Wednesday, July 10, 2013

..: Ramadhan 2013 :..


Hanya bebelan di hari pertama berpuasa. 


Alhamdulillah... Masih panjang umur dan dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Cliche huh? Hahahaaa ;p

Well.. Memang aku bersyukur sangat. Dan aku tak sabar nak menunaikan solat terawikh. Sebab aku baru dapat rasa nikmat tu tahun lepas. Memang la sebelum sebelum ni ade je aku buat terawikh tu. Tapi start dari tahun lepas tu lain rasa dia. Walaupun dalam usia 28 tahun tapi aku bersyukur kira masih belum terlambat. Aku masih sihat. Masih bole sembahyang berdiri. Walapun mongah jugak nak abeskan 8 rakaat je pun. Haihhh laaa... Nampak sangat memang tak bersenam aku nih (-_-")

Tapi aku tak rasa akan ade episod tentang menu sahur ke buka ke. Sebab aku rasa biasa biasa je kot tahun ni. Buka pun macam biasa aku makan time pose sunat atau pose ganti. Kalau ade pun mungkin time balik kampung la baru meriah sikit. Sebab dengan family kan. Kalau kat sini aku sendirian berhad je. Adik aku keje balik dah kul 11 malam. Dia kompem la buka kat Secret Recipe tu je. Aku kat rumah ni makan kurma, buat air panas, pastu makan lah roti ke kuih ke, ok kot. Sesekali mungkin la masak. Time adik aku offday atau time aku cuti  hujung minggu. Pastu bila teringin makan ape ape yang lain atau berat sikit, aku beli kat bazar ke.. Taknak membazir sangat la kalau boleh. Itu niat aku lah. Harap harap nye berjaya dilaksanakan. Syaithon dah kena ikat kaannn... Haha..

Aku rasa akan terjadi jugak peristiwa terlajak tido sedar sedar dah azan. Ataupun sedar sedar lagi 15 minit nak Subuh. Aku pun dah bagitau adik aku awal awal dah. Standby je la benda benda camni. Standed la kot. Aku rasa sume orang pun akan alami. Masa duduk dengan mak aku pun pernah. Ini kan pulak duduk sendiri. Huhu...

Semalam pagi dah clearkan stok jajan biskut 3 in 1 segala bagai. Petang dah basuh mug sudu sume. Simpan mug dalam laci. Duduk la dalam tu untuk sebulan ni yeh. Sebulan je pun... Lepas tu kuar la semula menjalankan tugas. Hehehe...

Selamat menjalani ibadah puasa. Selamat bersahur. Selamat berbuka. Selamat menunaikan terawikh. Selamat menjaga segala nafsu [terutamanya shopping online untuk aku ni ha...]

Semoga dipermudahkan urusan berpuasa kita semua. Sama sama menambah amal ibadat, banyak banyak berdoa dan semoga selamat hingga ke garisan penamat untuk menyambut Syawal. In Shaa Allah. Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alaamiin... 

Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)