Posts

Showing posts from September, 2015

..: dugaan selepas hari jadi :..

Ada sesuatu yang menimpa aku elok je lepas hari jadi aku 10hb yang lepas. Tambah lagi, elok je lepas aku dapat hadiah besday dari Hadi. Haihhh rasa nak menangis plak bila nak cite. Huhu (-__-) Okay macam ni cerita dia. Hari Sabtu, 12hb September. Aku dengan Hadi pergi jemputan kahwin kawan Hadi kat Batang Kali. Aku tak tahu la kenapa ntah dengan aku hari tu. Hadi pun perasan. Selalu kalau dia pesan, aku tak pernah lupa. Tapi hari tu aku lupa bawak power bank padahal Hadi dah pesan awal awal lagi. Henpon kitorang bateri dah nyawa nyawa ikan. Dengan nak on GPS lagi sebab tak tahu dewan tempat majlis kawan dia tu. Dah separuh jalan baru aku teringat yang aku tak bawak power bank. Nasib baik ingat nak bawak hadiah (-__-") Sampai kat dewan tu, dah makan ambik gambar, borak borak dengan geng Hadi, kitorang saje pergi satu tempat ni diorang panggil empangan. Memang empangan air tu. Ingat kan boleh lah pergi dekat dengan air tu, rupanye dah berpagar kawasan tu. Tengok dari luar

..: melaka :..

Image
Selepas menjadi suami isteri hujung minggu ni, biasanya Hadi yang balik ke sini. Tapi kalau agak bosan dan rasa nak jalan jalan, aku yang akan pergi ke Melaka sana. Macam minggu bila ntah ni, [haha] aku pergi sana sebab sesaja rasa nak jalan. Takdelah jalan sangat pun, spend time je lebih.Lagipun kat sana kan ada pantai. Aku suka lepak tepi pantai. Rumah Hadi pun depan nya pantai. So memang best lah kan. Selain berjalan jalan, ini jugak antara aktiviti kami suami isteri. So jangan peliklah kalau usaha untuk kurus tidak berjaya sampai sekarang. Haha! Rupanya banyak gambar aku padam. Hadoi! Gambar kat tepi pantai atas batu dah padam. Gambar pemandangan matahari terbenam pun aku dah padam. Sebab henpong dah nak penoh dengan gegambar saje. Lepas masuk kat IG terus dipadamnya. Ini je lah yang ada. Muka kembang semangkuk di samping basikal di tepi dinding. Masa ni pun tengah makan ni. Sementara tunggu nak tengok wayang.  Nanti aku godeh lagi gambar apa yang masih ad

..: HARI INI :..

Hi Assalamualaikum. Marilah menghapdet belog di hari jadi. Kehkehkeh! Konon sebagai tanda kenang kenangan laaa.. Ceh! Banyak cerita lain sebenarnya. Tapi standed lah. Cerita yang dah berapa minggu [ke bulan?] punya cerita. Gambar amik kemahen banyak lagi. Tapi nak tepek sini maleh. Nak masuk kat IG pun maleh. Eh apekehey maleh kebeno engko ni??? Hahahaaa... Oklah, hari ini Alhamdulillah sihat walafiat di umur 31 tahun. Keluarga bahagia, Allah temukan jodoh yang bahagia, aku mempunyai pekerjaan tetap, tempat tinggal selamat, makan pakai masih cukup, Alhamdulillah untuk semua nikmat dan kurniaan ini.  Semoga aku semakin penyabar, istiqomah menunaikan kewajipan di awal waktu [hehe..], rajin, cergas, sihat sejahtera, boleh berfikir dan bertindak secara matang, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kesihatan yang baik, jodoh yang bahagia dan berpanjangan hingga ke syurga, dan semua yang baik baik lah hendaknya. Semoga dijauhkan dari dugaan berat yang tidak tertanggun