Thursday, February 2, 2012

..: tidak sekata :..

Selangit namun warnanya tidak senada.

Kadang di sini mentari bersinar.
Penuh ceria dan terang cahaya sinarnya.
Tapi di sana pula mendung berduka.

Tatkala di sini hujan mencurah.
Di sana cuba memancarkan mentarinya.

Di sini angin bertiup sepoi sepoi bahasa.
Namun di sana ribut taufan puting beliung pula melanda.

Disangka langit kan cerah hingga ke petangnya.
Tetapi di subuh hari titik titik gerimis sudah menuruni langitnya.

Bilakah langit ini akan sekata?
Atau akan terus berbeza?

Bimbang langit tidak mampu menahan.
Lalu mencurahnya hujan. Yang tidak tertadahkan.

Langit berganti waktu.
Siang dan malam. Terang dan kelam.

Yang pasti ia akan tetap di atas.
Warna siangnya biru.
Malamnya hitam.
Jika tanpa bintang, semakin pekat hitam itu.



Daa.... (-_-)

2 comments:

  1. Mentari itu pasti tiba.
    Walau bukan pada saat yg diharapkan,
    Namun ia pasti muncul.

    Teruskan menanam benih kesabaran dan
    berdiri dibawah payungan doa.
    INSYAALLAH, musim ini akan berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentari mmg tak pernah jemu untuk cuba muncul.

      InsyaALLAH..
      itulah harapan setinggi yang diharapkan.
      Cuma tak pasti
      musim ini berlalu untuk berganti yang baru
      atau berlalu menggantikan awan mendung
      pada awan yg sama...

      Delete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)