Friday, February 10, 2012

..: purple dan putih :..

Ada kedai makan baru bukak di kampung halaman. Bukan sekadar kedai makan, ada jugak minuman dan cermin. Eh? Apa kena mengena cermin pulakkk??










Haaaa.... Bila berkaitan dengan aku, mestilah ada kena mengena dengan cermin. Huhuuu....

Kedai ini diperkenalkan oleh Kak N. Warna dia cantek lah. Macam warna kek. Tengok, masih membayangkan makanan jugak sebagai contoh. Haihhh....



Mari lihat susun atur dalaman....



Kerusi meja dinding siling kipas semua berlatar belakangkan warna ungu dan putih. Kipas dia ni bentuk tengah tengah dia tu macam telur. Nampak unik la jugak.


Mari kita lihat makanan dia pulak.




 ..: ini air epal asam boi dan salad untuk kak N. Salad dia sedap jugak tapi sedikit sangat lah portion dia. Tak puas aihhh.... :..




Roti bun bakar dan ABC untuk aku. Emm.... ok laaa... Cuma aku rasa macam kurang sesuai bila nak minum ABC dalam gelas yang selangsing dan setinggi ini. Sebab agak susah nak kaut segala macam isi ABC macam kacang, jagung, kacang merah, dan lain lain tu. Yang senangnye, aiskrim yang kat atas ni aje lah. Tapi mungkin dia nak buat lain sikit kannnnn... Takpe lah.... Kedai dia pun, bukan kedai aku.... *tetiba sangat*


Daa..... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)