Posts

Showing posts with the label masak

..: Membuak buak :..

Image
Lama rasa tak hapdet. Tetiba tajuk membuak buak. Haha... Aku rasa yang paling membuak sekarang ni adalah lemaks. Makanan tak payah cakap laa.. Memang rezeki Allah bagi, Alhamdulillah sangat.. Jom tengok. Ini makan nasi ayam penyet kat Melaka. Dengan jus alpukat. Ok la, dia punye terung sambal tu sedap. Kedai kat mane aku taktau. Yang aku tau kat Melaka. Wakakakaa ;p Melty hershey. Yang buat ni kawan kak N kat Kluang. Hari tu Kak N datang KL ade hal sikit, aku kirim sekali dia bawak kan. Sampai je terus abes setengah bekas. Aku beli 4 bekas. Makan sejuk sejuk memang melting je lemaks masuk dalam badan. Huhu..  Aku masak ayam telur masin. Diolah daripada resipi ketam telur masin. Paling simple resipi aku olah daripada blog Khatyjem. Hehe...  Laksa Terengganu. Ni masa aku kursus kat Kemaman. Taktau nak kata sedap ke tak. First time makan and pada aku macam pelik sikit. Sebab belacan, garam, yang merah tu cili boh kot. Tu semua kena gaul...

..: makan sana sini_episod 2 :..

Image
Nampak sangat lah hidup aku ni penuh dengan makanan je kan. Sampaikan berepisod nak masukkan gambar makanan dalam blog. Hahahaa... Ni aku buat masa bekpes bila taktau. Yang pastinya weekend lah. Jemput jemput cili padi + ikan bilis. Cicah dengan sambal kicap. Minum kopi O panas. Memang perghhh lah hasil dia kan. Meleleh ayaq idong ayaq mata suma bak ang! Ini masa aku puasa sunat hari tu. Bese la time puasa sume pun rasa macam nak kan. Nasi panas panas letak kicap makan dengan sambal belacan, telur goreng. Sayur kacang panjang tu aku celur je. Buat ulam. Huiiiii....!  Mee hailam makan di kedai saje.  Haaa ini mee bandung buatan sendiri. Kagum jap bole buat mee bandung. Walaupun perencah dah siap tinggal tumis je. Tapi masih nak rasa kagum jugak. Pedulik hape haku! Hahahaaa ;p Tosei garing. Nyum! Nyum! Aku suka makan tosei ni kalau cicah dengan sambal ape ntah yang belah kanan tu. Dia macam pedas pedas gitu. Sodap!  Putu may...

..: makanan berderet deret :..

Image
Aku buat ni schedule ye. Kul 8 malam. Sebab masa ni dah konyang kan. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak baca siang siang tak sanggup wehh.. Goyang kang. Hahaa.. Tapi kalau korang baca masa kat opis ke di siang hari ke, aku tak bertanggungjawab yeh.. Sebab episod ni memang pasal makanaaaannnnnn je. Heheee..  Ini masa aku lunch dengan Idot. Hari Jumaat di Alamanda. Bese la waffle ni kan memang kegemaran bersama. Huhu...  Ini kroket. Guna kentang. Rebus sampai lembut kemudian kasi lenyek. Gaul dengan tepung, black pepper, garam sikit, telur sebiji. Kalau macam lembik sangat tambah tepung sikit. Nak goreng tu gaul dengan telur, tepung, breadcrumbs. Masa nak buat bulat bulat tu memang mencabar jugak. Sebab aku punye ni lembik. Tapi bila dah goreng tu, pehhh! Sodap pulokk. Hahahaa... Ini dua menu makan di rumah. Yang atas tu tempe + kentang + tauhu goreng. Campur skali dengan carrot. Macam sayur campur kot. Tapi sayurnye cuma carrot je. B...