Friday, April 15, 2016

..: pasar malam bangi :..



Ni hari Sabtu 2 minggu lepas. Secara tak sengaja, kitorang saje pusing pusing Bangi ingat nak cari cendol. Sebelum tu pergi betulkan lampu brek dengan lampu reverse keta aku. Tak menyala dah. Bila dah siap, tengok jam awal lagi tu yang saje pusing pusing. 

Tetiba terjumpa pasar malam kat Bangi tu... Hadi ada cakap memang ada pasar malam tapi dia tak ingat hari apa dan kat mane. Jap lagi terus jumpa. Haha berjodoh sangat. Ape lagi terus lah parking keta kan.


Hasilnya...

Wahhh! Segar sangat nih. Hehehe... Memang jakun jap sebab aku rasa murah lah barang kat situ. Pastu yang penting segar. Simpan nak dekat seminggu pun takde la layu ke ape. Buah anggur tu dalam paket RM10. Sayur aku beli 3 pinggan RM5. Ade bendi, sawi dengan cili padi. Dalam sepinggan ada banyak jugak. Sawi tu dah la gemuk gemuk. Cili padi pun banyak sampai tak muat bekas. 


Ayam kitorang beli sekor. Diorang dah siap letak tag harga pada ayam tu. Yang ni berapa RM. Yang tu berapa RM. Yang kitorang amik ni RM11 tak silap aku. Diorang potongkan macam biasa. Ni aku dah siap basuh buang kulit pastu asingkan ikut berapa kali nak masak. Senang nanti bila nak masak amik sebekas je untuk defrost. 


Ikan kitorang amik siakap je 2 ekor. RM16.40 memang fresh. Bila aku defrost tak ada lah bau ke.. Goreng garing je ikan ni. Isi dia manisssssss.. 



Sabtu lepas pergi lagi pasar malam. Beli ikan kembung, sotong dengan ayam lagi sekor. Pastu beli buah jugak. Buah boleh campur 20 biji RM10. Aku beli jugak buah naga 5 biji RM10. Jalan depan sikit nampak pulak gerai buah jual buah naga sebakul RM5 dalam tu ada 5 biji. Arghhh stress! Hahahaa..

Pada aku kira ok la jugak harga barang  basah kat pasar malam Bangi ni. Yang penting barangnye fresh. Buah di sana sini. Haha! Sekarang tengah gila nak makan buah saje. Tapi kena pandai pilih gerai la. Nanti jadi macam aku pulak. 

Sabtu ni tak sure lagi nak pergi ke tidak.


Daa... =)

..: MENGEMAS :..


Terjebak tengok orang dok mengemas kabinet dapur segala. Kebetulan aku pun dah boring tengok sususan same je... Jadi marilah kita kemas apa patut.


Masa ni dah separuh jalan kemas. Belah atas tu segala makanan ada situ. Megi, bihun, susu pekat, sardin, semua sumbat situ. Aku cuma nak pindahkan ke bahagian bawah tu je.


Dah siap pindahkan. Macam tak banyak beza tapi ok la sikit. Dah susun masuk dalam bekas. Pastu macam  megi semua tu letak kat bawah bagi senang nampak dan capai. 

Bahagian lain aku tak amik gambar sebab nak cepat siap. Haha..


Bilik pun aku bongkar jugak. Ini timbunan shawl dengan tudung aku. Banyak jugak rupanye. Hehehee... Bila tengok ni baru rasa insaf taknak beli shawl lagi dah. Eceh! 


Aku try susun camni plak sekarang. Susun berdiri. Ok lah nampak cantik dan senang nak cari. Tshirt aku dengan Hadi semua pun aku kemas balik jadi camni. Senang nak amik, senang nak susun. Aku tengok kat fb cara lipat dengan susun ni.

Harapnye bertahanlah susunan ni. Huhu..


Daa... =)

..: CAMPUR-CAMPUR :..


Hari tu yang dah agak lama jugak, kitorang pergi makan steamboat. Yang ada cuma aku, Hadi, Kak N, Abg Nizam, Imm dan Uri saje. Anak anak diorang pun ikut tapi tido. Mak abah dengan family Kak Iza tak join.








Kak N, janganlah tengok begitu. Maafkanlah beliau. Beliau masih menyusu badan (>_<)


Gigih betul suami isteri ni. Hehehe...


Pada kejadian yang lain pula...

Aku dah try minum susu kambing brand Khalish ni. Sedap jugak. Tapi kena minum yang perisa coklat. Kalau yang asli tu maunye tak tertelan dek tekak. Huhu... Ini pun aku olah sikit campur ovaltine. Lagi ngam rasa sedap dia tu. Sekarang aku bancuh siap letak oat. Masuk dalam termos, bawak pegi opis. Sampai tengahari bole minum dan rasa kenyang. 


Ini Hadi masak. Ayam kuzi katenye. Tapi macam terkering pulak. Ok lah sedap jugak. 


Aku buat butter cake sebab bahan semua ada kat rumah pastu macam senang je nak buat tu. Yang lapisan coklat tu aku letak coklat Van Houten. Makan panas panas sedapnyeee! Coklat tu cair. Peh! Resipi dari sini

Tetiba macam takde mood plak nak hapdet. Tadi pagi kemain lagi berkobar. Apepontakbleyyy... (-___-)


Daa... =)

Wednesday, April 13, 2016

..: panas :..


Cuaca sekarang ni, Mashaa Allah! Semua pun tahu panas dia macamana.

Pagi pagi lepas mandi, nak siap siap pergi kerja. Belum tengah setting nak pakai tudung peluh dah meleleh leleh dalam baju. Muka dah basah macam lepas lari turun naik tangga 80 kali. Apehal? Panas...

Sampai opis, daripada parking nak sampai nak masuk ke dalam opis tu. Berjalan sikit naik tangga sikit. Sampai kat tempat duduk, muka basah macam kan datang opis ni dengan berbasikal. Apehal? Panas...

Balik kerja masuk dapur nak masak. Masak je punnnnn dah macam peluh berjogging satu bulatan besar Putrajaya ni. Apehal? Panas...

Lepas siap masak, mandi solat semua. Badan basah jugak sampai pelik, tadi mandi ke atau mandi peluh? (-__-") Apehal? Panas...

Haihhh laa panasnye... (>_<)

Kadang aku terpikir. Kalau begini la panas dunia.. Hurmmmmm... *sambung lah sendiri ayat ni*


Daa... =)