Monday, August 1, 2016

..: Raya 2016 :..


Assalamualaikum. Hai. 

Haha! 

Dah 27 Syawal baru nak hapdet pasal raya. Kalau ikutkan malas dah nak blog lagi. Nak tepek kat Instagram je sonang. Tapi takpe, sebab gambar ade banyak marilah kita tepek je kat sini. Sebagai kenang kenangan. Huhu...

Tahun ni giliran rumah Hadi. Hadi dah balik dulu sebelum raya sebab kena kerja. Aku balik hari Sabtu dengan Imm dan Hannan sekali. Aku drive sorang ditemani co-pilot yang kedua duanya tido. Hahaa..


 Masa ni tunggu Imm sampai


Tengok mem kecik tu. Tak cukup leather seat, dia bawak seat dia sendiri. Hehehe... 

Aku balik kluang dulu. Then balik Pasir Gudang amik Hadi plak. Eh takpelah, kang aku cite korang pening plak. 

So kita terus ke gambar raya pertama je lah ye. Huhu... 




Camni la lebih kurang aktiviti nye. Raya pertama takda apa apa sangat. Just susun kuih dalam balang, susun ketupat rendang semua atas meja, pastu makan. Hehe.. And tunggu adik adik ayah datang rumah beraya. Malam baru gerak balik kampung di Parit Bulat, Muar.

Bila dah petang sikit baru start packing makanan untuk bawak balik kampung. Sebab mak ayah semua akan stay kampung sampai raya ketiga camtu..


Raya pertama, sebelum gerak ke Muar. Laki bini je selpi dalam bilik. Hehe..

Owh, raya pertama tu aku dapat wasap dari family kat Kluang. Ni antara gambar yang dihantar.. 


Mem & Bos. Syahdu tengok gambar ni ;(


..: Si bongsu tunggu turn nak salam :..


..: Family Kak N :..


..: Family Uri :..


..: Family Kak Iza :..


Okeh selesai Raya Pertama. Raya kedua kami pakai mak kau hijau. Tak janji pun tapi kebetulan sama semua. 






Sebelum pergi beraya kita bergambar dulu reramai. Semua ada. Complete set =)







Bebudak semua naik dengan kitorang. Masa baru naik keta semua segar lagi kemain la bergambar memasing. Tak lama tu hanyutttt.... 

Masa ni kami beraya ke Batu Pahat. Rumah sedara sebelah ayah. Sambil beraya sambil posing kat laman rumah orang. 






 







Tumpang bergambar kat tangga rumah sekali. Hehehe... Yang pakai baju coklat tu family abg Hadi yang sulong. 


Ini family kakak yang kedua. Aku panggil Kak Iwa. Yang tudung kuning tu Kak Iwa. Sebab sekali pandang dia dengan anak anak dah macam sebaya plak. Huhu...


Ini family kakak yang ke empat. Betul betul atas Hadi. Abg yang no 3 takde masa ni. Ini Kak Ija. Tengah peknen anak kedua. Yang pompuan tu anak dia. Yang budak lelaki baju belang tu anak Kak Iwa. Memang manja dengan husband Kak Ija. Masa nak amik gambar ni dia pun nak join jugak.


Hahaahaaa! Yang ni photobomb ;p
Okeh dalam gambar ni kira betul betul family Kak Ija la. Tolak dua makhluk kat belakang tu. Hehehe...


Bebudak ni masa naik kereta, bergilir nak duduk dengan aku. Bagus jugak la tak gaduh gaduh. Lepas sorang, sorang duduk atas riba. Sambil selpi. 






Sudahnye dedua nak bergayut kat aku. Sorang tido atas riba, sorang tido atas bahu. Memasing dah kepenatan beraya. Aku bayangkan, nanti bila anak dah berderet, camni la rupa aku bila memasing nak menempek agaknye. Sampai tertarik tarik shawl hah (^_^")


Raya ketiga kitorang dah gerak balik Kluang. Merasa la menempuh jem dari Muar nak ke Kluang tu. Huhu..

So itu antara cerita raya dengan family. Yang makan makan kat opis nanti episod lain plak.



Daa... =)