Posts

Showing posts from February, 2012

..: sinonim betul dengan makanan :..

Image
Bila ada apa apa sambutan ke keraian ke meraikan apa apalah, mesti nak buat makan makan kan. Macamana la orang orang macam aku ni nak diet. Haihhhh.... *over* ;p Macam yang ni pun, ada pegawai kontrak kat opis aku. Dapat keja tetap kat negeri dia. Sebagai sambutan untuk mengucapkan selamat tinggal, buat la makan makan jugak. Aku tak nak pegi tapi diorang paksa paksa aku join *sangattttt!* hahaaaa! Ada jugak ex-opismate yang join. So masa sampai tu kasi salam salam cium pipi dulu. Lepas tu duduk duduk sambil borak borak tunggu makanan penuh atas meja. ..: si tudung biru adalah puan yang diraikan :.. Haaaa..... Makanan dah beratoq dahhh....  ..: abaikan model jari tidak bertauliah ini :..  ..: bunga ros di atas ikan. ko hadooo? ;p :..  ..: air teh o ais limau. air dia sedap la. tak manis sangat. tak masam sangat. sedang elok aje :.. Apa lagi tunggu kan. Kita serang laaaa!! ..: makan makan cedok nasi. hulur hulur pinggan. amik amik lauk :..

..: beruang hill :..

Image
Sebelum adik aku habes paktikal dia kat Bukit Beruang Melaka tu, dan sebelum gambar gambar jadi berulat kerana basi diperam terlalu lama, marilah kita tepek kan di sini ;)  ..: penyemoncer kenderaan pada hari kejadian :.. Hill Cafe, tapi kami tak makan kat dalam ni. Kami duduk kat luar.   ..: mereka yang terlibat dalam perjalanan kali ini :..  ..: tukang amik pesanan :..  ..: ecececeeeehhhhh..... ;D :.. Inilah konsep open kitchen tu. Kita bole nampak diorang masak. Aku rasa klw macam ni tak la rasa panas sangat sebab ada angin dari luar kan. Tak lah berkuap dalam dapur.   ..: air kopi dan teh tarik :..  ..: char kuey tiaw, nasi lemak dan mee goreng mamak. semua pon sedap :..   ..: bos besar sedang menikmati charkueytiawnye :.. Okeh perot dah kenyang, apa lagi tunggu. Moh kita pulang. Sebelum tu.... Ok dah.  Signing off..... ..: babai dengan cara peace dari kak N ;) :.. Daa..... =)

..: lauk orang kampung ke... :..

Image
Orang malas sebenarnya kotttt..... ;p Sebab aku rasa lauk ni paling simple. Bahan bahan pun jenis yang bole standby buat stok tahan lama punye. Bila rasa nak masak  je, benda dah ada. So, senang la kan. Telur dadar letak cili padi sikit. Yang kanan tu: Memula kena goreng kentang dengan ikan bilis dulu. Asingkan. Lepas tu tumis bahan bahan macam biasa [bawang putih + cili padi --> tumbuk]. Letak la sos tiram sikit. Kicap pekat sikit. Masuk carrot. Masukkan kentang dengan ikan bilis tadi. Nak letak telur pon bole jugak. Tambah lagi makan dengan telor masin dan cili padi. Semua pon nak ada cili padi. Hahaha... Ini kalau makan dengan nasi panas panas.... perrggghhhh!! Daa.... =)

..: makanan jek :..

Image
Episod pasal makanan je hokeh. Gambar diambil berlainan waktu dan hari ;) Tauhu bakar. Beli yang dah siap paket tu je. Lepas tu, sapu marjerin sikit. Masuk dalam oven. Dah siap bakar tu tuang sambal kicap dengan kacang kisar kat atas dia. Makan panas panas, macam order kat kedai tauuuuu...... [perasan]  Ini nama dia tauhu jepun sizzling style. Hahaaa! Nama ni aku sesuka hati reka sendiri. Tapi terbaek lah dia punya rasa tu. Makan panas panas menggelegak tu kan. Order kat kedai lah. Nak buat sendiri mano ghoti haaa.... Home + handmade pizza. Tapi gambar tidak membantu. Heheee Aku buat guna roti arab tu je sebagai doh dia. Untuk topping, aku masak daging cincang + sos tomato + sos cili + cili padi sikit. Nak pedas bahang bahang tu, letak black pepper atau serbuk kari sikit. Air pun letak sikit je takut nanti cair pulak. Lepas tu angkat. Sapu marjerin sikit atas roti arab. Kemudian tuangkan topping tadi, dan tabur kan cheese. Pehh!  Ouh, ini senang je kan. Mee goreng siap