Friday, April 15, 2016

..: MENGEMAS :..


Terjebak tengok orang dok mengemas kabinet dapur segala. Kebetulan aku pun dah boring tengok sususan same je... Jadi marilah kita kemas apa patut.


Masa ni dah separuh jalan kemas. Belah atas tu segala makanan ada situ. Megi, bihun, susu pekat, sardin, semua sumbat situ. Aku cuma nak pindahkan ke bahagian bawah tu je.


Dah siap pindahkan. Macam tak banyak beza tapi ok la sikit. Dah susun masuk dalam bekas. Pastu macam  megi semua tu letak kat bawah bagi senang nampak dan capai. 

Bahagian lain aku tak amik gambar sebab nak cepat siap. Haha..


Bilik pun aku bongkar jugak. Ini timbunan shawl dengan tudung aku. Banyak jugak rupanye. Hehehee... Bila tengok ni baru rasa insaf taknak beli shawl lagi dah. Eceh! 


Aku try susun camni plak sekarang. Susun berdiri. Ok lah nampak cantik dan senang nak cari. Tshirt aku dengan Hadi semua pun aku kemas balik jadi camni. Senang nak amik, senang nak susun. Aku tengok kat fb cara lipat dengan susun ni.

Harapnye bertahanlah susunan ni. Huhu..


Daa... =)

2 comments:

  1. bagus2..pasni kemas almari imm plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2. Meh bwk almari dtg umah kekta. Hehe..

      Delete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)