..: apa yang aku dapat... :..




Bila aku jaga adik aku yang sakit tu....?
Banyak! Sangat banyak! Memang ada hikmah dalam setiap kejadian yang telah ditentukanNYA.
Aku tahu orang lain punya dugaan lebih berat, lebih hebat. Tapi untuk aku dan keluarga, ini adalah satu tamparan yang hebat jugak. Pada pembukaan tahun  baru pulak tu.

Sedih memang tak payah cakap la kan... Aku tengok dia makin kurus pun dah sayu hati aku. Muka cengkung. Bawah mata pun lebam. Masa mula mula tengok dia kat hospital lagi laaa... Dengar dia merintih "sakit.... sakit...." air mata dia mengalir... aduhai... Luluh hati aku ;(

Bila dia kena cucuk tiub untuk buang air kecil tu, tambah lagi sayu hati aku. Tengok kena cucuk lagi [selain jarum ubat], aduhhhh.... (-__-'). 
Pergerakan terbatas. Nak gigit sakit, nak minum pun susah, bibir pun tak boleh rapat sangat. Hmmm..... (-_-)


TAPI....


Adik aku kemalangan, namun Allah masih beri kesempatan untuk dia terus bernyawa. Aku dah cukup bersyukur sangat sangat. Kesyukuran yang sungguh aku tak tahu macamana nak gambarkan, nak berterima kasih pada Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah. Anggotanya masih cukup sempurna walau luka dan patah sini sana, syukur Alhamdulillah.. Kebetulan aku bercuti. Aku dapat jaga dia, dan tengok perkembangan kesihatan dia dari sehari ke sehari. Syukur Alhamdulillah...

Aku dapat suapkan dia makan, lapkan badan, salinkan pakaian, yang mana semua ni tak mungkin aku buat kalau dia sihat walafiat. Setiap kali aku buat semua ni, aku bagi dia kata kata semangat. Aku tau semangat dia kuat. Kak N berulang alik Kluang-JB, kak Iza pun datang. Urutkan dia.. Adik yang bongsu pun balik dari Putrajaya ke JB. Asal offday je dia akan balik. Dan ini mengeratkan lagi hubungan kami 5 beradik. 

Dan aku pasti, kami juga adalah sumber kekuatan untuk mak dan abah...





Masa jaga dia memang aku tak pedulikan diri sendiri. Yang penting aku nak dia selesa. Dia kenyang. Dia cukup semua makan pakai. 

Owh, ada jugak aku nak kongsi sikit kat sini. Kak N yang bagitau pada aku.  

Amalkan membaca Asmaul Husna : 

As-Salam - Maha Penyelamat/Maha Sejahtera/Sejahtera daripada kekurangan
Dibaca 160 kali setiap hari, In Shaa Allah penyakit yang dideritai akan sembuh atau bila dibacakan kepada pesakit, sakitnya akan sembuh selagi belum sampai ajal.
ATAU DARI SUMBER LAIN : 
Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, In Sha Allah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitnya.

Dalam bahasa mudah, ianya dapat meringankan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit. Aku baca je macam berzikir tu. Sambil aku urut urut dia, aku baca. Setiap masa aku jaga daripada hospital sampai dia dah balik rumah pun aku baca je. Aku tak tetapkan pun kiraan dia berapa kali. Senang kata aku baca je lah sepanjang masa. Huhu...

In Shaa Allah dipermudahkan dengan izinNYA =)

Dan yang ini aku baru dapat: 

YASIN AYAT 78-79


وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩)
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) 
Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya(79)

Amalan lain yang biasa macam doa dan Solat Hajat tu pun memang kita boleh buat la kan. Yang penting kena berdoa dan yakin bahawa Allah pasti akan menolong hamba hambaNYA. In Shaa Allah... Sentiasa bersangka baik dengan setiap dugaan yang diberikan. Pasti ada hik=)


Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..