauk ayam masak masam manis dengan lauk kentang + ikan bilis goreng pedas. Biasanya ape yang aku masak buka tu, aku forward sekali untuk sahur. Masak banyak banyak pun, kat rumah cuma berdua. Jadi untuk elakkan makanan tu semua masuk tong sampah, baik habiskan dalam mulut sendiri. Taklah membazir kan. 

Sahur pun tengok keadaan. Encik suami ni perokok tegar. Klw aku sedar dah terlambat pun, dia dapat minum air panas dengan 'berasap' jek pun dah cukup untuk bekalan puasa sehari. Tapi klw bangun awal, memang dia makan la. 

Malam tadi aku ade try buat cookies. Klw menjadi, boleh la buat tambah tambah kuih raya atas meja nanti. Tu pun kalau rupa parasnye cantek lah. Kalau tidak, masuk mulut sendiri jugak lah jawabnye. Hahaa ;p  Hasil malam tadi....?? Biar lah aku jek yang tau dulu buat masa ni, Heheheheheh ;D

Ada episod tertangguh ni. Pasal sambutan besday si akim dan anniversary mak dan abah. Kami buat seprais untuk diorang tu 2 hari sebelum puasa. Gambar banyak dah. Tapi aku macam busy la kat opis skang. Kat umah.... pc encik suami yg bunyi macam motobot tu sangaaaaaaatttt lah laju. Huh!~

Hari ni terasa nak buat puding roti lah pulak. Tapi kena tunggu encik suami balik bawak roti dulu. Sebab baru kirim dia pagi tadi. Nak masak ape malam nanti..... tak terpikir lagi. 

Owh, hujung minggu ni ada plan dengan kemal dan idot. Juga kak N. Cuma harap harap dapatlah kak N datang sini nanti. InsyaALLAH.

Bulan puasa ni jugak, bersusun lah program berbuka bersama sama di sana sini. Kat opis ni pon dah ade 2 3 majlis jugak lah. Yang unit nye lain, yang bahagian nye plak lain. Nanti kang yang dengan kawan kawan pulak. Huiiii..... bizi u susun jadual. Ahah! ;p

Dah terlanjur bebual kosong ni, aku nak ucap tahniah kat kawan aku yang berada jauh di negara orang ni. Atas kelahiran baby gurl nya, Nurin Sofea. Lembut jek nama tu kan ;)  Dia ni kawan satu skola dulu. Tapi lepas tu dia sambung blaja dan keje di korea. Lepas kawen pun dia balik ke sana dengan suami dia. Dan sekarang dia sudah berkeluarga. Yeayyy! *eksaited lebey plak ;p

Tahniah jugak untuk ofismate yang dah peknen 5 minggu, Liyana Safa-in. Take care wokeh =)

Tahun ni nak kena pikirkan rumah sendiri pulak. Jadi ada tambahan dua rumah di situ. Sebelum ni rumah mak nora jek. Sekarang ada rumah sendiri dan rumah mak nab [mak mertuaku] juga. Tapi rumah yang lain tu cuma tolong bagi kuih raya jek la. Rumah sendiri ni yang pening cket. Dengan langsir, karpet, alas meja, bekas kuih, nak kena lap habuk, nak kena kemas, sapu, mop, [okeh, kemas, sapu, mop ni mmg rutin la kan] wohh woohhh banyaknye nak kena buat??! *pitam~ (@_@)
Tu belum lagi raya nanti ade orang datang umah [ade ke??!] *pitam lagik~~ (@_@)

Okeh. Bangun! Bangun! Dah takmo pitam pitam dah. Pegi sambung keje. Dah banyak sangat bebual kosong nih. Hahaa

Sehingga ketemu lagi di bualan yang akan datang.. eh?? ;p


Daa.... =)

Thursday, August 4, 2011

..: percubaan pertama :..

Masa majlis sebelah encik suami, ade saudara dia bagi satu bekas besar kuih ni. Aku taktau ape nama dia. Ade orang kata akok. Tapi aku tengok lain jek dari rupa akok. Ade yang kata cucur manis. Tiba tiba... pada suatu hari... okeh dah macam pertandingan bercerita sekolah rendah. heh ;p aku dok la jengah jengah blog masakan akak ni. Dan aku jumpe gambar yang sama dan resipi yang aku rasa tak susah nak buat. Haruslah kopineskepi dan try and error, buat di rumah ;)


..: cucur jawa / cucuq tuang :..

Sebelah kanan tu gelap cket sbb tak gheti lagi nak mengawal suhu api. Huhuuu
Ini resipi yang aku dah ubah cket cket disebabkan kemalasan menaip. Hahahahaa ;p


Bahan bahan:
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk gula merah
1/2 mangkuk gula putih
1 mangkuk air
Sedikit garam

Cara cara:
-Masak gula merah dengan air sehingga gula larut. Tapis dan biarkan sejuk.
-Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
-Kalau rasa pekat, tambah air lagi. Kacau dengan whisk [aku guna garfu] hingga nampak berbuih.
-Perapkan selama minima 4 jam atau paling bagus bancuh malam untuk digoreng pagi esoknya [aku buat pagi dalam pukul 8 lbh dan goreng untuk minum petang dalam pukul 5 lbh].
-Panaskan kuali melengkung dengan api sederhana sehingga betul betul panas. Tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru diterbalikkan.
-Pastikan ditos dengan betul supaya tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.
-Kuih ni menjadi kalau bibirnya tebal. 

Okeh. aku taktau la aku punye ni jadi ke tak. Tapi masa ni akim ada kat umah aku. Tengok dia dengan encik suami makan laju jek.... Sedap la kot. Hahahaa ;p
Kuih ni manis sebab dia banyak guna gula. Sebab tu jugak dia agak berminyak. Lepas angkat dari kuali tu mmg kena lap dengan tisu. 
Kuali tu lagi kecik lengkung dia lagi cantik bentuk dia aku rasa. Dan gunakan senduk sup yang sedang tu. Mmg cantek nanti jadi bentuk dia.
Aku lawankan kuih ni dengan air teh o. Sebab dia manis, kalau minum dengan minuman bersusu macam muak pulak. Kalau tak suka teh o, kopi o pon sedap jugak. Time petang petang tu kan.... Makan panas panas... pehhh! ;D


 ..: gebush tak? ;p  nampak kan minyak dia.... :..


..: teh o panas :..


Okeh. Nak tengok gambar asal? Memang beza a dengan yang aku buat ni. Heheheee
Ini gambar memang original dari tuan punye blog. Mintak maaf kak... Saya amik gmbr ni.. Huhuuu


 
 
..: sebelah dalam dia memang aku dapat macam ni gak :..

Dan, akak bdaria ada bagi tips untuk tepung beras. Gunakan tepung beras ni

..: cap teratai. nasib la aku pon mmg jumpe tepung beras brand ni ;) :..


Resipi asal di sini =)
Selamat menchobaaaaa~ (^_^)


Daa .... =)

..: ini bukan menu berbuka puasa ;p :..

Jangan tanya bila aku masak benda benda ni sume. Yang pasti bukan dalam bulan puasa lah. Tapi memang berpotensi tinggi untuk ulang masak sebagai menu berbuka. Huhuuu 

Jom cekidaud bebeh.


 ..: tempe dan tahu goreng. jawa kan. haruslah tak tinggal tempe ;)  :..


 ..: makan panas panas cicah dengan sambal kicap. pehhh! :..


Itu makanan sampingan. Kalau nak makanan utama iaitu nasi, ini lauknye..


 ..: kurma ayam. cara masak ade kat paket serbuk kurma tu. hehehee :..

Sediakan bahan bahan untuk menumis [bawang putih, bawang besar, cili padi], ayam atau daging, santan,  dengan garam saje.


Dah makan yang berat, nak pencuci mulut pulak... 


..: bubur jagung :..

Bahan:
-1 tin jagung manis
-2 sudu besar sagu biji
-Setengah kotak santan
-Gula
-Air

Cara:
-Basuh sagu biji. Ketepikan
-Tuang jagung dlm periuk. Masukkan 1 cawan air.
-Masukkan santan dan sagu biji.
-Masak sampai sagu menjadi jernih. 
-Kalau tak cukup manis, tambahkan gula
*Sagu tu jangan banyak sangat. Takut nanti bubur jadi pekat. 
*Kalau nak kaler dia jadi merah/perang, guna kan gula perang. Kalau nak putih guna gula biasa tu


Daa... =)

Monday, August 1, 2011

..: masih terasa hingga kini (-__-) :..

Aku tak tahu bagaimana nak mula. Tapi memang masih sedih dan terasa kehilangan...
26 Julai 2011, Selasa, Jam 1.10 tengahari... Arwah atuk, Hajah Hasnah binti Mohamed telah kembali ke rahmatullah. Sedih memang sedih. Aku kesian kan emak. Ye lah, emak dia yang meninggal dunia kan. Bayangkan kalau kita. Ish, tak sanggup aku. Tapi kita kena redha... Dan tahu bahawa mati itu pasti..

Ade rasa ralat dalam diri tapi aku pasrah... 
Masa membaca kisah arwah dalam blog adik kesayangan ini pun aku dah sebak. Menaip ni lagi la laju jek air mata keluar.... ;(


..: arwah masa majlis kawen di rumah aku :..

Tapi Alhamdulillah, kedua dua majlis sempat arwah hadiri. Di rumah aku, dan majlis di sebelah encik suami. Cuma aku tak pasti ada tak gambar kenangan kami bersama arwah.... ;(

Sampai sekarang pon, aku terbayang bayang wajah arwah setelah siap dikapankan. Sungguh tenang dan bersih licin wajahnya...




Atuk, ita minta maaf tak sempat balik jumpe atuk... Ita doakan semoga atuk tenang di sana. 

Tapi aku berterima kasih padaMU Ya ALLAH, kerana beri aku kesempatan 'menghantar' atuk sehingga selamat dikebumikan....

Segala kenangan akan tetap dalam hati dan ingatan. Al-Fatihah untuk Hajah Hasnah binti Mohamed.... (-__-)


Daa.... (-_-)