..: ruang sempit tiga tingkat sudah dikemas. wehuuuu... :..

Bukanlah rumah atau bilik. Mari kita pergi untuk sesuatu yang lebih kecil.
Macammmm..... dapur? Ouh, itu pun dikira agak besar jugak ye [untuk aku].
Kecil lagi. Lagi kecil sikit. 



..: bilik 3 tingkat almari aku atau bahasa mudahnye, gobok. Heheheee ;p :..


Almari ni sekali dengan tempat untuk sangkut baju dan baju yang telah dilipat. Sebelah kanan tu tempat sangkut sangkut baju. Ada jugak ruang untuk baju yang dilipat. Tuala dengan kain batik spare untuk tetamu pun letak kat sebelah kanan tu. Bawah ada empat laci untuk baju baju yang dilipat jugak. Bila tutup bilik bahagian ni, ada cermin kat depan dia. Dan pintu gobok ni adalah sliding dua pintu. 


Aku lupa nak amik gambar sebelum dikemas ni. Setelah beberapa tahun selepas kali terakhir dikemaskini, ini adalah rupabentuk yang terbaru dan terkemas untuk tahap orang macam aku. Hahaaa



 ..: tingkat 1, yang paling atas sekali :..


Okeh, aku pun kepelikan dengan warna phink tuh. Tapi redho yo lahhh.... ;D
Yang bersepah di luar kawasan liputan adalah jam tangan di sebelah kiri. Minyak zaitun di belakang tu, kotak toner rambut, yang depan depan ni lense dan bekasnya, kanan sikit ada satu balang kecik aku letak pin, ubat ubat mata macam eye mo tu, dengan ape-ape-lagi-ntah-benda-merepek-dalam-plastik-tu. Hahaa
Yang ada macam rantai sebelah bekas lense tu, dalam tu ada sepit rambut dan pin jugak. 



Dalam kawasan liputan:
Belakang tu solution untuk lense aku. Sebelahnya toner rambut. Ye, kotak diluar, botol toner di dalam. Sebab? Bila travel aku masukkan botol ni dalam kotak dia. Okeh korang tak tanye takpe. Aku bagitau *tetiba*
Sebelah kanan lagi ada botol botol minyak wangi dan losyen. 

Sekarang, liarkan mata dan cari sendiri ye. Ada minyak zaitun jugak, untuk rambut. Ada solution botol kecik untuk travel jugak. Pas keje, bedak, krim muka, sepit rambut lagi, yang wane wani tu adalah botol deodoran, bole pilih mane nak. Huhuu... Yang depan kiri ni ada sikat, gunting, pengorek telinga, dan macam macam jugak harta-karun-ntah-pape dalam tu.



..: tingkat 2, si tengah :..

Segala macam bentuk warna dan saiz brooch, pin dan peniti ada di sini. Owh, ada jugak lagi lense dan bekasnya. Cermin mata di dalam bekasnya jugak. Yang belakang tu gelang gelangan. Dalam beg kecik wane oren tu ada brooch, sepit rambut, pin dan lain lain. Tu untuk mudah diangkut bila pegi travel. Sebelah beg tu bekas cincin. Kat depan ni sebelah peniti tu pun bekas cincin jugak.




..: tingkat 3, yang paling bawah sekali :..


Dalam kotak dua sebelah kiri tu ada tali pinggang dan wooven beg untuk no-plastic-bag-day tu. Yang beg coklat tu untuk letak barang barang macam losyen, solution sume tu masa travelling. 




Tengok ai, recycle je penutup kotak kertas A4. Huuuu....
Dalam ni ada wet tissue, putik kapas, pantyliner bermacam brand dan jenis, pad yang tersesat, tisu tisuan, keychain pemberian orang, getah rambut yang berwarna warni dan sepit rambut. Ni kena tunggu rambut panjang balik baru bole guna. *tetiba. hai rambut, lambatnye nak panjang balik.....*


Aku susun ni ikut suka mengikut tahap senang nak capai dan tak tersangkut sangkut. Kalau botol botol yang tinggi tu letak di tengah atau bawah, susah sikit nak amik. Jadi, kita letak dia kat atas sekali. Macam tisu ke getah rambut tu, kalau letak atas, susah nak tengok bila nak amik yang mane satu. Sebab itu kita tempatkan dia di bawah sekali. 


Itu saja kisah ruang sempit tiga tingkat saya yang tidak seberapa ;)
Lepas ni taktau la bila akan dikemaskini lagi. Huhuuu


Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..