Posts

Showing posts from January, 2013

..: apa yang aku dapat... :..

Image
Bila aku jaga adik aku yang sakit tu....? Banyak! Sangat banyak! Memang ada hikmah dalam setiap kejadian yang telah ditentukanNYA. Aku tahu orang lain punya dugaan lebih berat, lebih hebat. Tapi untuk aku dan keluarga, ini adalah satu tamparan yang hebat jugak. Pada pembukaan tahun  baru pulak tu. Sedih memang tak payah cakap la kan... Aku tengok dia makin kurus pun dah sayu hati aku. Muka cengkung. Bawah mata pun lebam. Masa mula mula tengok dia kat hospital lagi laaa... Dengar dia merintih "sakit.... sakit...." air mata dia mengalir... aduhai... Luluh hati aku ;( Bila dia kena cucuk tiub untuk buang air kecil tu, tambah lagi sayu hati aku. Tengok kena cucuk lagi [selain jarum ubat] , aduhhhh.... (-__-').  Pergerakan terbatas. Nak gigit sakit, nak minum pun susah, bibir pun tak boleh rapat sangat. Hmmm..... (-_-) TAPI.... Adik aku kemalangan, namun Allah masih beri kesempatan untuk dia terus bernyawa. Aku dah cukup bersyukur sangat sangat

..: tahun baru 2013 :..

Image
Ye. Walaupun sudah 22 hari di tahun baru 2013 ini, aku tetap merasakan perkara ini baru sahaja berlaku. Seperti tidak percaya. Sedih, terkejut, risau, macam macam perasaan pun ada.  1hb Januari adalah merupakan hari Cuti Umum untuk kawasan Wilayah Persekutuan. Disebabkan penutup tahun lepas aku tidak bercuti, makanye aku menyambung cuti selepas tahun baru. Dan, memang Allah Maha Mengetahui, cuti tu aku gunakan sepenuhnya untuk menjaga adik aku. Adik aku yang nombor 4, si panjang tu, yang bertunang bulan 10 yang lepas...  ..: Si baju putih. Iyaaaa... Dia itu lah :.. Dia telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Johor Bahru pada 1/1/2013. Betul betul tahun baru. Masa tu dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia menunggang motosikal dan kemalangan dengan kereta. Masa Mak Nora call menangis nangis, aku taktau nak cakap perasaan masa tu. Memang la risau. Tapi aku taktau condition dia. Cuma mak bgtau dia patah kaki.  Bila dah sampai di JB, baru la aku mula rasa ber

..: tanpa hala tuju :..

Disebabkan sistem sangat seloooooo.... Maka kebosanan menunggu, marilah merepek di sini. Huhuu... Hmmm.... Banyak yang aku nak cerita nih. Gambar pun dah ade. Cuma belum pindah dari henpon ke komputer sahaja *alasan biasalah untuk orang malas kennnn* Permulaan tahun baru yang sangat menterkejutkan! *perosak bahasa. adek adek sila jangan contohi* Sungguh tidak menyangka, sungguh menduga kesabaran, emosi dan kekuatan. Itu nanti kena buat episod lain.  Aku tengok blog ni macam boring sangat dah. Sidebar sebelah kanan ni takde ape pon link link yang menarik. Label takdok. Popular post pun takdok. Ape pun takdok. Gila sedehhhh... (-__-) Apakan daya, aku sungguh memalaskan diri. Nak kemas 'rumah alam maya' pun malas. Apetah lagi rumah di alam nyata. Muahahahaaa... ;p Aku rasa macam serabut letak bebanyak kat tepi tu. Gambar punnnn.... Nak tukar pun malash. Pastu macam takdok gambar yang menarik pun. So biarlah dulu gambar yang ado tu haaa...  Yang aku raj