Thursday, August 4, 2011

..: percubaan pertama :..

Masa majlis sebelah encik suami, ade saudara dia bagi satu bekas besar kuih ni. Aku taktau ape nama dia. Ade orang kata akok. Tapi aku tengok lain jek dari rupa akok. Ade yang kata cucur manis. Tiba tiba... pada suatu hari... okeh dah macam pertandingan bercerita sekolah rendah. heh ;p aku dok la jengah jengah blog masakan akak ni. Dan aku jumpe gambar yang sama dan resipi yang aku rasa tak susah nak buat. Haruslah kopineskepi dan try and error, buat di rumah ;)


..: cucur jawa / cucuq tuang :..

Sebelah kanan tu gelap cket sbb tak gheti lagi nak mengawal suhu api. Huhuuu
Ini resipi yang aku dah ubah cket cket disebabkan kemalasan menaip. Hahahahaa ;p


Bahan bahan:
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk gula merah
1/2 mangkuk gula putih
1 mangkuk air
Sedikit garam

Cara cara:
-Masak gula merah dengan air sehingga gula larut. Tapis dan biarkan sejuk.
-Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
-Kalau rasa pekat, tambah air lagi. Kacau dengan whisk [aku guna garfu] hingga nampak berbuih.
-Perapkan selama minima 4 jam atau paling bagus bancuh malam untuk digoreng pagi esoknya [aku buat pagi dalam pukul 8 lbh dan goreng untuk minum petang dalam pukul 5 lbh].
-Panaskan kuali melengkung dengan api sederhana sehingga betul betul panas. Tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru diterbalikkan.
-Pastikan ditos dengan betul supaya tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.
-Kuih ni menjadi kalau bibirnya tebal. 

Okeh. aku taktau la aku punye ni jadi ke tak. Tapi masa ni akim ada kat umah aku. Tengok dia dengan encik suami makan laju jek.... Sedap la kot. Hahahaa ;p
Kuih ni manis sebab dia banyak guna gula. Sebab tu jugak dia agak berminyak. Lepas angkat dari kuali tu mmg kena lap dengan tisu. 
Kuali tu lagi kecik lengkung dia lagi cantik bentuk dia aku rasa. Dan gunakan senduk sup yang sedang tu. Mmg cantek nanti jadi bentuk dia.
Aku lawankan kuih ni dengan air teh o. Sebab dia manis, kalau minum dengan minuman bersusu macam muak pulak. Kalau tak suka teh o, kopi o pon sedap jugak. Time petang petang tu kan.... Makan panas panas... pehhh! ;D


 ..: gebush tak? ;p  nampak kan minyak dia.... :..


..: teh o panas :..


Okeh. Nak tengok gambar asal? Memang beza a dengan yang aku buat ni. Heheheee
Ini gambar memang original dari tuan punye blog. Mintak maaf kak... Saya amik gmbr ni.. Huhuuu


 
 
..: sebelah dalam dia memang aku dapat macam ni gak :..

Dan, akak bdaria ada bagi tips untuk tepung beras. Gunakan tepung beras ni

..: cap teratai. nasib la aku pon mmg jumpe tepung beras brand ni ;) :..


Resipi asal di sini =)
Selamat menchobaaaaa~ (^_^)


Daa .... =)

2 comments:

  1. Salam Ita,

    menjadilah tu. Klu tak nak manis, masukkan gula putih sikit shj...lebihkan gula merah. Kuih nie mmg berminyak, sy akan guna lidi sate cucuk kat tepi kuih dan biarkan ditepi kuali sebelum angkat dan tos dgn tisu. Jgn makan selalu, sekali sekala oklah sbb nie kuih 'tak sihat'.

    ReplyDelete
  2. tu lah. dia tak sihat sbb dia manis kan kak. pahtu dia berminyak. tapi besh la kak... ita suke =)

    timekaseh akak share resipi =)

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)