Thursday, August 28, 2014

..: habiskan cerita raya :..


Memang ketinggalan sangat kennnn... Haha
Tak kisah lah asalkan gambar yang banyak dalam henpong ni tidak disia siakan. Huhu

Jamuan raya di opis. Macam biasalah mesti buat tetiap tahun.



Kek yang dipenuhi cheese. White lady kek. Memang kehantuan lah kalau nampak kek ni. Huhu..



Kaunter dessert yang menjadi perhatianku. Tengok je dah rasa teruja dah. Owhhhh macam nak nak je dengan popia sambal tu. Huhu..




Dua gambar atas adalah hasil makanan kami [read:4 orang makan]. Dan gambar yang last ni aku eksen je tu tengah potong krim karamel. Sudahnye lembik terkulai. Tapi takde sape tau sape yang punye keje. Hahahaa..


Gambar  bawah ni pulak time pegi open house.







Kemal & Idot, aku, tuan rumah [zurek & shah], YB & Aida. Budak budak tu anak anak mereka. Yang diri kat Aida tu Raisha, anak Idot. Lepas abes makan kat rumah zurek ni aku ada jemputan kawen plak. Makan dua tempat je pun dah sengkak perut. Camne la agaknya orang yang ada 4 5 biji rumah open house dalam sehari tuh. Perghhh (>_<)


Daa... =)

..: Penantian 10 tahun :..


Aku dah pernah bagitau dalam episod sebelum ni. Pasal Kak N peknen lepas 10 tahun dia kawen. Dan Alhamdulillah dia dah selamat melahirkan pun. Baby gugurl lagi uollsss... So belum ada lagi cucu hero untuk mak abahku dan anak sedaraku. Huhu... Takpe, yang penting selamat, sihat sempurna.




Aleesya Rahadatul Aisy =)
Lahir pada 17/8/2014 hari Ahad. 36 minggu. Berat 1.7kilo. Secara normal. Budak ni memang laa.. Sebenarnya masa hari Ahad tu Kak N pegi check up biasa je. Pagi dalam pukul 10 lebih tu Abang Nizam wasap gambar Kak N tengah  baring. Doktor cek jantung baby semua. Tetiba tengahari tu dah bukak 5cm hokay. Memang tak sabar nak kuar ini budak. Haha! 



Halussssss je. Tengok berat je pun dah tau kan. Hehe.. Tapi nyusu kuat nih. Bery pun kuat. Bangun tetengah malam bery. Tapi nasib baik daddy dia jenis melompat bangun terus bila dengar suara anak. Kalau tidak sebelum ni mau setengah jam kejut pun belum tentu bukak mata. Hehehe...


Dan, atas kelahiran yang sangat dinantikan ini, atas kurniaan yang tidak ternilai dari Allah ini.. Makanyaaa...




Daddy dengan Aisy sama sama botaakkkkk! Hehehehee... ;p

Selamat datang ke dunia, anak saudaraku. Selamat mengenali keluargamu. Semoga membesar dengan sihat. Menjadi anak yang solehah dan berbakti pada mummy dan daddy. 


Daa... =)

Friday, August 8, 2014

..: purple pulak :..

Tadi warna kelabu. Sekarang raya kedua kita pakai warna pepel plak ye.. Tapi ni warna baju aku la. Sebabnya warna official kami raya pertama je. Lepas tu dah bebas dah. Baju ni sebenarnya aku belikan untuk mak. Tapi bila cari kurta untuk abah, warna tu takde yang sepadan. Sudahnye untuk mak, aku belikan jubah lain yang same kaler dengan kurta abah. Dan abaya ni jadilah hakmilik aku.. Hehehee...

Baju ni kosong je. Tapi aku tampal lace untuk bagi tak nampak plain sangat. Masalahnya lace tu pulak buat baju ni jadi berbulu sebab dia tersangkut sangkut. Aku cabut balik lace tu dan tampal batu dengan manik je. Still in progress. Huhu...

Raya kedua untuk belah abah pulak. Kami ke Batu Pahat rumah Pak Anjang. Tapi sebelum tu  pegi Segamat, beraya rumah ex-boss Kak N. 



Ondaway... Kami gerak dua kereta. Mak, abah, Kak N, Abg Nizam, Abg Din, Kak Iza sume naik 1 keta. Aku, Uri dan anak anak sedara naik kereta Uri. Selfie dulu seroundddd (>_<)


Sampai Segamat, makan kuih dan makan nasi. Bila dah kenyang makan nasi, ke ruang tamu balik sambung makan kuih lagi. Pastu terlepek kekenyangan. Hahahaaa!



Pastu ke rumah Pak Anjang pulak kita. Pun sama jugak. Makan makan kuih raya. Mak Anjang goreng mee. Makan lagi. Sambung kuih raya. Baring jap malas malas. Bangun makan lagi. Hahahaa buruk perangaiii sangat kannnn... Kalau datang rumah diorang ni memang akan lepak lama. Masing masing siap tido dulu. Bangun sambung makan lagi. Baring lagi. Pastu baru balik. Hehee..

Selain makan makan, aktiviti lain kat rumah ni adalah berposing. Sebab ada buaian yang besaaaarrrr boleh muat duduk reramai. Kehkehkeh! 
Masa kami posing posing ni, mane yang takde dalam gambar tu sedang melayan mata laa tu. Huhu...






..: Pak Anjang kami. Dia dengan warna rumah dia pun sama tema dengan aku jugak. Hehe..  ;p :..


Okeh jom kita sambung monopod selfie plak.




Tahun ni aku takde amik gambar makanan sangat pun. Banyak gambar sendiri je. Tu pun tak menggila macam sebelum sebelum ni. Faktor usia mungkin (-_-")

Diakhiri dengan gambar sendiri. Baju raya pertama dan kedua.


Daa... =)

..: kelabu :..

Sementara aku masih free dan belum banyak keje lagi kat opis ni, jom lah kita hapdet pasal raya 2014. Bulan depan nak outstation lagi, so aku bajet dalam minggu depan ni aku akan start busy buat preparation untuk outstation tu. Masa tu memang tak dan nak toleh kiri kanan dah. Eceh!


Hari raya pertama kitorang berbaju songket kelabu untuk yang perempuan. Lelaki baju melayu kelabu kain biasa saje. Kain songket ni beli kat Pasar Payang Terengganu. Tapi tahu je la songket ni kan. Dia berbulu sikit. Benang dia kalau tersangkut memang panjang la kuar dia. Tu yang buat rimas sikit. Nasib la raya pertama tu pakai kejap je. Gi beraya pun dekat dekat. Takde la rasa berlengas sangat. Huhu...





Perut mak yong dah makin besar. Mak yong pun besar jugak. Hahahaa.. Alhamdulillah masuk 8 bulan dah. In Shaa Allah bulan depan due. Semoga dipermudahkan penantian selama 10 tahun ni ;)


Lepas sesi salam salam maaf maaf berjejeh air mata (hahah!) di pagi Syawal tu, kitorang gerak ke rumah Mak Ngah plak. Macam biasa tiap tiap tahun akan buat tahlil dan semua akan kumpul kat sini. 

  ..: All ladies in the family yooo (^_^) :..


..: Family kami. Tapi si bongsu takde. Tahun ni turn dia kena keje. Raya ke 4 baru dapat cuti. Owh dan In Shaa Allah raya tahun depan dah tambah lagi ahli keluarga kami. Huhu.. :..



Family sepupu sepapat pakcik makcik sebelah Mak Nora. Ni pun tak semua. Ada yang beraya umah mertua. Ada yang tengah makan kat dapur. Hehee..


Tak ketinggalan gambar si bongsu. Sian dia... Ni gambar lepas sembahyang raya. Comel je pakai kurta. Heheh..


Sekian dulu cerita untuk raya pertama tahun ni. Petang tu kami dah balik rumah sendiri sebab family tunang Uri nak datang beraya. So nanti kita sambung raya kedua plak yeh.


Sebelum tu, gambar skema dah ada...


V





V





V




V




V




V



Gambar pepoyo haruslah ada jugekkkkk! Hahahaaa... ;p


Daa... =)