Posts

Showing posts from July, 2013

..: makanan berderet deret :..

Image
Aku buat ni schedule ye. Kul 8 malam. Sebab masa ni dah konyang kan. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak baca siang siang tak sanggup wehh.. Goyang kang. Hahaa.. Tapi kalau korang baca masa kat opis ke di siang hari ke, aku tak bertanggungjawab yeh.. Sebab episod ni memang pasal makanaaaannnnnn je. Heheee..  Ini masa aku lunch dengan Idot. Hari Jumaat di Alamanda. Bese la waffle ni kan memang kegemaran bersama. Huhu...  Ini kroket. Guna kentang. Rebus sampai lembut kemudian kasi lenyek. Gaul dengan tepung, black pepper, garam sikit, telur sebiji. Kalau macam lembik sangat tambah tepung sikit. Nak goreng tu gaul dengan telur, tepung, breadcrumbs. Masa nak buat bulat bulat tu memang mencabar jugak. Sebab aku punye ni lembik. Tapi bila dah goreng tu, pehhh! Sodap pulokk. Hahahaa... Ini dua menu makan di rumah. Yang atas tu tempe + kentang + tauhu goreng. Campur skali dengan carrot. Macam sayur campur kot. Tapi sayurnye cuma carrot je. Bole? Haha

..: konvo di picc :..

Image
Adik aku yang bongsu tu telah mengkonvokan [eh?] dirinye setelah habes blaja setahun yang lalu [lebih kurang laa..] . Tarikh konvo dia memula 5hb Mei. Tapi sebab masa tu kan mengundi, jadinye telah ditunda ke  25hb Jun.  ..: Eceh! ;p :..  Pintu gerbang untuk laluan graduan ke dewan majlis  Jumpa geng geng dia Macam bese lah. Yang bole masuk dalam dewan tu cuma dua org je. So mak dengan abah masuk dalam. Aku, Kak N dengan Kecik duduk dalam satu lagi dewan. Ade skrin ni. Dapat la tengok gak dia terima skroll tu. Mengantuk gak nak tunggu nih. Elok je turn dia sampai, dah setel tu kami pun mintak diri untuk meninggalkan dewan. *gila skema ayat* Huhuhu...  Tak lama kami keluar tu dah nampak ada graduan yang turun eskalator ni. Pastu nampak la si bongsu itu bersama rakan rakan nye...   Hamboih... Kemahen eksaited kaannnn... ;D Sebelum acara sebenar ni besenye ada raptai kan. Masa selesai raptai tu, abah dah bayar siap siap unt

..: Ramadhan 2013 :..

Hanya bebelan di hari pertama berpuasa.  Alhamdulillah... Masih panjang umur dan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Cliche huh? Hahahaaa ;p Well.. Memang aku bersyukur sangat. Dan aku tak sabar nak menunaikan solat terawikh. Sebab aku baru dapat rasa nikmat tu tahun lepas. Memang la sebelum sebelum ni ade je aku buat terawikh tu. Tapi start dari tahun lepas tu lain rasa dia. Walaupun dalam usia 28 tahun tapi aku bersyukur kira masih belum terlambat. Aku masih sihat. Masih bole sembahyang berdiri. Walapun mongah jugak nak abeskan 8 rakaat je pun. Haihhh laaa... Nampak sangat memang tak bersenam aku nih (-_-") Tapi aku tak rasa akan ade episod tentang menu sahur ke buka ke. Sebab aku rasa biasa biasa je kot tahun ni. Buka pun macam biasa aku makan time pose sunat atau pose ganti. Kalau ade pun mungkin time balik kampung la baru meriah sikit. Sebab dengan family kan. Kalau kat sini aku sendirian berhad je. Adik aku keje balik dah kul 11 malam. D

..: Family Day Melaka 7-9 Jun 2013 :..

Image
Family sendiri yang pegi. Adik beradik sebelah Mak Nora. Termasuk suami isteri anak cucu menantu semua lah. Sama macam trip kami ke Langkawi tahun lepas. Tapi aku buat episod tak habes. Hahahaa... Kalau nak baca bole jee...  Family Trip Langkawi Part 1 & Part 2 . Tapi sori yeh, episod tak lengkap. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Huhu.. So tahun ni kita buat dekat dekat sudey. Di Melaka saje.. Kami stay di A Famosa Resort. Rumah banglo. Satu rumah tu ada 4 bilik, ada ruang tamu, dapur [siap peti sejuk, kabinet, cawan, gelas, water heater] , 2 bilik air, dan kolam renang. Family lain ade yang kongsi rumah tu. Tapi untuk family aku memang ngam ngam hooo... Hehehee... Gambar adalah banyak dan tak ikut susunan sangat. Aku main tepek je sume. Dasar pemalas kannnnn...  Garaj dia bole muat dua biji keta untuk masuk bawah bumbung ni la. Luar tu pn bole park lagi sebiji keta. Depan umah ni macam kawasan perumahan tu. Jadi bole je parking di bahu jala