Posts

Showing posts from 2016

..: Makan ke diet? :..

Image
Okeh marilah kita sambung lagi cerita cerita basi yang ada. Haha... Aku sedang mengalami fasa masalah berat badan. Eh aku rasa tak pernah selesai pun masalah yang satu ni. Kaahhh!! Sape ade penyelesaian terbaik, mohon kongsi bersama. Antara penyebabnye, aku ni tak konsisten. Macam ikut suka aku lah nak diet camne. Hahahaa! Sudahnye memang sampai ke sudah laaaaa tak bergerak jarum penimbang tu (-_-') Ni time elokkk.. Buat telor dadar gulung. Dalam tu letak salad dengan cheese pastu gulung. Aku buat dua gulung kemudian potong dua. So dapat la empat potong. Kenyang dan sedap. Ini lemak udang dengan cendawan kukur. Hadi suruh masak walaupunnnn dia tahu aku tak bole pegang udang. Tapi demi suami ku gagahi jua. Gituuuu... Hahahaa! Mestilah aku makan jugak. Tapi udang tu tak ambik la. Makan cendawan dengan kuah saje. Hadi kata sedap. Jadi berbaloi lah perjuanganku memegang udang tu. Ini ntah angin ape elok je buat menu diet ni ha. Memang sama je ti

..: Kemaskini Kehidupan Episod 2 : Forest City Country Garden Johor Bahru :..

Image
Assalamualaikum. Hi. Okeh sambung balik pasal donat J.Co tadi.  Sebenarnya masa keluar tu kami plan nak pegi tengok wayang. Sebab kami dapat tiket free sempena birthday month. Pergi KSL City Mall, bawak anak sedara Hadi dua orang. Sampai KSL tu diaaaaaa baris punye panjang. Masa tu pun macam dah petang. Kul 3 lebih camtu. Kalau beratur taktau la kul brp dapat tiket. Lagi pulak cerita yang bole tengok dengan tiket free tu, tak banyak pilihan. So decide untuk kensel je tengok wayang. Plan nak lepak kat J.Co je dulu sementara pikir nak buat ape lepas tu. Baru keluar rumah. Bertabahlah, episod ini banyakkkkk gambar. Lagi lagi bawak anak dara dua orang tu. Huhu... Gambar bawah ni sementara tunggu Hadi beli donat lagi.  Dah makan makan lepak lepak kejap, bincang bincang nak pergi mana semua. Aku pun cakaplah yang aku nak pergi tempat atau taman yang ada tempat pijak batu macam refleksologi tu. Hadi pun kata okay tapi tetiba TERsampai

..: Kemaskini Kehidupan (Life Update) Episod 1 : Birthday :..

Image
Assalamualaikum. Hi. Kemain lagi tajuk kemaskini kehidupan. Haha... Sila lah merasa bosan membaca cerita yang sudah basi. Ni harijadi aku dengan Hadi. Kami kan sesama bulan September. Jadi sambutan bulan yang sama lah. Bulan lepas. Dah sebulan baru nak tepek sini. Hahahaaa... Ini masa birthday aku. Layan donat J.Co saje. Tanpa kek. Anggap je la donat tu macam kek. Pun boleyyyy... Huhuhu.. Ade sambungan lagi cerita pasal ni. Nanti lah lain episod.  Ini birthday Hadi. Biasalah kek dari Secret Recipe. Ade 5 perisa berbeza. Kalau beli sebiji banyak sangat. So kita beli macam ni puas sikit makan. Hehehee... Ok tu je dulu. Anggap lah ini warm up session sebelum aku hapdet secara bertalu talu.  Hahahaaa... Daa... =)

..: Raya 2016 :..

Image
Assalamualaikum. Hai.  Haha!  Dah 27 Syawal baru nak hapdet pasal raya. Kalau ikutkan malas dah nak blog lagi. Nak tepek kat Instagram je sonang. Tapi takpe, sebab gambar ade banyak marilah kita tepek je kat sini. Sebagai kenang kenangan. Huhu... Tahun ni giliran rumah Hadi.  Hadi dah balik dulu sebelum raya sebab kena kerja. Aku balik hari Sabtu dengan Imm dan Hannan sekali. Aku drive sorang ditemani co-pilot yang kedua duanya tido. Hahaa..  Masa ni tunggu Imm sampai Tengok mem kecik tu. Tak cukup leather seat, dia bawak seat dia sendiri. Hehehe...  Aku balik kluang dulu. Then balik Pasir Gudang amik Hadi plak. Eh takpelah, kang aku cite korang pening plak.  So kita terus ke gambar raya pertama je lah ye. Huhu...  Camni la lebih kurang aktiviti nye. Raya pertama takda apa apa sangat. Just susun kuih dalam balang, susun ketupat rendang semua atas meja, pastu makan. Hehe.. And tunggu adik adik ayah datang rumah beraya. Malam baru gerak ba