Posts

Showing posts from April, 2012

..: miscommunication :..

Miscommunication atau lebih tepat, salah faham? Ke.... sama saje maksudnye...?  1) Apabila ada majlis untuk meraikan seseorang, tak kira lah kejayaan atau sebagainya. Bila kau tidak hadirkan diri, sebenarnya tiada jemputan. Tapi orang yang diraikan fikirkan kau tidak sukakan dia. 2) Plan hujung minggu. Pesan pada kawan, "nanti ape ape message lah. rojer rojer ke...." Kau tunggu dia message kau. Dan dia pun tunggu message dari kau. Sudahnye tak kemana mana pun di hujung minggu. Rupa rupanya dia faham 'kau yang akan message/rojer dia'. Dan kau jugak fikirkan benda yang sama. Jadi, sama sama tunggu tapi sama sama tak buat ape ape [maksudnye untuk rojer salah seorang]. Ada pengalaman salah faham macam ni? Atau ada pengalaman lain yang memang terbukti disebabkan salah faham? Terciptanya alat komunikasi yang canggih manggih sekarang ni pun, belum tentu dapat memastikan tiadanya masalah komunikasi ni. Kan.  Daa... =)

..: dinner :..

Image
Lokasi adalah di Masjid yang dekat dekat Uniten tu. Ada lifeband juga.  Daa..... =)

..: Raisha dan KLIA :..

Image
Ni masa hantar mak nora dengan abah kat KLIA hari tu. Geram dengan si kecik sorang ni. Selalunye pantang nampak aku halakan henpon kat dia, mesti dah posing siap dah. Dengan "pish" dia tu. Tapi kali ni susah betul nak duduk diam. Habes dia dok lari lari pusing pusing ukur KLIA tu.   Uruskan bagasi mak abah dulu. Mereka ikut rombongan Andalusia Travel.  Yang tengah tengah tu, kalau korang pernah baca blog aku ni dulu, itu adalah abang. Kami panggil dia abang. Dia tak sihat sangat sekarang ni. Bila tengok balik gambar gambar dia dulu memang berbeza sangat. Sedih tengok dia. Tapi semangat dia kuat nak hantar mak dengan abah. Kami sentiasa doakan abang akan sihat kembali seperti sediakala... Okeh, mari kita tengok si kecik nih pulak. Masa ni kat menara tinjau tu. Tengok betapa susahnya nak amik gambar dia. Semua bergoyang jek. Sebab dia memang tak reti duduk diam. Nak berlariiiiii jek.  Jom tengok video dia plak ..: *pekakkan telinga dari suara latar yang

..: Selamat Pengantin Baru Kawan Kawan! :..

Image
Semoga kekal bahagia ke akhirnya. Amin... Daa.... =)

..: kenduri :..

Image
Kenduri doa selamat. Sebab mak dengan abah nak pergi menunaikan umrah. Sekarang ni mereka sudah pun selamat berada di Mekah dan sedang menunaikan ibadat itu. Semoga sentiasa sejahtera hendaknya di sana. Amin... Minggu ni mereka nak balik dah [yeayyy!!] . Jom layan gambar.   ..: Mak Nora import si cilik untuk isi gudis dia ;) :..  ..: Siap!  :..   ..: Mak Anjang adalah orang kuat di dapur :..   ..: mereka ini orang kuat bergambar di depan :..  ..: ini pun orang kuat jugak walaupun baru balik keje pagi tu :.. Untuk tetamu   ..: sambal belacan kak N yg superbb! :..  ..: kerepek merepek :..  ..: kek marble :.. Selepas maghrib.... Selesai majlis, mari kita selesaikan pinggan mangkuk periuk belanga pulak.    ..: setel! :..  ..: barulah boleh membincangkan hal negara dengan seriusnye ;p :.. Juga berposing dengan jayanye. Heheheheee ;)  ..: Mak Abah ;) Semoga selamat pergi dan balik. Semoga sentiasa sihat sejahtera. Semoga dipermu

..: puding oreo yang bertindih :..

Image
Gambar dia yang bertindih. Aku taktau macamana bole jadi macam ni. Aku snap elok je asing asing. Bila dah transfer dari henpon baru nampak gambar ni jadi bertindih. Pahtu aku pong dah taktau camne nak betulkan. Huhuuuu.... (-,-) Ape yang penting, puding custard oreo ni sangat sedap okeh. Kak N yang order dari ex-opismate dia. Tu yang berlapis lapis tu adalah lapisan oreo. Makan sejuk sejuk memang syiokkkkkk....! (><,) Daa.... =)

..: jemputan kawen :..

Image
Majlis ni 24hb hari tu. Sepupu encik suami. Majlis di Negeri Sembilan. Nama tempat yang spesifik aku taktauuu... Hahaaaa ;p  ..: aku pada hari kejadian :.. Encik suami janji dengan angah. Ingatkan nak gerak sekali. Jap lagi hujan lebat pulak kat Puchong. Jadi kami gerak la dulu... Memang cuaca pun macam ala ala je hari tu.  Dah keluar tol Seremban tu kami tunggu jugak angah kat stesen minyak.  Sambil sambil tu... ..: membaca dengan muka yg serius  amalan mulia ;p :.. Ouh, saya membawa si merah yang baru itu ;) Mari tengok gambar pengantin yang comel momel ini Selamat Pengantin Baru! Semoga kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga =) Daa... =)