..: Kemaskini Kehidupan Episod 2 : Forest City Country Garden Johor Bahru :..


Assalamualaikum. Hi.

Okeh sambung balik pasal donat J.Co tadi. 

Sebenarnya masa keluar tu kami plan nak pegi tengok wayang. Sebab kami dapat tiket free sempena birthday month. Pergi KSL City Mall, bawak anak sedara Hadi dua orang. Sampai KSL tu diaaaaaa baris punye panjang. Masa tu pun macam dah petang. Kul 3 lebih camtu. Kalau beratur taktau la kul brp dapat tiket. Lagi pulak cerita yang bole tengok dengan tiket free tu, tak banyak pilihan. So decide untuk kensel je tengok wayang. Plan nak lepak kat J.Co je dulu sementara pikir nak buat ape lepas tu.


Baru keluar rumah. Bertabahlah, episod ini banyakkkkk gambar. Lagi lagi bawak anak dara dua orang tu. Huhu...









Gambar bawah ni sementara tunggu Hadi beli donat lagi. 








Dah makan makan lepak lepak kejap, bincang bincang nak pergi mana semua. Aku pun cakaplah yang aku nak pergi tempat atau taman yang ada tempat pijak batu macam refleksologi tu. Hadi pun kata okay tapi tetiba TERsampai terus kat Forest City ni. Hahahaa...






Cantek jugak pemandangan petang petang kat sini. Ada banana boat, ada jet ski, seronok jugaklah tengok. 


Layan gambar je la yeh. 






















Haaa dah muntah belum tengok gambar? ;p


Ape yang aku tahu, Forest City ni macam kawasan perumahan elit. Dia jenis kondo tapi nampak mewah. Keliling kawasan tu air. Memang kawasan laut pun. Diorang tambak rasanye ni. View memang cantik, harga pun cantik lah jugak. Huhu... Kebanyakkan yang tengah duduk bincang macam nak beli rumah ni adalah Cina. Dan aku rasa orang Singapore pun ada jugak sebab kawasan ni memang dekat dengan Singapore. Henpon aku pun teros otometik roaming bila sampai sini. 

Untuk masuk sini percuma saje. Ada beberapa orang pengawal yang berdiri tegak kat simpang, beruniform, berkaca mata hitam dan akan bagi tabik hormat bila kenderaan korang lalu kawasan diorang jaga tu. Hehehe...

Gambar gambar bawah ni acah acah aje... (>_<)

Bila tengok betul betul, cantek jugak pemandangan kat sini kan. 





Gambar bawah ni palingggg acah acah sekali!











Hahahahaaaa ok bai!


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..