Monday, September 9, 2013

..: makan sana sini_episod 2 :..


Nampak sangat lah hidup aku ni penuh dengan makanan je kan. Sampaikan berepisod nak masukkan gambar makanan dalam blog. Hahahaa...


Ni aku buat masa bekpes bila taktau. Yang pastinya weekend lah. Jemput jemput cili padi + ikan bilis. Cicah dengan sambal kicap. Minum kopi O panas. Memang perghhh lah hasil dia kan. Meleleh ayaq idong ayaq mata suma bak ang!


Ini masa aku puasa sunat hari tu. Bese la time puasa sume pun rasa macam nak kan. Nasi panas panas letak kicap makan dengan sambal belacan, telur goreng. Sayur kacang panjang tu aku celur je. Buat ulam. Huiiiii....! 


Mee hailam makan di kedai saje. 


Haaa ini mee bandung buatan sendiri. Kagum jap bole buat mee bandung. Walaupun perencah dah siap tinggal tumis je. Tapi masih nak rasa kagum jugak. Pedulik hape haku! Hahahaaa ;p


Tosei garing. Nyum! Nyum! Aku suka makan tosei ni kalau cicah dengan sambal ape ntah yang belah kanan tu. Dia macam pedas pedas gitu. Sodap! 


Putu mayam mak beli kat pasar. Layan gak makan ni sebab dah lama tak pekena.


Ini laaaa barisan pizza.. Hahaaa.. Ni Abang Nizam belanja. Sekali tiga dia beli. Huhu...


Haaaaa... Ini paling syiokk! Kan masa raya hari tu aku sakit. Jadinye makan pun tak berapa nak puas sangat. Tau tau dah abes ketupat... So aku mintak mak aku masak kan balik lauk raya. Yeayyyy! Bole makan sampai muntah. Hahahaa.. Siap tapau bawak balik hokeh. Wuhuuuu~!


Tempe goreng je pun nak masuk jugak. Huh! Balik keje petang tu aku perap dengan black pepper sos dulu jap. Lepas aku dah siap mandi sume aku gaul dengan tepung plak. Kalau terlebih rajin bole letak breadcrumb jugak. Pastu baru goreng. 




Ini namanya mengidam. Hahaa... Aku dah lamaaaaa nak makan burger. Start daripada sakit hari tu. Baru 2 3 minggu lepas ni dapat makan. Pow Uri mintak dia belanja. Dapat la burger ayam. Sebab daging dah abes.. Alhamdulillah dapat jugak =)


Ini baru je lepas. Hari Ahad. Aku memang macam teringin nak makan pasta yang curly curly ni tapi bukan yang ni. Ada lagi satu. Tapi takde pulak masa pegi Mydin hari tu. Ni je yang ade. Bole lah asal ado. Aku masak guna mushroom sup campbell tu je setin. Masuk kiub ayam satu. Isi ayam sikit. Kalau ade sosej lagi sodap. Huhu.. Dah siap kuah tu masuk pasta ni. Dah rebus siap siap la kan. Tabur black pepper. Gaul sebati. Kalau nak basah sikit letak sup dengan air tu lebih sikit.


Rasa abes dah kot gambar makanan. Kalau ade lagi kang aku buat lagi la episod lain pulak. Hahahaa gila lah makaaannnnn je! ;p


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)