..: melaka :..


Selepas menjadi suami isteri hujung minggu ni, biasanya Hadi yang balik ke sini. Tapi kalau agak bosan dan rasa nak jalan jalan, aku yang akan pergi ke Melaka sana. Macam minggu bila ntah ni, [haha] aku pergi sana sebab sesaja rasa nak jalan. Takdelah jalan sangat pun, spend time je lebih.Lagipun kat sana kan ada pantai. Aku suka lepak tepi pantai. Rumah Hadi pun depan nya pantai. So memang best lah kan.



Selain berjalan jalan, ini jugak antara aktiviti kami suami isteri. So jangan peliklah kalau usaha untuk kurus tidak berjaya sampai sekarang. Haha!



Rupanya banyak gambar aku padam. Hadoi! Gambar kat tepi pantai atas batu dah padam. Gambar pemandangan matahari terbenam pun aku dah padam. Sebab henpong dah nak penoh dengan gegambar saje. Lepas masuk kat IG terus dipadamnya. Ini je lah yang ada. Muka kembang semangkuk di samping basikal di tepi dinding. Masa ni pun tengah makan ni. Sementara tunggu nak tengok wayang. 

Nanti aku godeh lagi gambar apa yang masih ada dalam henpong. Huhu...

Daa... =)

Comments

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..