..: makan sana sini_episod 1 :..



Masa bulan puasa penuh dengan majlis berbuka puasa. Bila raya pulok mestilah penuh dengan jamuan raya kennnn...


Mula mula sekali gambar masa jamuan raya Kompleks C. Bukan kompleks membeli belah okeh. Hahahaaa ;p
Bese la.. Mesti korang tau kan bangunan pejabat kat Putrajaya ni camne. Pejabat aku dalam Kompleks C ni. Dalam ni je ade lagi Kementerian Sains, SPR, SPA, Jabatan Perangkaan, Jabatan Peguam, pastu ade jabatan ape lagi ek.. Ntah la kalau ada yang tertinggal tu buat tak reti je lah. Huhu..

Sebelum ni jamuan adalah sendirian berhad je... Kira jabatan ko, ko buat sendiri sana. Nak berkhemah ke apa ke. Jabatan aku, aku sendiri. Tak campur. Gitewww... Tapi tahun ni lain sikit. Terus bergabung meletop kata ko! Hahaaa..

Kompem lah ramai kan. Tapi mmg berkhemah la warga Kompleks C ni... *ehem* 
Semua beratur elok je nak amik makanan. No rebuts rebuts. Good! *tepuk bahu sendiri*

Ada sate, lemang, ketupat, nasi beriani, cendol, charkueytiaw, ABC, air sirap, teh tarik, buah buahan, rojak, lagi ape yeh. Aku tulis ni berdasarkan gambar. Hahahaa... ;p


Itu kira jamuan besar. Kita beralih kepada yang lebih kecil. Bahagian pulak. Tapi hiasan dia meriahhh weh!


Menu ada nasi hujan panas, mee goreng, bihun singapore, roti jala, lemang, sate, koktel, cream caramel, buah manggis, rambutan, sunquick, tembikai, air sirap dengan air panas aku taktau air ape. Sebab tak amik pun. Huhu...


Dah selesai Bahagian punye, kita beralih lagi kepada yg lebih kecil. Iaitu sektor pulak... Dah la buat tu sehari selepas je. Bahagian hari Khamis, Sektor hari Jumaat. Memey makang saje ah. Hahaaa...

Ini pun meriah wehh.. Meriah dengan makanan. Tengok gambar je dah rasa penuh perot. Haaa over kannnn... 

Menu utama nasi tomato. Jom kita tengok peneman nasi tomato tu..


 Sate, nasi himpit, rendang ayam dan daging.


Kuih koci, popia sambal, muffin, karipap, samosa, apam, dan tetiba ada kek kat situ. 


Tahun ni macam tema buah buahan tempatan. Manggis, langsat dan rambutan. Tapi aku tak pasti tu langsat ke atau buah lagi satu yang sama sepaten dengan langsat tu. Haha..



Kaunter dessert yang cantek. Kena letak dua gambar sebab homei hangat die tewwww... ;D  patutnye kek yang terselit tadi tu kat sini lah tempat asal dia. Hahaa... Ada trifle, agar agar santan, kek, muffin, kek lapis, kek coklat, dan fruit tartlet.


Dah makan je takde air kan.. Ha ni kaunter air. Air panas adalah kopi O. Tu ada koktel dan air berkarbonat. Air yang disediakan dengan nasi adalah air oren.


Makanan lagi. Haaa jenuh koo! Nak menaip pun dah jenuh nak makan apetah lagi. Phewww! *lap peluh*  Spageti, kueytiaw goreng dan mihun goreng.


Laksa johor dan rakan rakan peneman. Complete set! ;)


Semeja kuih raya. 7 bekas kesemuanya. Ecewah! ;D


Buah epal dengan tembikai pun ado jugak. Yang separuh dalam gambar ni lauk untuk nasi tomato. 



Sudah sudahla gambar makanan kan. Meh tengok gambar orang yang makan tu meh.


Gambar ni sebenarnya aku bedua. Tapi member yang snap ni pedajal kawan tu. Gi amik gmbr aku sorang je. Hahaa siot betul. Beriye kawan tu posing. 


Haaaa ni lah dia budak nye. Sian ko paiz. Aku masukkan jugak gmbr ko. Baik kan aku kan kan ;p



Gambar yang selebihnye kat bawah ni adalah cubaan untuk kelihatan kurus. Hakhakhak ;p





Baju raya tahun ni. Baju jahit sendiri. Huhu.. Nak jugek bgtau kannn ;p

Sebenarnye aku ingatkan nak masuk sekali semua gambar makanan dalam episod ni. Tapi ni je pun dah panjang dah. So gambar makanan yang lain tu buat episod lain pulak lah.


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..