Tuesday, March 18, 2014

..: hapdet sikitttt... :..

Alhamdulillah hujan lagi hari ni... =)

Cerah la sikit rasa tengok langit tu. Kalau tidak jerebu sesado. Pastu hidung asyik hidu asap je la.. Huhu...

Setelah beberapa lama tak hapdet blog ni, meh aku kongsi sikit antara cerita terkini yang dah agak ketinggalan. Tapi gambar takdo lah yo. Maleh pulok nak amik dari fesbuk. Kat dalam henpong pun maleh nak transfer. Nampak tak tahap kemalasan tu pada tahap berapa? Hahahaa...

Okeh.. Ni antara cerita yang aku nak share dengan korang. 
Setelah 10 tahun usia perkahwinan Kak N dengan Abg Nizam, akhirnyaaaaa yang ditunggu tunggu tiba jua... Kak N sedang mengandung sekarang ni. Dah nak masuk 4 bulan kot. Alhamdulillah... Berkat kesabaran, ikhtiar dan doa yang tidak putus putus, akhirnya dikurniakan zuriat untuk mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... ;)

Sepanjang mngandung ni Kak N asyiikkkkk la nak makan. Yang kesian nya, Abg Nizam yang mabuk. Hahahaaa... Dia la yang loya loya, muntah muntah, tekak rasa tak sedap, sumelah. Nasib baik tak malas je. Huhu... Sebelum ni Abg Nizam memang takde lah nak minum air masam masam. Tapi sekarang kalau minum kat kedai, air dia adalah limau ais takpun sirap limau. Hahaa...

Family kitorang pun eksaited sampai Mak Nora kata macam nak dapat cucu pertama plak. Sebab lama sangat tunggu kot... Semoga dipermudahkan urusan Kak N sepanjang kehamilan dan selamat hingga melahirkan. Aamiin...

Adik aku yang Uri tu, sepatutnya kalau ikut perancangan, dia kawen dah bulan 9 tahun lepas. Tapi disebabkan tunang dia dapat tawaran jadi Polis, so tangguh la dulu majlis diorang tu.. In Shaa Allah hujung tahun ni. Sekarang ni tunang dia sedang berjuang menjalani rekrut di PULAPOL sana. Huhu...

Lagi.... Ape yeh.. Owh, aku dalam proses menurunkan berat badan. Hahahahaaaa...! Sebab ape gelak panjang?? Sebab proses tu lamaaaaaa dah. Dari dulu dulu dulu lagi. Tapi hampeh je. Haha..

Setakat ni yang mampu aku buat, tak makan malam je laaa... Lagipun kerja yang sekarang ni memerlukan stamina jugak. Ye laa.. Tido tak cukup, badan penat, kepala otak penat, sume penat. Kalau stamina takde mau pengsan dibuatnye. Kalau badan berat sangat pun payah jugak nak gerak sana sini. Huhuu...

Takde la nak kurus sangat. Target aku nak dapat 50kg. Sekarang ni 65kg. Tak dapat 50kg, dapat 55kg je pun dah ok jugak. Hmmmm... Banyak jugak yang nak kena buang nih. Cayok! Cayokk! (^_^")

Itu je dulu setakat ni. Yang aku ingat la. Nanti ada masa, ada cerita, aku bebel lagi yeh. 


*Sana sini pasal MH370 kan. Aku cuma berharap semoga semuanya berakhir dengan baik, dengan selamat. Aamiin...


Daa... =)

Thursday, March 13, 2014

: kali ni betul punye lama :

Lama betul aku tak hapdet blog ni. Ni dh bukan tahap bersawang lagi. Dah bole jadi muzium. Takpun arkib negara. Hahahaaa!

Bukan takde gambar. Bukan takde cerita. Banyak! Banyak gila! Tapi sekarang ni memang aku takde masa sangat nak merewang ke benda lain. Maksudnye time keje la. Nampak tak sebelum ni aku takde keje. Asyik merewang jeee... Muahahahahaaaa... Bukak blog sana. Baca blog sini. Hapdet blog sndiri. Sekarang??? Ape pon takde. Huhuu...

Aku banyak update kat instagram. Banyak tak banyak tapi ade la.. Senang skali taip caption pepanjang. Gambar pun skali harung je letak sume. Kalau nak follow IG aku @itacitot_mohdakhiyar.

Aku dah tukar unit lain. Keje pun dah lain. Transformasi katenye... Kali ni aku banyak outstation. Uruskan kursus untuk lantikan baru. Mcm minggu orientasi dolu dolu tuu.. Lebih kurang la. Bulan 2 hari tu seminggu je aku ade kt opis. Seronok tu memang, tapi penat la sikit. Dengan tak cukup tidonye.. Badan lepak.. Dua minggu pertama ok. Msuk minggu ketiga dah weng. Hahahaa...

Nanti lah aku try. Ehem. Sila fahamkan ayat tu yeh. Aku try. Untuk hapdet live dari tempat kejadian. Sbb masa mmg packed time kursus tu. Peserta pun ramai yg komen pasal jadual padat. Well... What to do. Kate pun orientasi. Kami yang urusetia ni lagi penat weh. Huhuu...

Ok la. Ni je dulu kot. Cuma nak bagitau yang aku masih ada. Blog pun masih ada. 

Aku cuba sehabis mungkin untuk buat blog ni updated, In Shaa Allah... ;)

Daa... =)