Friday, April 15, 2016

..: pasar malam bangi :..



Ni hari Sabtu 2 minggu lepas. Secara tak sengaja, kitorang saje pusing pusing Bangi ingat nak cari cendol. Sebelum tu pergi betulkan lampu brek dengan lampu reverse keta aku. Tak menyala dah. Bila dah siap, tengok jam awal lagi tu yang saje pusing pusing. 

Tetiba terjumpa pasar malam kat Bangi tu... Hadi ada cakap memang ada pasar malam tapi dia tak ingat hari apa dan kat mane. Jap lagi terus jumpa. Haha berjodoh sangat. Ape lagi terus lah parking keta kan.


Hasilnya...

Wahhh! Segar sangat nih. Hehehe... Memang jakun jap sebab aku rasa murah lah barang kat situ. Pastu yang penting segar. Simpan nak dekat seminggu pun takde la layu ke ape. Buah anggur tu dalam paket RM10. Sayur aku beli 3 pinggan RM5. Ade bendi, sawi dengan cili padi. Dalam sepinggan ada banyak jugak. Sawi tu dah la gemuk gemuk. Cili padi pun banyak sampai tak muat bekas. 


Ayam kitorang beli sekor. Diorang dah siap letak tag harga pada ayam tu. Yang ni berapa RM. Yang tu berapa RM. Yang kitorang amik ni RM11 tak silap aku. Diorang potongkan macam biasa. Ni aku dah siap basuh buang kulit pastu asingkan ikut berapa kali nak masak. Senang nanti bila nak masak amik sebekas je untuk defrost. 


Ikan kitorang amik siakap je 2 ekor. RM16.40 memang fresh. Bila aku defrost tak ada lah bau ke.. Goreng garing je ikan ni. Isi dia manisssssss.. 



Sabtu lepas pergi lagi pasar malam. Beli ikan kembung, sotong dengan ayam lagi sekor. Pastu beli buah jugak. Buah boleh campur 20 biji RM10. Aku beli jugak buah naga 5 biji RM10. Jalan depan sikit nampak pulak gerai buah jual buah naga sebakul RM5 dalam tu ada 5 biji. Arghhh stress! Hahahaa..

Pada aku kira ok la jugak harga barang  basah kat pasar malam Bangi ni. Yang penting barangnye fresh. Buah di sana sini. Haha! Sekarang tengah gila nak makan buah saje. Tapi kena pandai pilih gerai la. Nanti jadi macam aku pulak. 

Sabtu ni tak sure lagi nak pergi ke tidak.


Daa... =)

2 comments:

  1. imm pun nak pegi lagi... nak beli lagi skirt murah2 tuuuu hehehhee...sedap pakai. tak sengteng bg imm. tak ketat.. tak sendat.. tak bonjol sana sini..kikikiii ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke imm... Bestnye kalau dapat beli gak skirt camtu. Nanti nak jugak lah try selai. Huhu

      Delete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)